Tuesday 17 November 2015

AHLI-AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG GAGAL TOLAK BAJET 2016 SEBAGAI TANDA PROTES TERHADAP NAJIB RAZAK.



Usaha dan hasrat para ahli parlimen pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang Pembekalan 2016 untuk bacaan kali kedua ditolak di Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan, seramai 128 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong rang undang-undang berkenaan dan 74 tidak bersetuju selepas undian dibuat.

Pandikar Amin berkata, rang undang-undang itu akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan pada Selasa jam 10 pagi.

Sebelum ini pembangkang menyatakan niat untuk menolak Rang Undang-Undang tersebut sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli PAS mengambil sikap berkecuali dalam undian itu namun tiga Ahli Parlimen bertindak menyertai ahli parlimen pembangkang lain membantah rang undang-undang itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar mendedahkan bahawa beliau dan dua Ahli Parlimen Pas yang lain mengundi untuk tidak bersetuju.

Katanya, dua yang lain adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato' Nik Mazian Nik Mohamad.

“Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat. Saya taknak bajet yang membebankan rakyat,” katanya.

Beliau turut diminta mengulas mengenai adakah tindakannya itu akan menyebabkannya dikenakan tindakan disiplin oleh PAS.

“Saya tak risau pasal saya tidak berbeza dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya bajet ini sangat tidak memberi kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat dan rakyat negara kita,” jelasnya.

12 comments:

  1. Selamat pengantin baru kepada pasangan Pas dan Umno. Semoga bahtera yang dilayari selamat sampai ke tepian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucapan pengantin baru sepatutnya terlebih dulu diucapkan kpd pasangan PAN dan DAP. Walaupun mereka berlainan agama tapi masih berkahwin ikut undang2 sivil.

      Delete
    2. Hahaha....bila nak dikahwinkan pas dgn umno!! Pasti negara semakin maju jaya melayu kaya raya biar kafir miskin bapa kedana!! Hidup melayu hancur dap dgn kawan2 nya.

      Delete
    3. Hahaha....adakah pandikar amin kisah kesusahan hidup rakyat malaysia???? Pasti alasannya ikut peraturan sy jujur dgn kerja sy yg lain tu tiada kena mengena dgn sy. Maka jgn harap brg tak naik harga kos hidup tidak terus naik berhenti setakat sini sebab selama 5 tahun ini kos saraan hanya naik terus 2 kali ganda!! Adakah gaji pendapatan rakyat naik dua kali ganda??? Tiada hanya menteri2 ada. Jadi kenapa kita nak sokong??? Bodoh sgt ke rakyat malaysia terus di tekan masih nak sokong???? Patutlah mrk semakin berani buat sesukahati pada negara ini sebab rakyatnya terlalu mudah diperbodohkan dan suka disogok dgn wang iaitu brim walaupun tak byk asal ada.

      Delete
  2. taniah la omakkau...
    kau pun sama sokong kenaikan mcm2 tu seperti pas... taniah la kpd blog2 yg sokong pas itu...
    agaknye itulah yg rakyat diwakili mahu... penaik harga barang dan buang sabsidi...
    memang taniah la yb pas... kau dan amno dah secocok dah tu... buang masa aku sokong kau dulu2.... harakah tu pun boleh simpan lah... bior jadi utusexn jugak takde orang beli...

    ReplyDelete
  3. lepas ni boleh la korang gabung terus...
    omakkau boleh la duduk sebelah mykemut...

    supaya aku yg baca ni pun rasa selesa...
    asik teka teki je seblm nih... amacam omak kau?
    boleh la cari biru tu dgn lambang kerih buat wallpaper blog kau...

    bekecuali la sangat!
    terang2 penaik macam2 boleh pulak ko sokong...
    cam haram j ko semua

    ReplyDelete
  4. Pas mengambil pendekatan kurang bijak. Sudah menampakkan inspirasi hasrat Gabungan mereka. Sanggup ketepikan masalah/tekanan rakyat demi sekutu mereka Umno. Tiada beza sekarang Songkok dan Kopiah/Serban. Rugi dan sia-sia sahaja rakyat menyokong mereka selama ini. Sedarlah semua inilah sikap Pas yang membuatkan mereka tidak kemana-mana sekian lama.

    ReplyDelete
  5. kesiann..meroyan sakan tentera upahan dapig ni.frust menunggin.sabor je lah tahun depan kan najib buat budget pula kita pakat2 tolak la pula..apa susah

    ReplyDelete
  6. salam...
    aku dh boleh berlepas tangan dh..
    tunggu apa2 suntikan daripada Raja segala raja...
    setakat nie dh ada proof acknowledged...
    Takutlah kepada Allah wahai manusia yg nk menyesatkan....
    selamat maju jaya...

    #DoaUntukKebebesanAnwar

    ReplyDelete
  7. orang pas suma kaya2......setakat tol naik......apa dok kisah...dia org bangun awal pagi pi kerja ikut jln kampung....ala setakat 4-5 hinggit tu celah gigi je......

    gst?....ala 6 percent je......org pas suma kluar produk sendiri.....x payah beli...ikan tangkap sendiri bersama naik bot ayah cik.......sayur ..tanam sendiri....ha apa lagi...ala 6 percent tu....celah gigi je....org pas kan baru naik gaji....

    minyak naik?......blakang rumah org pas suma adaa telaga minyak.....sedut je brapa byk nak....

    pendek kata org pas suma dah cukup keperluan.....x payah susah2.....rasa2 nye....lepah ni pun dah x nak berjuang dah.....nak tukar jd ngo.....cukup la bersyarah kat surau2...masjid2....income pun byk ...x payah bayar cukai lagi....org lain pi jahanam la....sapa suruh tak sokong pas.....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...