Monday 30 November 2015

PKR BAKAL LUMPUH GARA-GARA PERGESERAN ANTARA KAK WAN DENGAN AZMIN DALAM MENENTUKAN HALA TUJU PARTI TANPA ANWAR IBRAHIM??????



Perselisihan faham dan pendapat antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dengan Timbalannya yang juga  Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengenai menentukan hala tuju parti yang harus diambil tanpa Anwar Ibrahim bukanlah suatu rahsi lagi malahan sudah dilihat sebagai suatu rahsia umum yang diakui oleh ramai rakyat termasuk anggota parti diperingkat akar umbi ... Senario ini adalah petanda terbaharu perselisihan antara pemimpin tertinggi PKR yang bakal mengeruhkan semula keadaan parti itu.

Perselisihan di antara Azmin yang juga timbalan presiden PKR dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berterusan walaupun parti itu cuba bergerak melangkaui ikon popularnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin parti mengakui terdapat perbezaan pendapat dalam kepimpinan tetapi mengambil sikap melepaskan diri dari jerbak kekalutan ini dengan ambil jalan mudah iaitu menuduh kesemuanya adalah dalang UMNO.

Namun persoalannya, adakah PKR akan dapat menyelesaikan perpecahan antara 2 pemimpin tertinggi parti itu, terutama apabila mereka memutuskan untuk menjadi penyatu kepada pembangkang yang berbeza ideologi.


Perselisihan di antara Azmin dan Dr Wan Azizah menjadi isu hangat politik PKR adalah pergeseran lama sejak parti itu ditubuhkan pada 1999, di mana isteri kepada Anwar itu mengetuainya manakala menteri besar Selangor itu sebagai Timbalan Presiden.

Kemuncaknya ialah pada pemilihan parti itu tahun lepas di mana jawatan presiden ditandingi Dr Wan Azizah dan suaminya, Anwar.

Cakap-cakap mengatakan tujuan Anwar bertanding jawatan presiden adalah untuk menghalang isterinya dicabar Azmin atau sesiapa sahaja. Anwar kemudiannya menarik diri dan Dr Wan Azizah menang tanpa bertanding sebagai presiden.

Tahun lalu, Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Dr Wan Azizah, walaupun dalam "Langkah Kajang" menyaksikan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kecil sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif negeri.

Azmin dan Dr Wan Azizah juga berbeza dan bercanggah pendapat dalam keputusan dasar parti seperti hubungan dengan PAS selepas Pakatan Rakyat dibubarkan dan pengumuman penubuhan gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.

Kini sudah ada suara-suara diakar umbi mengatakan Dr Wan Azizah akan menjadi menteri besar lebih baik dan Azmin cuba menjatuhkannya sebagai presiden.

Pemimpin PKR dengan pantas menyalahkan musuh politik mereka UMNO sebagai menyemarak dan menyebarkan maklumat ini.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mendakwa sebahagian daripada taktik UMNO untuk membuatkan partinya dan pembangkang tidak bersatu, berpecah belah dan tidak layak untuk memerintah.

"Mereka tidak akan berdebat dengan kami mengenai dasar atau amalan perdebatan sihat seperti dalam demokrasi, jadi satu-satunya cara untuk menjatuhkan kita adalah dengan mengatakan PKR dan pembangkang berpecah, jadi bagaimana anda hendak percaya dengan mereka?"

Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengakui terdapat perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin PKR tetapi isu itu sengaja diperbesarkan musuh parti.

Perbezaan pendapat perkara positif tambah beliau lagi.

Disebabkan itu, perpecahan di antara Azmin dan Dr Wan Azizah boleh mendatangkan risiko dan melemahkan PKR serta mengalihkan perhatian apabila parti itu perlu bersatu untuk menjadi kuasa penyatuan pembangkang.

"Saya tidak sama sekali bimbang tentang taktik ini kerana saya tahu akar umbi parti tidak mudah terperangkap untuk mempercayainya," kata Rafizi, yang juga naib presiden.

Beliau juga menyangkal hujah perselisihan ini menyekat parti itu, mengatakan PKR terus menambah keahliannya.

"Sejak Anwar dipenjara kami berjaya menambah keahlian. Apabila proses dibuat secara atas talian ia meningkat 300%. Peliknya pengakuan ini tidak konsisten dengan sambutan kempen tanda tangan sejuta bebaskan Anwar Ibrahim.

PKR berasa teruja amat kononya telah berjaya menanguk dua tokoh politikus hebat dalam kelompok mereka dengan kemasukkan Datuk Saifuddin Abdullah yang sebelum ini ahli UMNO dan Datuk Kamaruddin Jaafar daripada PAS. “

Rafizi lebih suka untuk melihat perbezaan pendapat sebagai kekuatan tetapi menegaskan setiap kali PKR membuat keputusan secara kolektif, semua ahli mesti mengikutnya.

"Saya akan lebih bimbang jika ahli berasa selesa dengan pemimpin mereka dan hanya bertindak sebagai ‘yes men’.

"Apabila anda menghormati perbezaan pendapat ini bermakna tidak ada sesiapa yang akan mencantas mereka melalui parti. Ia menjadi mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh dalam parti."

Boleh katakan apa saja demi menyejukkan jiwa yang gundah dan memujuk pemikiran yang sedang bercelaru dan berkecamuk.

Realitinya ... mana-mana parti didalam dunia ini jika kedua pemimpin utamanya sering tidak seiya sekata dan berselisih pendapat dalam memacu parti pasti berlaku pergolakkan yang mampu melumpuhkan parti.

12 comments:

  1. Pergeseran antara Azmin Dan DSWA disebabkan hasutan Dan fitnah Dari PAN Imayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,,
      Kongress PKR menunjukkan tanda PKR perlu memikirkan semula kedudukannya dalam PH.Setelah Selangor masih lagi berfungsi sebagai PR, kini ada dua negeri yang memberi amaran yang sama, mahukan hubungan kerjasama dengan PAS diteruskan.Sementara PAS masih lagi sedia bertolak ansur dengan PKR, masanya juga sudah tiba bagi PKR membalas kesediaan PAS itu dengan kembali membentuk PR bersama PAS dan meninggalkan PH kepada DAP dan PAN.Situasi politik sekarang sedang berubah dan perubahan ini boleh memberikan laluan kepada pakatan PAS-PKR untuk naik kemuncak.

      Mat Sabu ketika masih tim presiden PAS pernah berkata kerajaan Najib sedang berdepan dengan bangkrap, dan satu ketika apabila kerajaan benar benar bangkrap ada kemungkinan UMNO akan meyerahkan kerajaan kepada PR(pada ketika itulah).Situasi bangkrap kerajaan dan UMNO adalah kemungkinan dengan isu 1MBD yang tidak kesudahan dan apa yang pernah dijangka oleh Mat Sabu boleh berlaku.

      Tetapi sekarang PR tiada lagi, oleh itu adalah baik bagi PKR memikirkan keujudan semula PR sama seperti ujudnya BA dulu apabila DAP menarik diri.PR yang dibentuk kali ni kelihatan lebih kukuh dan pempunyai harapan yang lebih cerah berbanding BA dulu kerana ketika BA tanpa DAP dibentuk, UMNO berada di kedudukannya yang terbaik untuk merencanakan penipuan peringkat tertinggi tetapi kali ini kedudukan UMNO jauh menjunam sehingga mereka enggan membenarkan liputan kepada PAUnya.

      PKR harus memikirkan semula kedudukannya bersama DAP dan PAN kerana ia nampak tidak menguntungkannya selain dari percubaan DAP mahu menggunakan PKR sebagai kuda tunggangannya sahaja, malah mungkin semasa kajang move juga PKR dipergunakan oleh DAP.Perwakilan dari Kedah dan Kelantan menghantar mesej penting kepada kepimpinan PKR agar menjalin hubungan baik dengan PAS dengan amaran yang cukup jelas, wakil Kedah berkata jangan berangan nak perintah Kedah tanpa PAS dan wakil Kelantan pula berkata jangan keruhkan hubungan dengan PAS dengan fitnah.

      Apa lagi PKR mahu? Bukankah matlamatnya mahu menewaskan UMNO, begitu juga PAS kerana matlamat menewaskan UMNO, PAS sanggup mengenepikan tindakan PKR bersubahat dengan ahlinya yang langgar bai'ah dan melupakan sementara dasar PKR yang liberal kerana PKR masih lagi menghormati dasar Islam PAS, bukan seperti DAP yang lancang menentang dan bukan juga PAN yang berani melanggar bai'ah yang mereka lafazkan sendiri.

      DAP walaubagaimanapun, masih boleh bersama dengan syarat yang pernah diberikan oleh Ustaz Nik Zawawi ia itu meminta maaf kepada PAS dan menerima dasar Islam PAS.Oleh itu sebenarnya tindakan PKR kembali membina PR bersama PAS adalah juga tekanan kepada DAP untuk memikirkan semula keceluparan mereka dan turut memikikan semula sokongan mereka kepada PAN.

      sekarang bola di kaki PKR! PAS hanya menunggu apa yang akan dilakukan, ingat desakan untuk bersama PAS datang dari dalam PKR ,tiada tekanan dari pihak PAS.

      Delete
    2. Hahaha.....pas dah berpecah, kini pkr pula nak berpecah!!! Adakah ini pembaharuan bakal belaku politik malaysia dimana umno juga dilihat akan berpecah! Adakah rakyat diutamakan atau party didahulukan politik malaysia tidak membayangkan harapan utk rakyat malaysia .

      Delete
    3. Ganas betul lah parti pas nie. Hancur pakatan rakyat kerana pas. Hancurnya pas juga kerana pas. Hancurnta pkr juga kerana pas.. akan hancurnya pakatan harapan juga kerana pas.. bukan umno punya kija.. muhasabah. Dimana perginya brodher hood in islam..

      Confuse

      Delete
    4. Anon 15:44, macai PAN Imayam. Hina PAS Dan hina DSAI

      Delete
  2. Apakah akan wujud 2 gabungan DAP-PAN (PH) PKR-PAS (PR) dlm kem pembangkang? Huhuu... Apapun klau boleh tlg singkir Azmin ada yg tak kena dgn cara dia. Dia ni serigala jadian yg buat apa saja utk cari kekayaan dan kekal berkuasa. Jauh lebih teruk dari TS Khalid yg lebih cekap dlm bab ekonomi dan tak rembat duit rakyat. Sy sbg rakyat Selangor dah mula rasa muak dgn Azmin. Semua benda naik. Takda beza dgn style Umno dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN Imayam mrngadu domba untuk rosakkan PKR

      Delete
    2. Hehehe, bergaduhlah, umno tengah tepuk tangan. Hidup umno

      Delete
    3. PAN Imayam adalah sleeper agent ameno

      Delete
    4. Ada jugak rakyat Selangor yg sedar siapa Azmin yg sebenarnya.

      Delete
  3. RENUNGAN BERSAMA

    Jangan Menyibukkan Diri Dengan Aib Manusia

    Anas bin Malik radiyallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:

    " طُوبى لمنْ شَغَلَهُ عَيبُه عن عُيُوبِ النّاسِ"
    أخرجه البَزّارُ بإسنَادٍ حَسن. ورواه أحمد والطبراني وابنُ حِبّان والحاكم

    "Berbahagialah sesiapa yang keaiban dirinya menyibukkan dirinya daripada berbicara tentang keaiban-keaiban manusia lain."

    [Hadis dikeluarkan oleh Bazzar dengan isnad yang Hasan. Juga diriwayatkan oleh Ahmad, Tabrani, Ibnu Hibban dan Hakim].

    HURAIAN

    1. Berkata Imam al-Munaawi; Berbahagialah seseorang yang disibukkan dengan keaiban dirinya lalu tidak berbicara tentang aib orang lain. Maka sewajarnya bagi orang yang berakal menguruskan keaiban-keaiban dirinya. Sekiranya didapati ada satu keaiban dan kelemahan sibukkanlah diri dengan memperbaiki keaiban tersebut lalu merasa malu untuk mengeji orang lain.

    2. Berkata al-Hakiim; saya merasakan tiada orang yang sibuk memperkatakan aib orang lain melainkan kerana leka tentang dirinya sendiri. Sekiranya dia prihatin terhadap kelemahan dan aib dirinya tentulah dia tiada masa untuk memikirkan aib orang lain.

    3. Berkata ahli ilmu, tidak sewajarnya bagi seseorang mengintai dan mencari kelemahan dan keaiban saudaranya bahkan selayaknya setiap orang lebih sibuk memikirkan kelemahan dirinya. Seorang mukmin berusaha mendidik dirinya sebelum menyibukkan dirinya mencari keaiban dan kelemahan orang lain.

    4. Demikianlah juga, tiada seorang yang sempurna. Setiap orang pasti memiliki kelemahan di samping kebaikan. Timbanglah kebaikan dan kekuatan diri yang ada pada seseorang sebelum menyibukkan diri kita untuk menilai kelemahan dirinya kerana kita sendiri pun tidak sedikit kelemahannya. Apakah kita suka untuk manusia berbicara tentang segala keaiban kita yang masih disembunyikan oleh Allah?

    5. Di zaman perhubungan manusia menjadi mudah dan cepat menerusi aplikasi whatsapp dan facebook tidak sedikit yang terlalu sibuk membicarakan keaiban dan kelemahan orang lain secara terbuka sehingga menimbulkan pelbagai prasangka sedangkan dia sendiri berpeluang menegur secara tertutup.

    6. Berkata bijaksana Arab; "keaiban dan kelemahan seseorang dilipat simpan bukannya diriwayat dan disebarkan."

    7. Biarlah aplikasi perhubungan sosial semasa memberikan pahala bukannya menambahkan dosa.

    ReplyDelete
  4. 3 amalan paling dicintai Allah.
    1. Solat di awal waktu.
    2. Berbakti kepada ibubapa.
    3. Jihad fisabilillah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...