Wednesday 18 November 2015

AKMAL NASIR GUNA DOKUMEN SEPARUH BENAR KATA KETUA PENGARAH YaPEIM



Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) membuat laporan polis terhadap Pengarah National, Oversight and Whistle blower (NOW), Akmal Nasir kerana didakwa memperoleh dokumen secara salah untuk menyebarkan fitnah terhadap yayasan itu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif YaPEIM, Abibullah Samsudin di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Rabu.

Bercakap kepada media selepas itu, Abibullah berkata, pendedahan-pendedahan yang dibuat Akmal itu telah menggunakan fakta yang diputar belit bertujuan memfitnah YaPEIM.

“Laporan polis ini bagi mempertahankan YaPEIM daripada tuduhan tidak berasas oleh NOW,” katanya.

Dia menjelaskan, kertas kerja yang digunakan NOW sebagai rujukan untuk membuat pendedahan-pendedahan adalah ‘separuh masak’ kerana ia perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan lain.

“Akmal sepatutnya bertanyakan kepada kita maklumat sepenuhnya sebelum terus membuat kesimpulan,” katanya.

Katanya, kertas kerja itu ‘separuh masak’ kerana ia tidak menerangkan secara terperinci tentang objektif perbelanjaan program itu.

Katanya, dalam kertas kerja itu menyatakan Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut melawat ke Iowa dan Minnesota sedangkan lawatan itu telah dibatalkan dan Jamir Khir hanya ke Indianapolis dan Washington.

Abibullah sekali lagi menegaskan perbelanjaan yang digunakan itu menggunakan dana YaPEIM bukan dana anak yatim dan orang miskin seperti yang didakwa.

Katanya, YaPEIM sedang menyiapkan bebeberapa dokumen untuk membawa kes itu ke mahkamah dan akan memfailkan saman terhadap Akmal dalam tempoh terdekat ini.

“Semakin banyak maklumat yang dikeluarkan oleh Akmal, semakin kukuh kes kami di mahkamah,” kata Abibullah.

Berdasarkan Laporan Kewangan 2014, aset yang dimiliki YaPEIM dilaporkan bernilai RM1.034 bilion.

10 comments:

  1. Woiiii buat malu PKR. INI Akmal

    Pi masuk PAN Imayam lah

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform

    ReplyDelete
  2. PENABUR FITNAH DAH KECUT BUAH KERANDUT OI!!!

    Hahaha!!! Memang memalukan sungguh!!! Bila dah kena saman, banyak pulak songehnya Pengarah syarikat NOW Sdn. Bhd. ni nak menutup kemaluan diri dia sendiri. Dah kecut buah kerandut la tu.

    Sampai tahap sanggup dia memper-BODOH-kan diri dia sendiri dengan mengajukan soalan - soalan yang boleh dikategorikan sebagai Bodoh Nak Mampus didalam kenyataan media.

    Hakikatnya, soalan yang diajukan tu tak masuk akal dan hanya setaraf dengan soalan budak sekolah tadika. Soal berapa banyak tuntutan yang difailkan itu bukan satu persoalan besar dikalangan rakyat.

    Sebaliknya, soal sama ada dakwaan yang dibuat oleh pengarah syarikat yang berorientasikan Fitnah itu terhadap Datuk Seri Jamil Khir benar atau tidak yang menjadi tanda tanya.

    Tapi dek kerana Si Pengarah Syarikat NOW Sdn. Bhd tu sendiri pun tidak yakin dengan bukti yang dia ada, maka sebab itulah dia membangkitkan persoalan BODOH macam tu secara terbuka.

    Dalam kenyataan hari ini, Si Pengarah syarikat NOW Sdn. Bhd. tu tanya, kenapa Datuk Seri Jamil Khir membuat tuntutan ganti rugi sebanyak RM 10 juta didalam saman yang difailkan terhadapnya.

    Takkan itu je soalan yang nak diajukan oleh seorang Pengarah Syarikat yang KONONnya kata dia ada segala bukti terhadap tuduhan yang dibuat sebelum ini? Memang memalukan sungguh!!!

    Apa, tak cukup ke dia kena saman sebanyak itu? Atau, adakah dia nak Datuk Seri Jamil Khir saman dia dengan jumlah yang sama seperti yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu selama hari ini?

    Saman Si Ketua Penipu ni, dia tak nak tanya pulak???

    Kamon la! Apa layaknya dia nak disaman sampai RM 100 juta. Taraf Macai tepi Longkang yang setakat jadi Ketua Cabang PKR ni, cukup la setakat RM 10 juta. Itu pun dah kira banyak.

    Kalau nak diikutkan, nilai tuntutan sebanyak SERINGGIT pun tak layak untuk seorang Penabur Fitnah macam dia. Buat mengabihkan masa je layan kerenah orang yang Gila Publisiti Murahan macam Si Pengarah Syarikat NOW Sdn. Bhd ni!!!

    ReplyDelete
  3. Modus operandi yang sama yang digunakan keatas 1mdb..hijack dokumen sulit kemudian putar belit.Ini kerja puak2 yang tak takut mati ni.

    ReplyDelete
  4. Tu lah.kata org tua tua Telajak Perahu boleh undur Telajak kata sendiri mau ingat bro..

    ReplyDelete
  5. Lawak geng jambu beterusan. Fitnah bla bla road show lepas tu saya bergurau saya mintak Maaf. Matlamat hancurkan ekonomi berteraskan Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak basar kote kecik jgn menyampuk...kau tu baru mabuk susu, bukan pil kude tuang guru. duit yapeim tu bukan duit bapak kau tp duit sumbangan orang ramai, tak kan maju ekonomi islam kalau setakat guna duit derma untuk menteri round amerika dan eropah. inilah contoh walaun aka macai setia tahap taik yang menyebabkan kerajaan malaysia dan kelantan tidak segan silu membantai duit rakyat sbb mereka tahu org seperti basar pelir kecik ttp kata kentut pemimpin mereka adalah wangi...

      Delete
  6. Tak mengapa guna separuh betul pun, dpt tahu juga belanja tambang berlebihan, cenderamata 3 ribu dan macam macam lagi. Tahu pun boleh buat apa, audit dedah setiap tahun pun tiada tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Separuh betul adalah bermakna betul sebab kalau salah tentu sampai terberak puak2 taik nih pertahankannya...

      Delete
  7. Separuh betul separuh lagi benar. Semuanya betul dan benar.

    Tanggung kos main golf adalah benar
    Cenderamata adalah benar
    Tambang bini adalah benar
    Keraian VVIP adalah benar
    Keraian Menteri adalah benar

    Tiada yang tidak benar melainkan benar.

    # bila tarikh jamil bayar balik kepada Yapeim?
    # berapa amaun yang jamil bayar balik?
    # apa justifikasi bayar balik tu?

    Mohon Omak Kau tolong jawabkan bagi pehak jamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri x payah bayar balik sebab ada budak gila nama basar kote kecik akan tolong settle

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...