Thursday 15 March 2012

SKANDAL LEMBU FEEDLOT NFC...ANAK SULONG SHAHRIZAT JALIL BAKAL DIHERET KE MAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN JENAYAH PECAH AMANAH!!!!!

Skandal NFC: Lebih ramai dijangka didakwa
Siasatan ke atas skandal syarikat ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC) dijangka akan membongkar lebih banyak penyelewengan dan kepincangan syarikat itu yang membabitkan beberapa individu berprofail tinggi.

NONESelain itu, akhbarNew Straits Timesmelaporkan lebih ramai pegawai kanan dan ahli lembaga pengarah NFC akan didakwa di mahkamah berhubung salah guna dana pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat berkenaan.

Akhbar milik Umno itu memetik Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hanya sebagai berkata “kes NFC jauh daripada selesai,” sekali gus membayangkan lebih ramai yang akan didakwa dalam tempoh terdekat.

Selain itu, New Straits Times yang memetik sumber berkata wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC juga mungkin didakwa di bawah Akta Syarikat 1965 kerana mengabaikan tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

NONEAwal minggu ini, Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah membabitkan hampir RM50 juta ringgit  manakala isterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Salleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan di bawah dua pertuduhan utama itu.

NFC menjadi bidasan pembangkang apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa kelemahan yang menyebabkan syarikat itu tidak mampu memenuhi syarat kontrak yang ditetapkan oleh kerajaan.

abdullah ahmad badawi pak lah bashfulPada tahun 2007, kerajaan di bawah Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi (kanan) meluluskan pinjaman RM250 juta dengan kadar faedah dua peratus kepada NFC untuk memajukan industri ternakan lembu daging tempatan.

Pakatan Rakyat kemudian mengemukakan dokumen-dokumen untuk menuduh Salleh dan anak-anak beliaunya menggunakan dana itu untuk pelaburan yang tidak ada kena mengena dengan terma pinjaman kerajaan.

Antara lain keluarga Shahrizat dituduh membeli beberapa unit kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di Singapura dan Kazakhstan, selain membeli tanah di Putrajaya

4 comments:

  1. dah jadi satu budaya, pecah amanah seolah2 bukan jenayah..

    ReplyDelete
  2. Apa sudah jadi... anak beranak korup..
    Inilah yg terjadi bila ada kuasa.. semua nak bedal, tak kira halal haram.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan BNus ada declare (masuk dalam berita) yang penjara mini akan diadakan di kem-kem tentera. Kononnya untuk pesalah-pesalah ringan supaya tidak terpengaruh dengan pesalah tegar.
    Agaknya standby untuk kroni kroni kambing hitam, i.e. Khir Toyo dan mungkin dia dia orang ni. Special agaknya - penjara lima bintang. Jatuh standard kalau masuk penjara biasa.
    Tenguklah kalau tak percaya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...