Wednesday 14 March 2012

KASI BONGKAR SAMPAI TERBURAI!!!!... PKR RANTING TANJUNG KARANG JUAL TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR???????..LAPORAN KE SPRM AKAN BUAT DALAM MASA TERDEKAT!!!!!


Hanifa Maidin: Dokumen Umno Jual Tanah Sedang Di Teliti




Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin berkata beliau perlu meneliti fakta kes dan dokumen-dokumen berkaitan sebelum membuat sebarang rumusan daripada segi perundangan berkenaan unsur salah laku berhubung penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Umno Bahagian Tanjung Karang.
Umno Tanjung Karang diketuai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.
“Hendak memberi pandangan daripada segi perundangan tanpa kita melihat dokumen itu susah juga untuk membuat keputusan.
“Saya tidak pasti daripada segi perundangan samada boleh ataupun tidak tanah ini diberikan kepada parti politik,apa yang saya tahu,ia mesti diberi kepada pemegang amanah, jika pindah milik tanah kepada parti politik daripada segi undang-undang tidak boleh.” kata beliau yang juga bekas calon Parlimen Tanjung Karang ketika PRU 2008 lalu.
Hanipa yang dihubungi TVSelangor menjelaskan adalah menjadi kesalahan jika pihak yang membuat keputusan pemberian tanah jika ada kepentingan dalam penjualan tanah itu yang bertentangan dengan undang-undang.
” Jika contohnya si A hendak memberi tanah kepada si B. Tiba-tiba si A ini ada kepentingan dalam tanah yang hendak dapat ini maknanya di sini ada kepentingan pecah amanah dan rasuah serta sebagainya,” katanya.
Sebelum ini,menurut Naib Yang DiPertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman, PAS Tanjung Karang ketika ini sedang mengumpulkan fakta kes terbabit sebelum menyerahkan kepada pihak guaman yang dilantik untuk tindakan selanjutnya.
“Sekarang PAS Tanjung Karang sedang kumpulkan fakta berkaitan kes ini.
“Kebanyakkan fakta kami dah perolehi, cuma tinggal beberapa perkara yang masih diteliti sebelum kami bawa kepada pihak guaman untuk tindakan selanjutnya buat laporan SPRM,” beritahu beliau.
Terdahulu, TVS dan Selangor Kini melaporkan Kerajaan Negeri Selangor ketika di bawah pentadbiran BN telah menganugerahkan sebidang tanah milik kerajaan negeri kepada Umno bahagian Tanjung Karang.
Bagaimanapun pada sekitar 2007, tanah yang kini menempatkan bilik gerakan Barisan Nasional telah dijual oleh Umno Tanjung Karang kepada dua buah syarikat swasta, Bumi Utama Building Material Sdn Bhd dan Bayacorp Sdn Bhd pada harga yang tidak diketahui.
Carian yang dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati salah seorang pemimpin Umno Bahagian Tanjung Karang memiliki kepentingan di salah satu syarikat terbabit.
Syarikat tersebut turut membuat permohonan untuk mendirikan hotel di atas tanah seluas 4,370 meter persegi yang turut terdapat sebuah gimnasium yang telah dikosongkan.......

SEKARANG SIAPA YANG MENGADAI DAN MENJUAL TANAH ORANG MELAYU?.....LAGI NOH OMAR NAK CAKAP BESAR BERDEGAR-DEGAR KAH?......

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...