Datuk Saifuddin Abdullah membelasah lumat lunyai Najib Razak sebab penakut lari mencicit dengan memberikan alasan picisan yang menjadi momokkan dan bahan ketawa rakyat,bila diajak berdebat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.....
Berikut adalah hujjah Datuk Saifuddin Abdullah iaitu 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya....MEMBUKTIKAN BETAPA PENAKUT KECUT MENIKUSNYA SEORANG PEMIMPIN YANG DIAGUNGKAN OLEH UMNO INI...
Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.
Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.
Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, “...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik”.
Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.
Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.
Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?
Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.
Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?
Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.
Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!
PSTTTTT.... JUAK-JUAK UMNO TAK RASA MALU KE BILA DAPAT PEMIMPIN PENAKUT GABAN MACAM NAJIB RAZAK NI... BERANI CAKAP BERDEGAR DEGAR NYARING KUAT HANYA DIDEPAN AUDIEN YANG MENJADI PERWAKILAN DIPERSIDANGAN TAHUNAN UMNO JER....
BIAR TAKUT BINI ASALKAN JANGAN TAKUT TEGAKKAN DEMOKRASI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Saya setuju Najib tidak perlu berdebat dgn Anwar. Ini adalah kerana selera kedua-duanya berbeda. Najib hanya bernafsu dgn selera yg HALAL manakala anwar lebih berselera dan bernafsu dgn yg HARAM ===> ANWAR HARAM!!
ReplyDeleteKenapa anwar ibrahim yg telah diSAHkan sebagai seorang peliwat takut dan kecut telur utntuk berdebat dgn ibrahim ali ataupun zulkifli nordin!! Kerana jika dia berdebat dgn mereka, dia kan kalah dan lebih malu wp dia tak ada malu punya orang
aku ingat yb SA lebih layak jadi pm dari yang ada sekarang...cakap berdegar2 sbb dilingkari kuasa...malulah!!!
ReplyDeleteNajib adalah termasuk dalam golongan pemimpin yang tak pandai berdebat dan tak pandai buat kerja. Beliau hanya pandai menipu, berjanji dusta, merompak khazanah rakyat dan negara. menjual apa yang boleh dijual untuk menjadi harta keluarganya dan hanya tahu membuat kenyataan bodoh. Malunya kalau orang luar tahu bahawa dia ni anak Allahyarham Tun Abd Razak....
ReplyDeleteAnonymous 9.01 pm;
ReplyDeleteKomen yg paling buruk pernah saya baca...ada ke DSAI gentar nak berdebat dgn Ibrahim Ali dan Zul Noordin tak logik langsung. Siapa mereka berdua ni selain oportunis2 yg makan hasil haram dan Najib uhh ... pengecut, semasa disubpoena tempoh hari pun takut naik ke mahkamah. Aparah ...
ORG2 BESAR UMNO NI HANYA PANDAI BERDEBAT, BERKATA2,PENIPU,DI DEPAN RAKYAT YG SENTIASA DI BODOH KAN OLEH MEREKA SAJE...KALO DEBAT KAT PARLIMEN,KAT PEMBANGKANG,KAT PARTI2 YG LAIN SUME BACOI..JAWAPAN SUME MENGARUT..DOK BELOK2 SAJE..NAJIB TAKUT JD MCM SHABERY...NTAH APE2 LA..
ReplyDelete