Wednesday 7 March 2012

PANAS PANAS!!!!!....WARGA EMAS OKU YANG MISKIN PAPA KEDANA KINI DISOAL SIASAT OLEH POLIS DIBAWAH OSA??? KESALAHAN SIAPA YANG BERIKAN SALINAN SURAT PEMBATALAN PEMBERIAN SUBSIDI OLEH TIMBALAN MENTERI PERTANIAN SARAWAK BUKANNYA MENYIASAT SALAH GUNA PEMIMPIN BN SARAWAK!!!!

Polis siasat pekebun OKU berhubung surat Mong
Selepas bantuan kebajikan dan subsidi pertaniannya dihentikan kerana didakwa menyokong pembangkang, pekebun kurang upaya Frusis Lebi, hari ini disoal siasat oleh polis.

NONEBeliau dipanggil ke balai polis Sri Aman pada jam 10.30 pagi berhubung laporan polis yang dibuatnya yang mendakwa Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang mengarahkan bantuannya dihentikan.

Ketika dihubungi Frusis berkata polis ingin tahu siapa yang mendedahkan surat itu dan bagaimana arahan mengenai pemberhentian bantuan itu disampaikan kepadanya.

"Mereka juga tanya sama ada saya tahu mengapa bantuan saya dihentikan dan mengapa saya membuat laporan polis.

"Saya jelaskan kepada mereka bahawa Mong salah gunakan kuasa dan saya sekarang sangat tertekan kerana dia melanggar hak saya sebagai rakyat Malaysia," kata Frusis.

Mong pada Isnin, ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun mengakui mengeluarkan arahan menghentikan bantuan kepada pekebun itu dan mendakwa Frusis tidak layak ditolong kerana "beliau mampu menanam padi dan menunggang motosikal seperti manusia normal."

NONE"Doktor sahkan bahawa saya cacat tapi tindakan Mong ini telah menyusahkan saya," keluh lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu.

Ditanya sama ada beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan berkenaan semula, Frusis berkata: "Saya tidak tahu hendak buat macam mana?"

Sementara itu, ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald (kiri)yang membantu Frusis, berkata polis tidak merakamkan kenyataan Frusis tetapi semata-mata hanya mahu melakukan laporan susulan.

"Tiada perubahan yang dibuat kepada laporan polis asal... mungkin mereka harap dengan cara halus mereka boleh memaksanya mengubah laporan, "katanya.

Leon juga mendesak Mong yang merupakan ADUN Bukit Begunan supay meletakkan jawatan sebagai menteri muda dan juga wakil rakyat kerana enggan menarik balik arahannya itu.

"Ini menunjukkan betapa angkuh dan bongkaknya... ini adalah diskriminasi dan pencabulan hak untuk berpersatuan Frusis '. "

NONESementara itu, Mong hari ini sekali lagi mempertahankan tindakannya untuk menghentikan bantuan kepada Frusis dengan berkata adalah hak demokrasi bagi beliau berbuat demikian.

"Setiap orang mempunyai hak-hak demokrasi, begitu juga dengannya dan diri saya, oleh itu saya mestilah adil dan memberi bantuan kepada orang kurang upaya yang lebih layak daripada Frusis," katanya yang dipetik oleh Borneo Post.

Mong, dalam laporan itu, berkata beliau akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat bagaimana suratnya itu dibocorkan dan mencadangkan pihak pembangkang untuk memberikan bantuan kepada pekebun itu.

mong dagang sarawak assistant agriculture minister letter

3 comments:

  1. Bantuan seperti ini tidak patut dihentikan dan ianya hendaklah diteruskan..bantuan kepda yang kurang upaya jangan lah dipolitikkan seperti juga dgn bantuan BR1M, ianya dari kerajaan dan bukan dari parti politik, para pemimpin seharusnya menggunakan otak sedikit sebelum bertindak...rakyat hendak lah didahulukan, kita tidak mahu oilh kerana perkara remeh seperti ini pemimpin akan tersungkur nanti...ingat lah...bantuan itu pun bukan nya dari poket menteri terbabit..

    ReplyDelete
  2. Ingatkan pemimpinx BN disemenanjung aje yang LEMBU rupaxnya di
    Sabah?Sarawak pun jenis LEMBU juga.

    ReplyDelete
  3. Batuan BR1M,adalah kewangan kerajaan persekutuan. Mengikut pekeliling kerajaan, ianya sepatutnya disalurkan melalui Agensi yang terlibat, bukannya disalurkan melalui wakil rakyat Barua Nasional.Pejabat AG, sila beri komen dan jangan jadi BISU dan PEKAK, ini melibatkan kewangan berjuta juta ringgit.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...