Thursday 8 March 2012

TEMBELANG BUSUK SUDAH PECAH!!!!... DAP/PAKATAN RAKYAT PARTI ZALIM.. PARTI TIDAK BERHATI PERUT DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAN LANGSUNG!!!!!

DAP buka tabung bantu pekebun OKU yang dizalimi
DAP hari ini memulakan misi mengumpul dana menerusi internet selama tujuh hari bagi membantu pekebun kurang upaya Frusis Lebi yang dihentikan bantuan kebajikan bulanannya  oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang kerana didakwa menyokong pembangkang.

NONESambil melahirkan rasa simpati, penolong setiausaha publisiti DAP, Teo Nie Ching (kiri) menyifatkan tindakan memberhentikan bantuan bulanan RM300 itu serta subsidi pertanian yang diberikan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak boleh diterima.

Katanya, tidak ada asas untuk Mong menghukum petani cacat itu semata-mata beliau mengibarkan bendera pembangkangdan membenarkan rumahnya dijadikan pusat operasi calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

"Ini adalah kes diskriminasi secara terang-terangan hanya berdasarkan fahaman politik seseorang. Mong jelas lupa tanggungjawabnya sebagai menteri muda adalah untuk menjaga kepentingan semua rakyat Sarawak.

NONE“Mong memang tidak lagi layak memegang jawatan itu," kata Teo  dalam satu kenyataan media.

Menurut Teo, beliau menerima banyak panggilan dan mesej dari penyokong yang ingin tahu  bagaimana mereka boleh menyalurkan bantuan kepada pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya.

"Mulai hari ini sehingga 14 Mac, 2012, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada Frusis (kanan) melaui pemindahan dalam akaun bank. Kami berjanji akan menyiarkan penyata akaun sepanjang tempoh itu hingga kempen mengutip derma berakhir.

"Selepas itu, DAP Sarawak akan bertanggungjawab menyalurkan dana kepada Frusis untuk memastikan bahawa kehidupan keluarganya tidak akan terjejas dengan keputusan kerajaan negeri Sarawak yang bukan sahaja tidak adil tetapi zalim.

NONE"Sudah tiba masanya untuk menunjukkan Mong dan rakan-rakannya bahawa rakyat Malaysia lebih berperikemanusiaan daripada kerajaan negeri Sarawak sekarang," katanya.

Beliau juga membekalkan nombor akaun RHB 212022-0012-7570 di cawangan Kajang Prima bagi mereka yang mahu membuat sumbangan.

DAP PARTI MENINDAS RAKYAT... DAP PARTI CAUVANIS...DAP PARTI TIDAK BERPERIKEMANUSIAN LANGSUNG....DAP PARTI TIDAK BERHATI PERUT....HIDUP BN!!!!... HIDUP MONG DAGANG!!!!

EH EH...BETUL KE APA YANG DIUCAPKAN NI ATAU TYPING ERROR?....

1 comment:

  1. i like wat the editor posting here...using "negative" statement to draw ppl reading wat u had wrote...nice trick...for sure it also a good way to attract reader to know more on this cruel rejim Barang Naik.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...