Wednesday 18 November 2015

AKMAL NASIR BILA DI SAMAN JAMIL KHIR BAHAROM NANTI JANGAN PULA MEMBUAT PERMOHONAN MAAF MACAM SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN.


Dulu bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin pernah tuduh Jamil Khir Baharom guna duit zakat untuk bayar peguam. Apabila disaman oleh Jamil Khir dan dibawa ke mahkamah, terus mohon maaf.

Sekarang ini giliran Akmal Nasi pula membuat tuduhan terhadap Jamil Khir Baharom. Menggunakan duit anak yatim dan miskin untuk main golf dan membeli belah di Amerika Syarikat

Bila sampai waktu perbicaraan jangan pula ambil kesempatan melakukan apa yang dilakukan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Saifuddin Nasution Ismail dengan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kalau lakukan juga yang luka parahnya nanti ialah parti yang didokongi iaitu Parti KeADILan Rakyat.

Membujur Lalu Melintang Patah ... Lawan Tetap Lawan ... Kalau Takut Pada Risiko, Jangan Berbicara Mengenai Perjuangan.



8 Ogos 2014:-  Kes saman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung kenyataan fitnah terhadapnya, hari ini selesai selepas ketua Pemuda PKR itu membuat permohonan maaf.

Shamsul Iskandar, dalam kenyataannya yang dibacakan di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin, menyatakan kesal dengan pernyataan yang dibuatnya berhubung isu permohonan qazaf Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disalah erti dan menimbulkan kekeliruan sehingga wujud persepsi negatif terhadap Jamil Khir.

Dalam kenyataan itu, Shamsul Iskandar memohon maaf terhadap Jamil Khir atas segala kekeliruan dan salah tanggapan yang timbul daripada pernyataannya.

Peguam Adnan Seman@Abdullah, yang mewakili Jamil Khir, ketika ditemui pemberita berkata Nor Bee merekodkan penghakiman persetujuan itu dengan dihadiri peguam Fahda Nur Ahmad Kamar yang mewakili Shamsul Iskandar.

Adnan berkata, sehubungan itu anak guamnya (Jamil Khir) menarik balik saman itu tanpa sebarang perintah kos.

Bercakap kepada media di luar mahkamah, Jamil Khir berkata dengan permohonan maaf yang dibuat Shamsul Iskandar itu, ia dapat membersihkan dirinya daripada salah faham.

"Di kamar mahkamah tadi, beliau menyatakan permohonan maaf dan saya amat terbuka dengan kenyataan ini bagi menyelesaikan kes yang saya failkan.

"Saya merasakan sempena bulan Syawal yang mulia ini, segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu, apabila dia membuat permohonan maaf, ia wajar untuk saya sambut dengan sebaiknya dan mengharapkan segala tuduhan dan pernyataan maaf ini dapat membersihkan diri saya daripada salah faham," katanya.

Shamsul Iskandar berkata, kes saman itu selesai secara baik dan kedua-dua pihak tidak bercadang untuk memanjangkan isu berkenaan.

"Kes saman selesai secara baik dalam suasana mood raya, kita buat rundingan dan kedua-dua pihak bersetuju dengan terma penyelesaian, saya fikir dalam konteks ini kedua-dua pihak tidak bercadang untuk memanjangkan lagi," katanya.

Pada Mei 2012, Jamil Khir memfailkan saman itu dan menamakan Shamsul Iskandar sebagai defendan dengan mendakwa Shamsul Iskandar mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya ketika mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas Anwar yang ditayangkan secara langsung oleh RTM dalam satu forum bertajuk 'Pengurusan Persepsi' pada 30 Mac 2012.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Jamil Khir mendakwa perkataan fitnah tersebut membawa maksud beliau seorang yang menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf dan menyalahgunakan kuasa untuk menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut Anwar.

Jamil Khir, dalam pernyataan tuntutannya, juga mendakwa pada 31 Mac 2012 beliau membuat kenyataan kepada media bagi menuntut Shamsul Iskandar mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, namun defendan (Shamsul Iskandar) gagal berbuat demikian sebaliknya mencabarnya untuk berdebat.

Katanya, kenyataan fitnah itu sekali lagi dikeluarkan Shamsul Iskandar semasa ceramah anjuran PKR Cabang Bukit Katil di Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Melaka, pada 1 April 2012.

Jamil Khir mendakwa reputasi dan maruahnya terjejas disebabkan perkataan fitnah itu yang ditayangkan secara langsung di saluran TV1 oleh RTM dimuat naik ke YouTube dan laman-laman web termasuk blog defendan shamsuliskandar.wordpress.com yang boleh diakses pengguna Internet.

Oleh itu, Jamil Khir menuntut satu perintah injunksi dikeluarkan bagi menghalang defendan mengeluar, menerbit atau mengedar sebarang kenyataan sama ada lisan atau bercetak, ganti rugi am, ganti rugi teruk, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai. – Bernama.

5 comments:

  1. Hal mcm ni dh selalu brlaku...
    Under table! la...apa lagi, thuuuihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 15.48 ....... apa maksud kau under table ? ...... kalau jamil yg hulur bermaksud shamsul kaki terima rasuah tp kalau shamsul yg hulur bermakna shamsul kaki sogok rasuah ...... ini menunjukkan PKR dan balaci atau barua Dap mmg aktif libatkan diri dgn aktiviti rasuah !

      Delete
  2. Jeng jeng jeng ....... kita tengok sapa yg kena ! Pandi kutty imayam @ Parti kelentong rakyat atau umnu !

    ReplyDelete
  3. Tak dak sekor pun beruk2 pkr nak hantar komen. Dasar beruk suka fitnah.

    ReplyDelete
  4. Style mat jambu fitnah lepas tu saya bergurau saya mohon maaf. Saman sampai kokak

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...