Gagal diurus dengan baik sewaktu era Umno-BN, kini hampir semua berjaya ditangani dengan baik oleh Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) sehingga keuntungan perlombongan pasir meningkat sejak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat(Pakatan).
Bukti ketelusan itu, royalti yang diterima kerajaan negeri meningkat kepada RM32.5 juta untuk tempoh tiga tahun dari 2009 hingga 2011 berbanding hanya RM12.51 juta dari tahun 2005 – 2007 dibawah Umno-BN.
Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap Dewan Plenary, Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini bagi majlis menandatangani kontrak di antara KSSB dan kontraktor-kontraktor yang terpilih bagi melombong pasir di Selangor.
“Dulu pengurusan pasir tidak diurus dengan baik kerana pegawai kerajaan tidak mempunyai kepakaran dalam melombong pasir.
“Semasa Umno-BN memerintah, ramai yang melombong pasir tetapi tidak ikut peraturan, ada lesen atau tidak ada lesen tiada beza kerana mereka sesuka hati melombong pasir tanpa had,” ujar Menteri Besar .
Tambahnya, Pejabat Daerah tiada pemantauan yang rapi tentang pengeluaran pasir yang dilakukan sebelum ini.
Peningkatan hasil pasir secara mendadak ini adalah disebabkan oleh urus tadbir perlombongan pasir dilakukan dengan adil dan berhemah serta sentiasa mendapat pemantauan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain itu, KSSB dengan usahasama Transparency International (TI-Malaysia) sedang melaksanakan Sistem Integrity Pact (IP) ataupun dikenali sebagai Pakatan Integriti (IP) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2012.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Wan Halim Wan Ismail berkata, kontraktor-kontraktor yang dilantik mestilah mematuhi segala syarat – syarat yang ditetapkan oleh KSSB seperti tidak boleh meminta dan menerima rasuah, menyalahguna jawatan atau kedudukan dan lain-lain lagi.
Majlis ini turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor, Datuk Jaafar Maahad. -selangorku
OPPSS.. SALAH TULIS TAJUK DAHHHH....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Pengarah SPRM Selangor dan Datuk Khusrin pun ada juga? Amboi, cantik sungguh lah tu. Minta2lah pegawai SPRM tu memberi kerjasama dgn kerajaan Negeri tu di dalam memastikan segala perlaksanaan projek berjalan dengan lancar tanpa ada lagi gangguan daripada pihak luar lagi selepas ini. Jangan kacau segala perancangan yg telah dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan PR di Selangor tu di bawah pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim. Saya juga berdoa kpd Allah S.W.T. mudahan Selangor terus maju dan berkembang ekonomi bagi menjana pendapatan yg cemerlang utk kemakmuran rakyatnya. Hasil kerjasama semua pihak, moga2 lebih banyak lagi kejayaan terus dicapai, sekaligus menolak andaian pihak luar bahawa kerajaan PR tidak pandai negara ini dgn baik apabila menang pilihanraya nanti. Itu pun kalau diizinkan oleh Allah dengan HendakNya yang Maha Mentadbir dan Maha Bijaksana. Minta2 Datuk Khusrin dapat bekerja dengan baik juga dan sihat2 selalu dan berdoa agar segala bentuk kejahatan atau fitnah dapat dihindari, sesungguhnya Tan Sri Khalid tu baik orangnya. Dari dulu lagi semasa menjawat jawatan tinggi di dalam Sime Darby dan PNB dia sentiasa tegas, jujur dan bersih di dalam tingkahlaku dan kepemimpinannya. Inilah contoh manusia dan pemimpin yang baik yang seharusnya dan wajib kita angkat untuk memimpin dan mentadbir negara Malaysia yang kita sayangi. Begitu juga pegawai2 lain yang telah dilantik ke jawatan masing2. Yang penting ialah untuk memastikan yang gejala rasuah dapat dibendung dikalangan semua kakitangan awam dan swasta. Buktikan yang kerajaan PR lebih baik dari kerajaan BN semasa memerintah Selangor dahulu. Semoga Allah memberi hidayah kepada orang2 yang jiwanya bersih dan betul2 jujur dan amanah untuk mentadbir negara ini.
ReplyDelete