BERITA TERKINI!!!!... MAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR PAGI INI TELAH MENGARAHKAN RTM DAN DUA AHLI UMNO MEMBAYAR ADUN PAS KUBANG ROTAN, YB NASIR MUSTAFA RM120 RIBU DAN KOS RM30 RIBU KERANA MEMFITNAH!!!!
Mahkamah
Tinggi Alor Setar sebentar tadi telah memutuskn bahawa RTM dibuktikan memfitnah YB Nasir
Mustafa, ADUN Kubang Rotan.
Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO bayar sejumlah RM 120 ribu dan kos sebanyak RM30k.
ALOR SETAR,— Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi
kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik
kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat
keputusan pagi ini.
Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya
Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan
Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu,
manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua
pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah
membayar sejumlah RM70 ribu.
Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.
“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan
untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam
Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka
dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh
Hartini dan Norhayati... serta RM30 ribu kos guaman.”-
Kita imbau kembali kisah yang membawa RTM diheret ke Mahkamah kerana buat kerja jijik memfitnah!!!!
ALOR SETAR, 20 Disember 2011 - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.
ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.
“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).
“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan negeri.
Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.
“Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya.
Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.
“Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.
Fathul bari patut masukkan kan isu ni dalam program jelajah ustaz muda umno ni.. rakyat tolak fitnah... kasi tgk 'ustaz' ni apa dia buat.
ReplyDeleteBersih warrior
Tu memang tak but reseach....sendiri mau ingat...ini mesti kerja sabotaj kerajaan.
ReplyDeleteSialnya siapa dapat bos macam ni. Kalau orang ramai boleh ditipu, tak heranlah satu hari nanti laki pun kena tipu!!!!!
ReplyDelete