Tuesday 17 November 2015

IMBAU KEMBALI ALASAN RAFIZI ADAKAN LANGKAH KAJANG UNTUK HALANG MAHATHIR SINGKIRKAN NAJIB ... KINI DIA PULA BERSUNGGUH-SUNGGUH BANTU DAN SOKONG MAHATHIR UNTUK JATUHKAN NAJIB.



Rakyat yang berfikiran waras dan tidak mudah tertipu dan lupa kini kebingungan bila mengenang kembali apa tujuan sebenar Rafizi Ramli yang ketika itu Pengarah Strategi PKR memujudkan Langkah Kajang atau dia gelar sebagai Serampang Kajang.

Justifikasi dan alasan yang diberikan ketika itu ialah ianya sangat diperlu kerana takut Najib ditumbangkan oleh Mahathir dan geng ultrasnya.  Seterusnya berlakunya rusuhan dan serangan agama dan bangsa ke atas Selangor sehingga darurat diisytiharkan dan Selangor dirampas oleh kerajaan persekutuan.

Pelik lagi anihnya .... mengapa sekarang Rafizi Ramli bersungguh-sungguh sokong dan mahu bantu "ultras" Mahathir untuk tumbangkan Najib?

Tak takut serangan dan darurat kat Selangor lagi? Tak takut Selangor dirampas lagi?

Rakyat soal Rafizi kena jawab ... ataupun Mahathir sudah beri jaminan kepada puak-puak pencetus langkah Kajang ini tidak akan ganggu kacau Selangor????

Jom kita imbau kembali apa penjelasan Rafizi Ramli pada 29hb Januari 2014 bila diajukan soalan rasionalnya Langkah Kajang diadakan.





PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.

"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.

---
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-anwar-ke-kajang-pertahan-selangor-daripada-umno-jika-najib-jatuh

8 comments:

  1. PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.

    Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.

    Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.

    Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.

    “Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

    “Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    “Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.

    Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.

    Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

    Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.

    Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAPigs KERAT PERUNTUKAN KAWASAN PERKAMPUNGAN!!!

      ADUN daripada PKR Dr Norlela Ariffin mempersoalkan Bajet 2016 Rejim pimpinan DAPigs yang tidak memberi peruntukan kepada kawasan perkampungan untuk mewujudkan produk pelancongan baharu.

      Dr Norlela (PKR-Penanti) berkata dalam Bajet 2016 yang dibentang Ketua Menteri pada 6 November lepas, sebanyak RM31.93 juta hanya diperuntukkan untuk produk pelancongan di bahagian pulau Negeri itu sahaja.

      Turut dipersoalkan sama ada Rejim Pakatan Harapan benar - benar melaksanakan janji untuk memperjuangkan nasib golongan yang tertindas dan paling memerlukan di Negeri ini.
      "Jika ya, Bajet 2016 perlu mencerminkan belanjawan yang memperjuangkan nasib golongan yang paling memerlukan dan bajet yang dapat bantu kawasan yang paling memerlukan," katanya ketika membahaskan Bajet 2016 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
      Katanya, Rejim DAPigs juga perlu mengiktiraf dan mempromosi industri inap desa sebagai produk pelancongan namun malangnya dalam Bajet 2016, ianya lansung tidak memberi peruntukan khususnya di kawasan kampung.
      "Bajet 2016 ini tidak nampak peruntukan yang jelas untuk pembangunan pelancongan kampung, homestay (inap desa) dan sungai tetapi hanya tertumpu kepada pelancongan di kawasan bandar," katanya.
      ADUN PKR itu juga berkata, kawasan kampung seperti di Penanti tidak harus diabaikan oleh kerajaan negeri kerana ia juga mempunyai potensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

      Tambahnya lagi, Rejim DAPigs perlu memberi lebih perhatian kepada pembangunan perkampungan dengan membina lebih banyak infrastruktur seperti jalan, parit dan dewan orang ramai.

      Luahan Norlela itu turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) yang memahami masalah dihadapi wakil rakyat PKR itu.

      Kesimpulan mudahnya, puak - puak DAPigs tu memang sengaja mengabaikan kawasan - kawasan Kampung yang majoritinya terdiri daripada kalangan orang - orang Melayu. Diorang nak orang Melayu ni merempat!!!

      Delete
  2. ALASAN KHALID SAMAD NAK RAMPAS SELANGOR!!!

    Huh! Kalau dah dasar orang yang Terdesak, mati hidup semula pun dia takkan mengaku yang dia terdesak nak mengekalkan jawatan bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri.

    Realitinya, apa yang dilakukan oleh puak - puak Pengkhianat tu pada ketika ini di Selangor bukannya 'Strategi Bertapak'. Sebaliknya, Strategi Terdesak untuk mereka kekal memegang jawatan.

    Tapi kalau Si Khalid Samad tu mengaku yang itu strategi sebenar diorang, nanti nampak sangat la yang diorang ni lemah dan tak mampu nak buat benda lain. Jadi, terpaksa la dia cipta alasan.

    Antara lain, Si Khalid Samad tu kata, parti yang dia wakili sekarang tidak terdesak untuk untuk mendapatkan kerusi bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
    “Bukan terdesak, tetapi itu memang strategi kami untuk bertapak di negeri di mana kami mula. Perkara ini saya rasa turut dilakukan oleh mana-mana parti politik dan tak ada parti politik yang tak mahu bertapak di tempat di mana mereka bermula,” katanya kepada Sinar Harian.

    Katanya, Amanah ada pendekatan sendiri dan mereka akan tentukan pendekatan dan pandangan yang lebih baik dan berpengaruh.

    “Sebab itu kita tubuhkan Amanah sebab nak tunjuk kepada masyarakat cara berjuang politik Islam yang sepatutnya.


    “Sambil itu kita boleh tunjukkan cara yang praktikal dan orang yang sokong kita kena buat macam mana parti politik lain buat iaitu menubuhkan kawasan, cawangan dan sebagainya," katanya.
    Kalau betul la diorang ni tak terdesak nak mengacau PAS bagi merampas kawasan yang dimiliki oleh parti tersebut seperti mana yang diarahkan oleh DAPigs, diorang tak buat kerja pandir.

    Kalau betul puak - puak Pengkhianat tu ada keyakinan mereka sendiri, buat apa Si Khalid Samad tu kritik setiap kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS dan juga pemimpin parti itu?

    Kenapa setiap kali kepimpinan PAS buat kenyataan dan menyatakan pendirian mereka, Si Khalid Samad tu tampil menjawab dan mengutuknya secara terbuka kalau mereka tak terdesak?

    Itu membuktikan parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu takde maruah. Sebaliknya diorang hanya sekadar berjuang demi menjaga kepentingan Politik Peribadi 'Abang Besar' diorang, DAPigs je. Maka sebab itulah diorang terdesak nak merampas kawasan PAS!!!

    ReplyDelete
  3. aku tak pikir Dato' Seri Najib harus dijatuhkan...
    lgkan pulak cara jahat....
    hanya jujur dan ikhlas sahaja boleh lawan Dato' Seri Najib...
    Dh lambat Rafizi , lgpun hampa dgn DAP....
    aku dh mmg tak percaya dh kat pembangkang...
    siapa yg dok percaya lg bole inquiry...
    sila2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus....tuang guru boleh lantik kau jd penasihat dia bila dia dilantik jd punaisehat umno

      Delete
    2. Kat bawah ni ada tulisan Macai PAN, TULANG Loser.

      Badan Besar otak size kismis

      Delete
  4. Kajang Move Terbukti Benar Akhirnya!!!!!!!!
    Najib terselamat dari diguling sebagai Perdana Menteri.

    Majoriti ahli Parlimen menyokong bajet Najib.
    Di antara yang mengundi menyokong Najib adalah bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim.
    Sebelum ini Khalid Ibrahim secara terbuka menolak undi tidak percaya kepada Najib Tun Razak.
    Tindakan dan pendirian Khalid Ibrahim ini membuktikan apa yg PKR dan Anwar Ibrahim buat dengan Kajang Move adalah benar.
    Tindakan dan pendirian Khalid Ibrahim membuktikan Khalid sudah pun menjadi penyokong dan pendokong Najib Tun Razak.
    Sehingga hari ini, Khalid Ibrahim masih gagal menjelaskan bagaimana hutang 80 juta beliau tiba tiba menjadi langsai.
    Bekas PM Dr Mahathir sendiri berkata Khalid begitu kemaruk hendak menjadi MB kerana hendak membayar hutang beliau.

    Akhirnya terbukti Anwar Ibrahim benar dan Hadi Awang salah.

    TULANG BESI

    ReplyDelete
  5. Biasalah cakap2 orang politik mmg tk boleh pakai, macam lanciaun....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...