Monday, 16 November 2015

CADANGAN MENUBUHKAN MAJLIS PENASIHAT DI IBARATKAN KERANA JAMBATAN BENGKUK PRINSIP DAN PENDIRIAN TURUT BENGKUK


Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat lepas yang menolak cadangan Dr Mahathir untuk menubuhkan sebuah Majlis Penasihat yang akan menasihati Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran sebagai suat keputusan dan tindakan yang tepat lagi bijak.

Bersetuju dengan pendirian Najib, betapa mana-mana majlis yang tidak diputuskan oleh rakyat boleh dianggap sebagai tidak demokratik dan tidak mengikut Perlembagaan.

Cadangan Dr Mahathir mewujudkan suatu Majlis Penasihat sebagai membimbing Perdana Menteri dalam mentabir dan mengurus negara tidak lebih dari suatu jalan untuk menguasai atau mempengaruhi Dato' Seri Mohd Najib Razak mengkaji semula keputusan membatalkan projek idamannya pembinaan Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura. Ini sahaja cara yang beliau nampak agar impiannya menjadi kenyataan setelah usaha menghasut rakyat desak Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri gagal.

Mahathir megejek dan mencemuh sistem semasa yang meletakan kuasa budi bicara seratus peratus kepasa Perdana Menteri untuk melantik barisan jemaah menteri kabinetnya sebagai ruang dan peluang luas melantik mereka yang bersikap dan bergelagat tukang angguk sedangkan dia lupa cara dan budaya ini sudah bermula sejak beliau menjadi Perdana Menteri sejak tahun 1981 lagi selama 22 tahun pegang tampuk kuasa.

Secara akal logiknya sekiranya pandangan dan buah fikirannya diterima pakai tidak kah nanti pemimpin yang kini diasak dan digasak keras supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Najib Razak akan berada sebagai salagh seorang utama dalam Majlis Penasihat tersebut?  Tidakkah ini menjadikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri bayangan selagi beliau masih hidup???  Apakah ini yang dimau dan diidamkan oleh Mahathir Mohamad??? Sudah pasti tidak.

Bagaimana seorang negarawan yang dikatakan mempunyai pandangan yang cukup jauh yang tidak mampu terkejar oleh mana-mana pemimpin sezamannya boleh berfikir secetek begitu sekali.

Mahathir adalah cukup terkenal dan akan dikenang sentiasa sebagai seorang pembuli pada zamannya, tetapi kini menegaskan adalah penting bagi suatu majlis penasihat ditubuhkan semata-mata untuk menasihati dan membimbing Perdana Menteri dalam membuat keputusan. Almarhum Tunku Abdul Rahman pada ketika pemerintahannya di tahun 80an terus menerus memohon dan merayu kepada Mahathir untuk mengekalkan kebebasan badan kehakiman. Mahathir tidak suka hakikat bahawa badan kehakiman perlu bebas daripada campur tangan eksekutif dan perundangan pemerintah semasa.

Mahathir akhirnya mendalangi dengan meminda perlembagaan di Parlimen supaya eksekutif mendapat kuasa dengan mengorbankan badan kehakiman. Mahathir memecat Salleh Abas yang merupakan Ketua Hakim Negara ketika itu yang kuat berpegang kepada prinsip mempertahankan autonomi badan kehakiman. Almarhum Tunku Abdul Rahman menyifatkan tindakan itu sebagai "kisah yang paling mengejutkan dalam sejarah perundangan dan kehakiman moden."
Rakyat mula tertanya-tanya jenis apakah Majlis Penasihat Pemimpin-pemimpin Veteran yang dicadangkan oleh Mahathir sedang sepanjang tempoh pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau sendiri tidak menghiraukan langsung nasihat pemimpin-pemimpin ulung sebelumnya.

Apabila Tunku menyatakan pendapatnya dalam kolum khasnya di media The Star suatu ketika dulu, Mahathir mengambil tindakan drastik dengan mengharamkan media arus perdana berkenaan. Begitu juga apabila Almarhum Tun Hussein Onn menasihati Mahathir agar mengekalkan perpaduan kaum bukan sahaja Mahathir memekakkan telinganya sbelaiknya bertindak lebih jauh dengan menghalang Tun Hussein Onn menjadi ahli dalam UMNO Baru.
Malangnya bagi Mahathir, sebelum ini DAP yang kelihatan agak memberikan sokongan padu kepada beliau sudah mulai menjarakkan dirinya.

Pakar perlembagaan dari DAP Prof Aziz Bari dalam suatu kenyataan balas kepada cadangan Mahathir ini menasihati rakyat agar tidak termakan dengan hasutan halus berniat jahat Mahathir ini.Beliau akui bahawa Mahathir mempunyai dan memiliki tabiat buruk lagi hodoh suka mencampuri urusan pentadbiran negara akhirnya akan merosakan sistem negara yang sedia ada.

Mahathir seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa ketika ini beliau sudah tidak adalah tidak relevan di negara ini. Hanya kerana ada kumpulan-kumpulan seperti Perkasa mengangkat dan menjulang beliau, tidak bermakna dan menjadikan dirinya begitu penting.Ketidak upayaan Mahathir untuk memujuk pemimpin-pemimpin kini mengikuti dan menerima segala kemahuannya menyebabkan ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi sudah mulai menjauh dan menjarakkan diri dari beliau.

Mereka yang senada dan seirama menari lagu alunan beliau kini sudah pun merengkuk dalam penjara.Sejarah pasti berulang untuk Mahathir . Bezanya, kali ini yang menentukan hala tuju dan arah perjalanan urus tadbir negara adalah pemimpin lain

Moralnya, kerana jambatan bengkok mampu membuat pendirian dan prinsip seorang pemimpin yang diberi gelaran negarawa ulung menjadi bengkuk juga.


11 comments:

  1. PAN Imayam Al Kuali berpendirian bengkok dan sanggup jadi balaci murahan DAP.

    Mari kita ingat kembali betapa anti Islamnya DAP. Ini perlu kerana Melayu mudah lupa kata TDM


    10 Bukti DAP Anti Islam


    klxpress.com – Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang yang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya Aidiladha hanya kerana isi kandung ucapan yang menggesa umat Islam supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah walaupun berlainan ideologi politik memang keterlaluan

    Jika disenaraikan, memang banyak buktinya, yang pertama, dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti kedua, prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    Bukti 3, siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti keempat, DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti kelima, Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti keenam, DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti ketujuh, DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti kelapan, DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti kesembilan, DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti kesepuluh, pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    Jelaslah tindakan biadap DAP ini seperti cuba memusuhi umat Islam. Apa pula yang akan dimusuhi DAP selepas menyaman ucapan khutbah hari raya Aidiladha ini? Adakah umat Islam Malaysia mahu parti roket DAP persoalkan setiap teks ucapan khutbah termasuk khutbah jumaat? Di mana maruah kita?

    Sampai tahap mana umat Islam Malaysia mahu membiarkan DAP terus masuk campur? Belum memerintah sudah begini, jangan sampai nanti isi ucapan khutbah juga ditulis oleh DAP, pasti janggal melihat khatib mimbar menyokong segala bentuk kebebasan termasuk LGBT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti DAP Racist- Halang Masjid


      Menjadi viral di laman-laman sosial hari ini apabila cadangan pembinaan sebuah masjid di sebuah taman di Kota Kinabalu, Sabah telah dihalang oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang mewakili DAP, Jimmy Wong sehingga menimbulkan sedikit ketagangan disana.

      Video yang berdurasi 2 minit 46 saat ini telah dimuat naik semula oleh orang ramai berikutan kritikan berterusan Jimmy Wong berhubung laungan azan yang mengganggu penduduk bukan Islam di Kota inabalu sejak akhir-akhir ini.






      Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar tahun 2014 ini sememangnya menimbulkan kemarahan umat Islam di Kota Kinabalu berikutan Jimmy yang sering kali menemplak umat Islam disana dengan kata-kata yang disifatkan sebagai menghasut dan melanggar kontrak sosial yang telah di perakui sejak zaman berzaman.


      Tidak kira apa pun parti ikutan kita, hak beragama di negara ini tidak pernah dipersoalkan sejak sekian lama, namun selepas DAP berjaya meraih banya kerusi pada Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, mereka dilihat semakin biadab dan kini berani mempertikaikan hak mutlak Islam di Malaysia.

      Delete
    2. Tony Pua tak kesian kepada peniaga kecil kaum india- Dasar racist


      Ahli Parlimen Petalinga Jaya Utara, Tony Pua terpaksa melarikan diri daripada sekumpulan peniaga India di Sungai Way, Petaling Jaya selepas gagal memberi penjelasan mengenai pemindahan tapak perniagaan bersempena Hari Deepavali tahun ini.

      Peniaga India yang rata-ratanya usahawan kecil dan kais pagi makan pagi hasil perniagaan mereka bagi menyara keluarga, terpaksa berdepan kekurangan pelanggan berikutan perpindahan itu.

      Dan ketika Tony membuat lawatan bersama wakil media pro pembangkang untuk dimuatnaik di laman sosial kononnya dia wakil rakyat yang prihatin, ahli parlimen itu diserbu peniaga kecil yang tidak berpuashati dengan kedudukan bazar Deepavali yang dipindahkan.

      Sebelum ini, peniaga kecil India terlibat sudah beberapa kali ini ingin menemui Ahli Parlimen yang mereka pilih ketika Pilihanraya Umum ke-13 lalu namun Tony Pua enggan bertemu mereka tanpa sebarang alasan.





      Sebagaimana sifat Tony yang gemar melempar tuduhan tanpa asas melalui media pro pembangkang mahupun laman Facebooknya, ketika berdepan dengan kira-kira 15 peniaga India di Sungai Way itu, Tony gagal membuktikan pemindahan tapak bazaar Deepavali itu adalah disebabkan kesesakan lalulintas.

      Apabila didesak berkali-kali oleh peniaga terbabit yang jelas ditindas, Tony terkedu dan menukar topik serta mengangkat tangan meminta bantuan kerana sedar dirinya terperangkap dengan penipuannya sendiri.

      Melihatkan kehadiran beberapa anggota polis, Tony melambai ke arah mereka untuk meminta bantuan biarpun sebelum ini, Ahli Parlimen ini pernah mencerca pasukan keselamatan itu.

      Anggota terbabit segera memberi bantuan selepas Tony yang gagal memberikan bukti tidak tahan diasak berkali-kali untuk mengemukakan bukti tuduhannya.

      Delete
    3. Lagi Contoh DAP Anti Islam. Yang Dibenci orang yg sayang ugama. Itulah perangai PAN Imayam

      KOMEN KHUTBAH JUMAAT, EXCO KERAJAAN PULAU PINANG DISIASAT.


      Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar menyatakan siasatan akan dijalankan terhadap Exco kerajaan Pulau Pinang berikutan komennya terhadap khutbah Jumaat mengenai aurat wanita.


      Beliau menambah bahawa exco tersebut akan disiasat dibawah seksyen 298 Kanun Keseksaan. Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat komen yang sensitif sehingga boleh menyentuh sensitiviti agama.

      Perkara tersebut disahkan oleh Tan Sri Khalid melalui Twitter rasmi beliau sebentar tadi. Seorang Exco Pulau Pinang mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol.

      Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama. “Malangnya, khutbah

      Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki. “Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan. “Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan
      Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini. Jumaat lalu,

      Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.” Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk.

      Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu. Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita.

      Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama. Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.

      Delete
    4. DAP Racist- mahu camput Khutbah Aidl Adha di Pahang

      Agenda Daily) – PAS menggesa agar DAP tidak campur tangan dalam urusan jabatan mufti bersabit teks khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), bulan lalu.

      Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menyokong pendirian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang enggan tunduk dengan ugutan DAP agar pihaknya meminta maaf.

      “Khutbah yang berupa nasihat agama bagi umat Islam yang terikat dengan syarat dan rukun merupakan peringatan baik bagi umat Islam.

      “PAS mempunyai pengalaman bersama dengan DAP, (PAS) sangat memahami bagaimana sikap DAP terhadap penghayatan dan amalan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

      Pada 26 September lalu DAP Pahang menggesa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha yang mendakwa mereka menentang Islam.

      Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha dikeluarkan Jaip itu, umat Islam dinasihati bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan di kalangan orang Melayu.

      Dalam pada itu, PAS menggesa seluruh institusi agama Islam turut berperanan menentang sebarang kemungkaran yang turut dilakukan oleh parti pemerintah.

      “Pas gesa DAP tidak campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak bagi mengeluarkan fatwa dan nasihat agama dalam pelbagai medium sama ada kuliah, ceramah atau khutbah. Nasihat agar umat Islam bersatu menentang kemungkaran agama dan syariat juga menjadi dasar dan matlamat perjuangan Pas.

      Delete
    5. PAN Imayam Kuali tak berani berkata APA APA tentang petikan2 diatas.

      Orang Melayu Dan India du tindas.oleh DAP, malangnya PAN Imayam menepuk tangan gembira demi Abuya Bukit Penang


      Dari sini pembaca2 PAN Imayam adalah pengkhianat. Satu sokongan kpd PAN adalah satu sokongan kepada golongan RACIST DAP

      Delete
    6. DAP ada macai hamba abdi, Namanya PAN Imayam. Mandur PAN Imayam Namanya Mat Sabu.

      PAS pulak talda balaci dan tak balacikan orang lain

      Maknanya DAP balacikan PAN Imayam, tapi PAN Imayam sukarela Jadi balaci.

      Kah Kah Kah

      Delete
    7. Hahaha......cuba lihat di atas ini!!! Macau2 mula serang bertubi2 agar benci pan dap dan pakatan agar sokongan melayu hanya pada umno dan sokongan islam songsang pada pas!! Dgn ini bn boleh terus berkuasa sambil mengambil alih selangor kerana kekayaan negeri itu!! Namun kelantan biarlah terus dikuasa pas kerana negeri itu negeri islam yg tidak mampu umno bimbing2 namun begitu..penduduk bandar yg majoritinya cina tidak mungkin akan beralah menyokong bn apalg pas yg lebih menegakkan islam dan melayu malah berbau perkauman kerana cina tak bisa di kongkong dan mengikut pertunjuk mrk. Cina di tindas dgn perbagai cara utk merampas kekayaannya kekuasannya, cina tidak mungkin akan akan kembali menyokong party yg berat sebelah apalg cuba nak menyekat periuk nasi mrk. Melayu dulu mungkin bodoh toloi berfikiran sempit, namun kini zaman telah berubah, semakin byk melayu atau bumi bijak berfikir tahu mana baik buruknya dan tidak lagi dipengaruhi agama dan bangsa utk mrk mengubah kehidupan mrk agar tidak terus hidup dlm kemiskinan sampai tidak mampu. Mengejar kemodenan yg semakin maju.

      Delete
  2. Sapa membuka cerita DAP racist maka balaci PAN Imayam akan menuduh anda Be En. Bukannya nak nak nasihat DAP jgn hina Islam.

    Maka betullah theory aku yg mengatakan PAN Imayam adalah hamba abdi DAP

    ReplyDelete
  3. Bukan balaci PAN tu itu Red Bean Army tentera dapig yang menyamar jadi melayu.Melayu mana ada sokong PAN kecuali melayu yang semulajadinya yang lahir untuk semata-mata jadi bodoh.

    ReplyDelete
  4. Aku ingat hampa nie terlajak buruk sangka...
    Ada betui pa Dr. M ckp...
    aku sokong Dr.M...
    Kalau Dr.M berjuang menegakkan kalimah tauhid lg bagus...
    tak salah aku dlm Al - Quran ada sebut; pemimpin zalim bertaubat kena buat amal kebajikan..
    sapa2 mintak tlg perincikan....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...