Monday 12 March 2012

GEMPAR GILER!!!!... TAMAN REKREASI NEGERI PAKATAN RAKYAT PALING KUAT DAN GAGAH DALAM PLANET DIJADIKAN TEMPAT PESTA MINUM ARAK!!!!!... DAHSYAT BEB!!!!

Taman dicemari botol arak


Taman dicemari botol arak
MUAR - Keceriaan taman rekreasi di Taman Aman, Parit Bakar dekat sini, yang dihuni lebih 1,000 penduduk tercemar dengan tindakan sekumpulan remaja menjadikan kawasan itu sebagai port melepak untuk minum minuman keras.

Tinjauan  ke kawasan berkenaan semalam, turut menemui beberapa botol minuman keras itu yang dibuang merata-rata.

Penduduk mendakwa masalah tersebut telah berlanjutan sejak setahun lalu, dan sekumpulan remaja yang melepak di situ setiap malam dilihat begitu bangga minum arak di kawasan terbuka.
Salah seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Sulaiman berkata, kehadiran sekumpulan remaja itu telah mengganggu ketenteraman penduduk berdekatan kerana taman rekreasi ini terletak di hadapan rumah penduduk.

Menurutnya, mereka mula berkumpul melepak di kawasan tersebut sekitar jam lapan malam dan berlanjutan sehingga awal pagi.

“Di sini mereka akan membuat bising dengan menyanyi dan ketawa serta berborak kuat. Tindakan mereka ini telah menimbulkan kemarahan penduduk berhampiran. Ada penduduk yang menegur supaya tidak membuat bising tetapi mereka tidak mengendahkannya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sulaiman berkata, dia yang sudah menetap di taman tersebut sejak 20 tahun lalu, pada mulanya tidak tahu kumpulan remaja itu minum minuman keras di situ, sehinggalah setelah ramai penduduk menjumpai sejumlah botol berkenaan pada siang hari.

"Kami juga pernah bertanya kepada mereka mengenai penemuan botol ini tetapi mereka tidak mengaku. Kami bimbang botol arak ini akan menjejaskan nama naik Taman Aman kepada masyarakat luar,”.....

SEKARANG NEGERI MANA MAKSIAT PALING MERIAH SEKALI KALAU BUKAN NEGERI UMNO PALING GAGAH PERKASA DAN HEBAT SEKALI DALAM PLANET INI, JOHOR!!!!!.

DIMANA UMNO KUAT DISITU RAKYAT HIDUP MEREMPAT DAN MERIAHNYA MAKSIAT!!!!....

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...