Wednesday 20 March 2013

EDISI TERJAH !!!!...CERAMAH HASAN ALI DAN EZAM MAT NOR MENGENAI ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU....LEBIH RAMAI HANTU DARI MANUSIA YANG DATANG MENDENGAR!!!!!!


Malam tadi 19hb Mac 2013 jam lebih kurang 10.30 malam. Omak Kau telah melakukan misi terjahan ceramah anjuran JATI di Bersebelahan Sukaramai Seafood, Batu Belah Klang, Selangor... Ceramah kali ini tidak menggunakan lori ikan sebagai pentas.

Tajuk ceramah ialah Lahad Datu Siapa Pengkhianat dan Dalang.

Para penceramah terdiri dari pejuang aqidah yang paling unggul didunia yang juga Pengasas dan Presiden NGO Tiga Jalur JATI, Hasan Ali dan Penaung NGO kaki buat kacau samseng ceramah PR, Waris Malaya, Ezam Mat Nor.

Terkejut beruk sungguh Omak kau bila melihat angka kehadiran selepas habis dicanangkan satu dunia DSAI adalah dalang disebalik Pencerobohan Lahad Datu oleh semua media kepunyaan dan kawalan UMNO.

Ditambah burukkan lagi bila kisah kononnya DSAI ada buat hubungan songsang sejenis dan disahkan oleh Hasan Aqidah sendiri.

Sepatutnya sudah pasti ceramah ini akan mendapat sambutan paling sengkek dan kokak pun dalam lingkungan 5,000 orang....Tapi hampeh beb!!!!

Ada pasang 2 khemah tapi itu pun kerusi kosong lebih banyak dari yang berisi..Yang datang pun Omak kau kenal pasti adalah ahli-ahli PERKAS/JATI/dan Waris Malaya saja..

Apa sudah jadi??????...Kata rakyat Selangor sudah muak dan bosan dengan perjuangan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim...Hakikatnya??...

Buatlah fitnah sebanyak mana pun terhadap DSAI...Rakyat sudah bertekad muktamad akan memastikan UMNO tumbang pada PRU 13 nanti.

Ceramah terdiri dari bekas para penyokongnya sedikit pun tidak menggugat hasrat dan niat rakyat mau melihat Putrajaya dirampas oleh Pakatan Rakyat.

POLITIK FITNAH LUCAH TIADA TEMPAT DIHATI RAKYAT....ITU HAKIKAT, BUKAN CERITA YANG DIBUAT-BUAT.

REALITINYA, POLITIKUS TARAF CICAK MENGKARUNG HASAN ALI DAN EZAM MAT NOR TIDAK MAMPU MENGGUGAT KEUTUHAN SOKONGAN RAKYAK KEPADA DSAI DAN SELURUH KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT.

16 comments:

  1. PEJUANG AQIDAH YG PALING KUAT MENYEBAR FITNAH.....

    ReplyDelete
  2. Mana pergi lori ikan 1 ton? Dah jual untuk biaya program Umno ke? Nampaknya Hasan laknat ni tak sedar2 juga dirinya sedang melonggokkan dosa fitnah di atas kepala nya.

    ReplyDelete
  3. Dulu mungkin pegang title pejuang akidah...tpi setelah dia tercium kentot njb...trus berubah menjdi macai akikah yg tlh mengkekah kn diri dia sendiri pd syaitan yg tlh mengaburkn mats hati dia...

    ReplyDelete
  4. lom sedarkan diri hassan kayu jati ni..perasan mcm bagus dihadapan budak2/org2 yg xcerdik yg hadir situ

    ReplyDelete
  5. hasan dan ZUl mabuk Coca Cola

    http://dongengtoknenek.blogspot.com/2013/03/mabuk-cocoa-cola.html

    ReplyDelete
  6. Tu sb setiap perjuangan tu mesti brlandaskn dgn hati yg ikhlas..bru jati diri tu mantap x mudah berubah...so klu x benar2 ikhlas ni la jdi nya..kayu jati menjadi kayu jeti tmpat umnono semporno bertengek....bingai baghal bangang bengong....

    ReplyDelete
  7. En.mamat nasionalis n keza kera x de sama ke jd pndengar setia..tentu depa bangga kan..hahaha...taubat la wahai chai2 ubn..pintu taubat masih trbuka..

    ReplyDelete
  8. apa pun agenda mereka....kita dah tahu....semuanya nak menyalahkan anwar....pada saya walaupun bukan anwar yg jd PM, yang pastinya buka BN yang akan jadi kerajaan lg...dah muak dengan segala penyelewengan....muak dan nak muntah....cukup sudah...cukup sampai disini saja....

    ReplyDelete
  9. cukuplh hasan n ezam hampa dh kenyang si kotak dh dpt snator si jati dh larikn kerusi muka tk malu,la ni sibuk bodek najib kot2 jd calon.kurangkn fitnah whai jati n kotak ingat mati oii,hampa pn bkn baik sgt

    ReplyDelete
  10. asal x jemput skali beruk beruk dari hutan brdekatan dtg dengar jdi nmpk ramai ckit,,bolih penuh semua kerusi2 yg dsediakn...

    ReplyDelete
  11. Wataci ni klu la jdi ketua segala ketua dlm jabatan agama kebenaran...mmng da wataci arah hasan jeti ni dtg mengadap...sb nk kena sekolah kn blk si jeti ni...sruh si jeti ni tulis ayat akidah berjuta juta kali dgn kefahaman skali....dgn berdoa agar pulang ke pangkal asas kebenaran dan menjadi smula hasan jati yg sejati pd kebenaran...sedih wataci sb RAPUH btl dia dgn dunia UMNONO lg SEMPORNO ni....

    ReplyDelete
  12. admint x tmbh bahan ke hari ni...dri tnggu ni...

    ReplyDelete
  13. Wataci btl2 meluat, loya, bengang la bila tngok muka si hasan jeti samdol ni..muka da la spesis sembab...wataci berharap sgt2 moga allah beri la kemenangan pd PR...dan PR buktikn la pd rkyt atas apa yg di perjuang kn tu adalah BENAR!! Semoga umnono ni dpt di talkin kn...cuma pesan wataci pd PR..JIKA ALLAH DA BERI KEMENANGAN NTI JGN LA PULA JDI MCM UMNONO PULAK YE!! memang wataci beli tiket n terbang blk la ke tmpat wataci dididik dan dibesarkn...

    ReplyDelete
  14. kalau nak ramai ceramah kawasan penyokong sendiri..tapi apa guna kan? baik ceramah kawasan lawan biar la tak ramai pun.

    ReplyDelete
  15. hoi cai!!! johor yg kubu kuat umnono nape time ceramah PR kt tmn sutera, skudai tu pn melimpah ruah. bkan johor tu kubu kuat bien ker? tu bru btul msuk kubu lawan kasi pecah panggung.

    ReplyDelete
  16. Puak songkok tinggi ni memang suke perkara lucah. Aku teringat zaman dahulu ada seorang ternama yang ditangkap dengan seorang ternama yang lain disebuah tempat terkenal kerana berkurung. Ustaz Mongolia yang menangkap itu kena panggil oleh bosnya. Dengar kabar ustaz itu berhenti kerja. Walau apa pun perkara ini telah berlaku di tanah Minangkabu di Padang Sumatra.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...