Monday 19 March 2012

KANTOI LUMAT!!!... AKHIRNYA TERBUKTI JUGA YANG NAJIB CAMPUR TANGAN DALAM SISTEM KEADILAN DINEGARA KITA.....

PKR dakwa PM campur tangan saman kes Felda
Kerajaan BN didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda, dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

NONEKatanya, dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.

"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.

"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."

NONEMenurut Saifuddin, kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

"Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah," katanya pada  sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Campur tangan secara jelas
Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.
Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.
NONEFelda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan OER.

Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Selain berdepan dengan saman OER,  Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
NONETurut hadir ialah ahli parlimen Subang R Sivarasa  yang mewakili peneroka dari Serting Hilir dan dan penempatan Felda Raja Alias dalam tuntutan mereka.

"Beri taklimat kepada peguam tidak menjadi masalah, tetapi terpulang kepada hakim untuk mendengar hujah daripada peguam, bukan untuk mengikut arahan daripada Perdana Menteri," kata Sivarasa.

Beliau bimbang perkembangan terbabru yang didedahkan itu akan menjejaskan peluang peneroka Felda yang turut menyaman kerajaan.

INI ADALAH SUATU PERTUDUHAN YANG AMAT SERIUS....JIKA KES SAMAN SIVIL ANTARA FELDA DAN PENEROKA ADA CAMPUR TANGAN PERDANA MENTERI... APA JAMINAN KES-KES YANG MELIBAT PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI TIDAK MASUK CAMPUR MEMPENGARUHI HAKIM.....MENGAPA PERLU SAMPAI HAKIM JUGA DIBERIKAN TAKLIMAT.....INI PERTUDUHAN LAGI SERIUS DARI VIDEO KLIP V.K.LINGAM CORRECT CORRECT CORRECT.....PERLU DITUBUHKAN SIASATAN DIRAJA UNTUK MENCARI KEBENARAN JIKA KEADAAN MEMAKSA DEMI MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP SISTEM KEADILAN DINEGARA KITA...

1 comment:

  1. kan dia kata tu mesyuarat dengan felda .. so dia bincangkan perkara ni dengan pegawai2 felda la .. supaya pegawai felda memastikan memberi kefahaman kepada hakim (dalam mahkamah) ttg pengiraan OER.. felda harus memastikan menang dalam kes ni supaya tak menjejaskan kes2 seterusnya ..

    takkan tu tak boleh fikir sedara ? lain la mesyuarat tu PM dengan hakim2 .. ni mesyuarat dengan felda (sykt yg di saman) ..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...