Thursday 15 March 2012

SETELAH DIBERHENTIKAN BANTUAN SECARA ZALIM OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL.. OKU YANG MALANG ITU KINI DIHALANG DARI MEMBUAT LAPORAN KEPADA SPRM!!!!!..MEMANG GILER GABAN BN NI BEB!!!!

Pergelutan di SPRM ketika pekebun OKU buat laporan
Cubaan Frusis Lebi, seorang pekebun kurang upaya untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terganggu apabila berlaku pergelutan ketika pengawal keselamatan menghalang kumpulan itu daripada memasuki bangunan Sultan Iskandar di Kuching.

NONEDalam kicauan di Twitter, ADUN Padungan Wong King Wei berkata kumpulan itu telah dihalang daripada memasuki bangunan ibu pejabat SPRM di Kuching itu, atas alasan bahawa wakil-wakil yang mengiringi beliau memakai baju yang tertera logo DAP.

"Saya ditolak dan dihalang masuk oleh pengawal keselamatan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar ... Pintu utama juga ditutup kepada ahli-ahli DAP dan orang ramai.

"Mengapa? Apabila saya bertanya kepada mereka, orang yang bertanggungjawab berkata ia adalah kerana logo berkenaan adalah dilarang, iaitu logo roket," katanya.

Turut mengiringi Frusis adalah ADUN Batu Kawah Christina Chew dan Ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald.

NONEKetika dihubungi, Leon (kanan) berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10:30 pagi apabila ahli kumpulan itu ‘dikasari’ selepas berkeras untuk memasuki bangunan itu bagi membuat laporan SPRM.

"Seorang pengawal keselamatan itu menolak bahu saya dan kami dihalau keluar dengan arahan supaya tunggu di luar," katanya.

Kumpulan itu, katanya, hanya dibenarkan masuk ke dalam bangunan itu dengan iringan pengawal keselamatan selepas lebih daripada 15 minit pertengkaran hangat.

"Kami mahu buat laporan tetapi apabila kita bertemu dengan pegawai itu, dia kata bahawa mereka sendiri sedang menyiasat perkara itu dan tidak ada keperluan untuk membuat laporan tambahan," kata Leon.

Laporan berkenaan adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang yang mengakui beliau mengarahkan bantuan subsidi pertanian Frusis dihentikan kerana menyokong pembangkang...

BN SUDAH GILA...GILA TAKUT HILANG KUASA... GILA TAKUT KEZALIMAN DIKETAHUI UMUM...GILA TAKUT RAKYAT AKAN BANGKIT TENDANG TERAJANG DARI TAMPUK KUASA..KINI BUDAYA SAMSENG UMNO DISEMENANJUNG SUDAH BERJANGKIT DISARAWAK!!!!

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...