Thursday, 3 October 2013

BERITA BURUK UNTUK UMNO TAPI BAIK UNTUK RAKYAT!!! ... PAS AKAN TETAP BERSAMA PAKATAN RAKYAT UNTUK TAWAN PUTRAJAYA PADA PRU14!!!



PAS tetap bersama Pakatan tawan Putrajaya pada PRU14

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberi jaminan PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, dalam memastikan perjuangan parti Islam itu sering bersama PR, mereka akan memastikan sayap di dalam parti tersebut bergerak sering dan tidak akan terperangkap dengan permainan politik Umno.

"Dalam pertengkaran rumah tangga pun, dalam diam anak bertambah. Begitu juga PAS, pendapat pemimpinnya pelbagai tetapi presiden parti berjaya menyatukan kami.

"Bagi memastikan kelangsungan PAS bersama PR, kami tidak akan bermain di gelanggang yang disediakan Umno dan sedia menerima kritikan kerana PAS adalah milik rakyat Malaysia.

"Jangan menaruh harapan yang terlalu besar kepada PR kerana kami baru berusia lima tahun berbanding Barisan Nasional (BN) sudah berusia lebih 50 tahun," katanya dalam satu forum bertajuk "Survival PAS dalam arena politik Malaysia" yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada majlis sama berkata, PR kini sudah berada di pertengahan jalan untuk menawan Putrajaya maka tiada sebab bagi parti itu berpatah balik.

Katanya, pemimpin yang berlainan suara dalam PAS melihatkan sifat dinamik parti itu sambil menggesa ulama dalam PAS agar lebih bersifat agresif mengkritik kelemahan pemimpin Umno.

"Segala yang diperjuangkan PR tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja kerana inilah masa depan kita bersama.

"Kita harus menggerakkan rakyat untuk menyuburkan demokrasi dengan menghapuskan segala salah laku pemimpin Umno yang mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan menyekat kebebasan media.

PAS kenal pasti faktor ketakutan orang Melayu kepada PAS, kata Datuk Husam Musa.PAS kenal pasti faktor ketakutan orang Melayu kepada PAS, kata Datuk Husam Musa."Afrika pun mengamalkan kebebasan media malah mereka yang tinggal di luar negara terkejut apabila saya menyatakan 99 peratus media arus perdana di Malaysia dikawal oleh kerajaan," katanya.

Husam berkata, PAS harus mengenal pasti punca ketakutan orang Melayu kepada parti itu dengan menyelami faktor ketakutan mereka.

Katanya, orang Melayu perlu bijak memilih di antara pemimpin Islam yang komprehensif atau pemimpin Melayu yang banyak mengamalkan rasuah.

"PAS harus mengenal pasti faktor ketakutan orang Melayu di samping memahami landskap politik kaum Melayu dan menjadi lebih praktikal.

"Perkauman adalah senjata terakhir Umno dan semakin tumpul apabila kaum bukan Melayu turut mengundi PAS dalam PRU13 lalu.

"PAS tidak menuju ke belakang kerana majoriti rakyat Malaysia mahu melihat PR mentadbir negara. Ini terbukti apabila PAS yang dahulu hanya dikenali di Pantai Timur kini mula dikenali di serata Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan PAS mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PR terutamanya PKR.

Cadangan Harun itu kemudiannya dijadikan resolusi dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini.

4 comments:

  1. Keris tumpul kene berasap gaharu bermandi limau bio keluor pamur....pantang anak melayu kalu tak leh lontar dalam selat melaka....

    ReplyDelete
  2. Kami tgu kemerdekaan sebenar nanti pru 14 berulah hati rakyat malaysia yg bencikan umno terubat, 4 tahun dari sekarang sama2 kita usahakan dengan pakatan rakyat. Merdeka merdeka merdeka merdeka merdeka merdeka merdeka.

    ReplyDelete
  3. sedar la wahai PAS...dlm pakatan rakrat...suara anda amt la sayop2 ja kdengaran...PAS hnya digunakn utk mnawan ati org melayu n islam tetapi hakikatnya...PR xdahulukan islam...lihat saja la isu islam di selangor,,,pa PR wat??? masih nk brsma PR??? jng biarkan diguna oleh DAP n KEadilan...peace yoo...

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah..UMNO memBELIT Islam...http://transitaqoid.blogspot.com/2014/01/demo-isu-kalimah-allah-anjuran-umno.html

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...