Thursday 26 November 2015

AMK BAKAL BERGOLAK ... NIK NAZMI BERDEPAN UNDI TIDAK PERCAYA SEBAGAI KETUA AMK NASIONAL???????



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nasional Nik Nazmi Nik Ahmad mungkin berhadapan cabaran terhadap kepimpinannya melalui usul undi tidak percaya dalam Kongres PKR peringkat nasional pada hujung minggu ini.

Menurut sumber, salah satu cabang AMK di Kedah telah memfailkan borang bagi membawa perkara tersebut untuk dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Usul.

"Belum tentu lagi sama ada akan dimasukkan," jawab sumber tersebut ringkas apabila ditanya kemungkinan usul tersebut dibawa ke peringkat kongres.

Dinyatakan dalam borang usul tersebut bahawa Nik Nazmi yang telah dipilih dilihat tidak berkemampuan untuk menerajui AMK pusat.

"Manifesto yang dibawa beliau sewaktu pemilihan lepas langsung tidak dilihat pelaksanaannya.

"Oleh itu, saya mengusulkan lebih baik saudara Ketua AMK Malaysia berundur secara terhormat andai tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai Ketua AMK Malaysia," kata pencadang usul Mohamad Ashraf Jamil.

Usul tersebut disokong Tan Saw Keong.

Berdasarkan borang usul yang diperolehi Astro AWANI, usul tersebut dipercayai difailkan melalui Cabang Baling.

Nik Nazmi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia telah memenangi jawatan Ketua AMK Pusat pada Ogos 2014.

Bekas Timbalan Speaker DUN Selangor tersebut menewaskan pencabar terdekatnya ketika itu iaitu, ADUN Batu Caves yang juga Exco Kerajaan Selangor Amirudin Shari.

Kini, beliau adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor bagi Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

4 comments:

  1. Saya hormat kepada ADUN Batu Caves yang juga Exco Kerajaan Selangor Amirudin Shari. Walaupun beliau kalah tapi masih utuh dgn Keadilan.

    Bukan Macam gang PAN Imayam tu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


    Kalah Menang tu biasalah. TAPI!!!!!!!!!!! hanya sore loser macam PAN Imayam pimpinan Mat Sabu tu saja terkinja2 macam Ungka kena belacan. Ada hati plak tu nak lawan Azmin kat Gombak

    PAN Imayam. Get a Life Please

    ReplyDelete
  2. lawan tetap lawan walau jawatan apa pun...
    yg penting menang dan dapat isi perut sendiri..
    prg lain biar mampos...
    kalau kalah pertandingan lari keluar parti dan tubuh parti baru... inilah amalan kita sejak dulu kini dan selamanya...
    tambah lagi boleh kepit omoi2 cun ..mesti pacak punya...

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah....AMK kena buat demonstrsi kat parliment ke.....kat suk sgork.....baru real. ...

    ReplyDelete
  4. Terimakasih banyak MBAH karna melalui jalan togel ini saya sekaran sudah bisa melunasi semua hutang2 orang tuasaya di BANK bahkansaya juga sudah punya warung makan sendiri itu semua berkat bantuan MBAH SURYO yang telah membarikan angka 4Dnya kepada saya dan ALHAMDULILLAH berhasil,kini saya sangat bangga pada diri saya sendiri karna melalui jalan togel ini saya sudah bisa membahagiakan orang tua saya..jika anda ingin seperti saya HUB: MBAH SURYO 0823-4299-7888 nomor ritual MBAH SURYO memang selalu tepat dan terbukti..silahkan anda buktikan sendiri...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...