Monday 2 September 2013

HARI ULANG TAHUN KERAMAT YANG WAJAR SEMUA RAKYAT INGAT!!!!!



Mengapa Omak Kau masih  berdiri teguh dibawah kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim????

Masih terimbau dan segar bugar detik itu dalam akhir tahun 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas.

Terkejut dan sangat keliru daya fikir Omak Kau waktu itu...

Jiwa Omak Kau cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap DSAI. Omak Kau  berfikir ini suatu tuduhan amat gila yang tidak masuk akal langsung. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam yang cukup tersohor didunia Islam  mengamalkan homoseksual.

Menyorot beberapa artikel yang Omak Kau baca mengenai sosok diri seorang yang bernama Anwar Ibrahim...akal yang waras pasti akan membuat penafian atas kesemua tuduhan salah laku dan moral beliau.

Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar bukanlah  pelajar yang boleh di kategorikan sebagai popular kerana punyai raut wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan.

Tetapi hampir semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sebagai ketua pelajar.
Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yang pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama.

Perwatakkan beliau terbawa hingga ke Universiti....Ramai dari kita tahu..,,, Anwar merupakan peneraju Abim, pertubuhan pergerakan belia Islam sewaktu beliau berada di kampus Universiti Malaya.

Seorang aktivis pelajar yang sgt lantang bersuara mengenai hak dan kebajikan anak Melayu/Bumiputera. Memperjuangkan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai keislaman dalam masyarakat Melayu bermula dari kampus sehingga ke kampung-kampung.
.
Kemuncak kepimpinan beliau bila berlaku demostrasi dan pemberontakkan mahasiswa sewaktu isu kampung Baling yang keseluruhan penduduknya daif dan hanya mampu menjamah ubi kayu setiap hari utk melapik perut.

Natijahnya Anwar di penjara di bawah tahanan ISA di Kemunting atas kesalahan menghasut dan menimbulkan huru hara.

Keperibadian Anwar sangat menarik minat Tun Mahathir. ... Tun Mahathir pada masa itu sudah dapat mengagak bahawa Anwar boleh membantu beliau untuk meraih jawatan tertinggi Umno.
Tun M merasakan Anwar adalah satu kuasa keramat yang mampu menjatuh dan menaikkan reputasi seseorg politikus. Ini terbukti sewaktu Anwar mengetuai gerakkan memprotes dan berpiket mendesak Tunku Abdul. Rahman meletakkan jawatan kerana pentadbirannya yang mengutamakan kaum Cina sehingga kaum Melayu di kampung-kampung terabai.

Tun Mdikatakan memujuk Anwar untuk bersama- sama Umno memperjuangkan Melayu dan Islam.
Akhirnya tahun 1981 Anwar bersetuju menyertai UMNO.

Persetujuan Anwar untuk menyertai Umno telah membuatkan ABIM resah gelisah. Separuh dari mereka tidak bersetuju Anwar menyertai UMNO dan bukannya PAS. Pemimpin-pemimpin PAS yang mendokong perjuangan ABIM juga dikatakan berjauh hati dengan tindakan beliau.

MengapaAnwar menerima pujukan Tun Mahathir untuk menyertai UMNO?

Anwar pernah berkata...,,, dia berniat mahu menerapkan nilai-nilai Islam ke seluruh pelusuk negara melalui perjuangan UMNO yangg di dokong kebanyakkan kaum Melayu.

Anwar dalam Umno naik begitu pantas dan mendadak sekali. Kepimpinan dan aura pejuang Melayu dan Islamnya sangat besar sehingga ramai kalangan ahli-ahli UMNO mulai pandai berhujah berdasarkan petikan Hadis dan Al- Quran. Anwar boleh dikatakan telah berjaya mentraformasikan satu pertubuhan Melayu menuju ke arah kepimpinan Islam.

Omak Kau masih ingat lagi sewaktu berada di tahun awal 80an. Waktu itu memang sangat sukar untuk bertembung dengan wanita atau pelajar sekolah wanita yangg menutup aurat dan bertudung. Nilai-nilai keislaman belum bangkit dan meresapi budaya orang melayu.

Namun sewaktu mengalas jawatan Menteri Pendidikan..,,, Anwar dengan lantang mengubal akta mendaulatkan bahasa melayu dan mulai mengislamkan institusi pendidikan dgn nilai- nilai murni melalui pemakaian dan aktiviti ibadah.

Waktu itu barulah muncul dan kelihatan wanita dan gadis- gadis melayu memakai tudung yg menutup keseluruhan rambut.

Sekiranya ada orang yang boleh dianggap sebagai pengasas gerakan kebangkitan semula Islam di Malaysia, dia ialah Anwar Ibrahim !!!!!

Berpaksikan kisah diatas , masakan seorang penggerak perjuangan Islam seorang kaki liwat.

Sehingga kini secara terbuka belum ada seorang pun sahabat beliau di MCKK dan UM menjelaskan atau memperakui bahawa beliau memang seorang Gay atau biseksual.

Malahan guru-guru dan tenaga pengajar beliau juga amat sedih dan bersimpati atas setiap tuduhan dan fitnah yang di lemparkan terhadap Anwar... Kecuali sahabat politik yang akhirnya menjadi musuh ketat politik beliau yang begitu lantang mengiyakan fitnah tersebut.

Sebagai  anak muda yang sangat jahil perihal politik..,khabar itu membuatkan Omak Kauu jadi begitu teruja untuk mengetahui duduk perkara sebenar...

Dulu penggunaan internet belum cukup meluas. Buku, majalah dan akhbar menjadi media alternatif untuk mencari berita dan maklumat...

Majalah Tamadun, Siasah, Detik, akbar Harakah dan buku-buku politik seperti 50 dalil karangan Khalid Jafri .

50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri adalah pemulaan agenda memusnahkan personaliti dan karektor beliau DSAI politik. Di meriahkan dengan kesinambungan surat berantai Umi Hafilda kepada Mahathir tentang salahlaku Anwar yang kononnya menjalin hubungan asmara dengan isteri abangnya Azmin Ali.

Di tambah lagi dengan tuduhan jenayah seksual yang melibatkan adik angkat beliau serta pemandu peribadi Wan Azizah.. Membaca buku 50 dalil ini agak mengelirukan dengan cara penulisan dan fakta yang di beri.

Semacam setiap rangka dan cerita di garap dalam bentuk tuduhan dan fitnah yangg melulu.
Berbanding dgn beberapa buku yang sangat menarik karangan Ahmad Lutfi Othman;-
##“Anwar Boneka Barat?”.
##Layakkah Anwar Ketuai Reformasi.!?
##Skandal Seks atau Konspirasi Politik!?

Pada Omak Kau buku-buku karangan beliau agak mencabar minda kerana tulisannya memaksa pembaca berfikir dan mencari jawapan berdasarkan fakta dan pemerhatian, bukan tuduhan atau fitnah yang di rancang...

Omak Kau masih teringat ayat beliau yang menilai niat Anwar menyertai UMNO umpama seekor lembu mengajak sekandang kerbau supaya tidak bermain dengan lumpur.

Sedangkan sikap kerbau itu mana mungkin tidak sukakan lumpur. Akibatnya lembu yang masuk ke kandang kerbau kalau tidak pun bergelumang lumpur pasti terpalit atau terpercik juga dengan lumpur. Agak berkias dan simbolik namun sangat menikam.

Episod pemecatan Anwar pada 2 Sept 1998, 15 tahun yang lalu telah mengerakkan satu gelombang kebangkitan rakyat melalui semangat reformasi. Gerakan reformasi bermula dirumahnya serta beberapa road tour ceramah di beberapa buah negeri bagi membersihkan namanya dan menuntut Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.

Dimana- mana muncul keluarga "anti-Mahathir’ dengan beraninya memakai lencana dan tag yang tertera slogan ‘reformasi’, ‘keadilan’, ‘lawan tetap lawan’ !!!

Kemuncak reformasi seterusnya disaksikan pada petang 20 September 1998 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Hampir 100 ribu warga tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk mendengar ucapan ‘terakhir’ dari Anwar sebelum beliau ditahan oleh pihak polis pada sebelah malamnya.

Selepas Anwar dipenjara –dengan berbagai siri-siri kepincangan institusi negara bermula dari polis, Jabatan Peguam Negara,badan kehakiman, hospital dan media arus perdana milik dan kawalan UMNO secara berterusan menidakkan hak dan memusnahkan karektor seorang pejuang rakyat yang bernama Anwar.

Apabila Anwar di pukul di lokap Bukit Aman malam beliau ditahan oleh Ketua Polis Negara sendiri ketika itu, Rahim Noor...Tun Mahathir dengan lantang tanpa ada rasa malu muka selamba batu menyatakan Anwar memukul dirinya sendiri.

Bermula dari detik itu rakyat dan seluruh parti pembangkang terus menyatakan simpati dan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap Anwar.

Rakyat yang sedar mulai mengerti Anwar adalah mangsa konspirasi jahat Mahathir dan sekutu- sekutunya di dalam UMNO.

Mereka tidak dapat membongkar pecah amanah, rasuah atau salahlaku politik beliau sewaktu di dalam UMNO.

Makanya tuduhan jenayah liwat dan seks yang di susun dan di rencana sejak tahun 1997 di realisasikan pada September 1998.

Tuduhan itu dilihat berniat mau memusnahkan aura islamik dan kepimpinan Anwar yang bersih.

Semuanya berpunca dari sikap Anwar yang sangat berani dan lantang menegur kepimpinan UMNO yang rasuah, kronisme serta kepincangan- kepincangan pentadbiran di segenap kementerian.

Natijahnya Mahathir mulai sakit hati dan tergugat dengan kuasa dan pengaruh Anwar yang semakin berkembang besar dan kuat di dalam UMNO.

Yang sedihnya, Anwar ditangkap, dibicara dan dipenjarakan kerana kehendak penguasa, waktu itu Mahathir bukan berdasarkan fakta keterangan dan undang-undang. Tetapi tuduhan dan agenda jenayah yang sangat meragukan.

Dan sewaktu beliau dibebaskan juga adalah kerana kemahuan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu berbalah dari segi kepimpinan dengan Mahathir dan bukan semata-mata fakta kes.

Maka Omak Kau turut berduka... maknanya, hakim-hakim masih tidak bebas menentukan penghakiman dan mereka perlu melihat isyarat dari pihak eksekutif.

Namun setelah Anwar bebas berpolitik dan bejaya menyatukan semua parti pembangkang yang berlainan ideologi dan perjuangan dalam satu gelombang politik baru. Kini sudah mulai kelihatan kecenderungan badan- badan dan individu profesional yang secara terang- terangan menyokong dan mendokong perjuangan menuju Malaysia Baru.

Gelombang perubahan ini bermula dalam PRU12 yang menafikan kemenangan majoriti 2/3 BN di Parlimen.
Kini gelombang itu semakin deras dan pukulan- pukulannya semakin keras membadai BN dan Umno.
BN semakin lemah dan melonglaikan.

Rakyat mulai sedar..,,, suara mereka adalah suara keramat yg mampu merubah politik Malaysia ke arah politik yang lebih baik,bijak dan matang.

Namun sehingga ke detik ini UMNOmasih bermain politik cara lama. Masih berusaha membangkitkan sentimen kaum dan agama, membakar api patriotik melalui agenda menuduh Anwar sebagai agen Amerika dan Yahudi. Mencetuskan sentimen hak kaum Melayu yang akan hilang di sebabkan perpaduan antara DAP.

Terus- terusan memfitnah, membuat tuduhan dan rencana jahat mereka melabel Anwar sebagai seorang pemimpin yang tidak layak kerana punya beberapa siri salah laku seks yg tidak pernah pun berjaya di buktikan oleh mahkamah.

Benarlah kata Anwar..,,, beliau tidak pernah mampu berdiri seteguh dan segagah ini tanpa doa rakyat dan restu Allah SWT.

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ... LAWAN TETAP LAWAN ...KALAU TAKUT KEPADA RISIKO JANGAN BERBICARA MENGENAI PERJUANGAN.

PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH ... PATAH PARUH BERTONGKAT SIKU ... PATAH SIKU BERTONGKAT DAGU ... PATAH DAGU BERTONGKAT KUKU .... UNDUR SELANGKAH TIDAK SAMA SEKALI .... WILL STAY AND FIGHT TOGETHER UNTIL UMNO SURRENDER!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT ...
SELAMAT ULANG TAHUN REFORMASI YANG KE-15....REFORMASI!!!! .... REFORMASI!!!! ...REFORMASI!!!!

14 comments:

  1. semoga kebenaran muncul selepas ni. tapi umat islam semakin berpecah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jatuhkan umnu rakyat selamat.

      Delete
  2. Tapi tu dulu, sekarang dah bnyk bukti. Kes liwat, kes china doll, kes Raja Goyang, kes Papagomo. Entahlaaaaaaaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lembu tetap lembu sampai mampos!!!!!

      Delete
    2. Anon 13.58. Macam2 kes antaranya kes rogol bunuh dan letupkan. Kes rogol bawah umur dimelaka. Kes curi duit rakyat oleh paria 250 juta. Kes bunuh di n 9. Kes liwat pemuda KL kes belasah orng kes kapel ngan artis kes minum arak kes judi di london kes sapu pantat orang putih dll lagi kes darp amenu sial laknatullah semua rakyat tahu. Kui kui

      Delete
  3. aku menyokong penuh perjuangan anwar....aku xpercaya kes yg tmbul..hnya yg bodoh percya...terutama macai2 babi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai taik palat rosmoh yg caya je.

      Delete
  4. Memang umno bodoh kalau tak gunapakai penasihat Yahudi dah lama umno berkubur. umno tak tau satu hari nanti Yajudi akan membunuh umno dalam senyap. Tak caya kits tunggu dan lihat. mungkin PRU ke 14 atau ke 15 umno akan hancur pebur kalau fiel peminpin2 umno yg ada tidak berubah masih mementingkan diri dari negara dan rakyatnya.

    ReplyDelete
  5. Paling aku suka bila seorang mantan perdana menteri yg teramat celaka nyer mengatakan kecederaan DSAI adalah nencederakan diri sendiri.dan akhir nyer terbukti si celaka haramjadah rahim punya angkara.pukul bila muka ditutup dan tangan DSAI bergari.aper punyer celaka bacul punyer rahim.gampang betul mamat dua ekor nie.sahih dua ekor gampang haramjadah nie mamphos masuk neraka.

    ReplyDelete
  6. Tahun 1998 mmg semua org benci yg teramat sangat kat mahathir. Tapi itu dulu. Sekarang mshathir dianggap antara tokoh terbilang yg tiada taranya di malaysia. Reformasi dah dingin beku tapi syukurlah sekurang2nya anwar dah lahirkan seorang anak didik yg mampu berdiri sama tinggi dgnnya iaitu musthapa ali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangang bertingkek-tingkek betui ekau nie......ekau nie tompek mamak nunafik kencing berak jer lakunyer...padanlah hancing bebeno...hihihihihi

      Delete
    2. Syukur ke hadrat Allah tidak meredhakan beliau memimpin Malaysia... negara yang banyk kebajikannya pada negara2 berakyat islam yang lain... 1997 dibukakan tembelangnya dan sehingga kini satu persatu petunjuk diberikan kenapa Allah tidak meredhainya...

      Delete
  7. Andaikata Anuwar ni masih dalam UMNO,jadi PM skrg tapi diketahui dgn skandalnya meliwat, penzina macam ni ek?

    ada ke penyokong dia skrg ini dlm PKR akan memuja dia?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...