Monday 16 November 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT .... KERAJAAN TIDAK PERNAH HENTIKAN PELAKSANAAN AES MALAHAN MEREKA YANG KENA SAMAN TETAP PERLU MEMBAYARNYA



Kerajaan tidak pernah menghentikan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), malah mereka yang dikenakan saman, tetap perlu membayarnya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan, terdapat 14 kamera AES masih berfungsi di seluruh negara buat masa ini.

Walau bagaimanapun, kerajaan akan hanya mengumumkan keputusan mengenai semakan semula secara menyeluruh sistem itu pada awal tahun depan.

“Kerajaan mahu memastikan AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara).

“Kita perlu pastikan ia boleh dilaksanakan dan tidak ada masalah pada sistem itu,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ipoh, lapor Bernama.

Tiong Lai juga akui pihaknya masih mengkaji pelaksanaannya dan oleh itu belum ada sebarang pengumuman yang boleh dibuat.

8 comments:

  1. TOKONG KATA, INI PAS MANYAK JAHAT WOO!!!

    Aiyak!!! Betui ka Tokong itu PAS manyak jahat? Apa jahat itu PAS sudah buat? Itu PAS ada bunuh olang ka? Atau PAS ada halang DAPigs mau jual arak dikawasan Majoriti Islam di Selangor?

    Rasanya, semua orang pun masih ingat tindakan DAPigs yang membantah cadangan Bekas Exco PAS agar melarang penjualan arak dikawasan majoriti penduduk Melayu sebelum ini.

    Tapi, dek kerana sebelum ni PAS masih lagi dikerumuni Penjilat Tegar mereka seperti Si Khalid Samad tu, maka diorang dah salah pertimbangan dan memecat Datuk Dr. Hassan Ali.

    Mungkin itulah kejahatan yang telah dilakukan oleh PAS seperti yang dimaksudkan oleh Si Tokong DAPigs tu. Jahat PAS tu pun sebab terlalu mengikut kehendak pemimpin seperti Khalid Samad.

    Tapi sekarang, PAS dah dibersihkan dari parasit - parasit seperti Si Khalid Samad tu di Selangor. Jadi, apa lagi kejahatan yang telah dilakukan oleh PAS? Kalau Si Tokong DAPigs tu setakat tau nak tuduh orang lain je jahat, baik dia cerminkan diri dia sendiri dulu la!!!
    SHAH ALAM - Ketua Menteri Pulau Pinang, ‎ Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap kebencian melampaunya terhadap Pas apabila menuduh Exco Pas Selangor sebagai 'buat jahat' berhubung isu‎ kenaikkan elaun guru guru Kafa, kata Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

    Mohd Khairuddin berkata, kata-kata Guan Eng itu boleh dinilai ‎sendiri oleh rakyat sama ada Pas 'buat jahat' atau sebaliknya.

    "Kalau usaha Pas Selangor semenjak 2008 ini (memperjuangkan kenaikkan elaun guru Kafa daripada RM1,300 kepada RM1,500) dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka rakyat sendiri boleh menilai.

    "Apakah Pas Selangor dianggap jahat kerana telah memperkasakan institusi masjid serta memperjuangkan kewujudan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

    Mohd Khairuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang menyatakan DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan Pas 'tidak buat jahat'.


    Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang Pas melaksanakan dasar yang tidak baik kepada rakyat negeri itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita ingat kembali betapa anti Islamnya DAP. Ini perlu kerana Melayu mudah lupa kata TDM


      10 Bukti DAP Anti Islam


      klxpress.com – Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri Pahang yang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya Aidiladha hanya kerana isi kandung ucapan yang menggesa umat Islam supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah walaupun berlainan ideologi politik memang keterlaluan

      Jika disenaraikan, memang banyak buktinya, yang pertama, dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

      Bukti kedua, prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

      Bukti 3, siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

      Bukti keempat, DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

      Bukti kelima, Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

      Bukti keenam, DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

      Bukti ketujuh, DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

      Bukti kelapan, DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

      Bukti kesembilan, DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

      Bukti kesepuluh, pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

      Jelaslah tindakan biadap DAP ini seperti cuba memusuhi umat Islam. Apa pula yang akan dimusuhi DAP selepas menyaman ucapan khutbah hari raya Aidiladha ini? Adakah umat Islam Malaysia mahu parti roket DAP persoalkan setiap teks ucapan khutbah termasuk khutbah jumaat? Di mana maruah kita?

      Sampai tahap mana umat Islam Malaysia mahu membiarkan DAP terus masuk campur? Belum memerintah sudah begini, jangan sampai nanti isi ucapan khutbah juga ditulis oleh DAP, pasti janggal melihat khatib mimbar menyokong segala bentuk kebebasan termasuk LGBT.

      Delete
  2. Berita ni membuatkan mulut pemuja bn tertutup rapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap DAP tertutup rapat kerana yg tak mamou bayar saman adalah kaum Melayu dan India.

      Delete
  3. dah wat salah tu bayar je la saman...xnk kene saman ikut undang2 la...bodo nye omk ni

    ReplyDelete
  4. Hahaha......bagus2 saman byk2 sebab rakyat kaya kereta byk, tak saman kerajaan rugi mahu bayar gaji menteri gaji penguatkuasa kroni dll....kesianlah sama kerajaan yg sudah miskin dgn wang ringgit utk bangunkan negara malah mahu bagi samun lg utk mrk2... kalau tidak tiada kerajaan mampu memerintah negara ini dgn maju sekali!! Hanya bn mampu shj mampu jajah negara yg miskin ini dgn memungut cukai sama rakyat. Tak kisahlah rakyat susah miskin asal kerajaan punyai wang utk terus membangunkan negara. Skrg kerajaan masih byk perancangan utk perbagaikan cukai saman tax dll utk menambahkan lagi pendapatan kerajaan bila mana beratus billion boleh dicapai tiap tahun, dgn ini mudahlah kerajaan jlnkan tugasnya dgn perbagai project utk berikan perkerjaan pada rakyat yg menggangur. Kerajaan sgt prihatin pada rakyat malaysia terutama yg miskin hidup dipinggir bandar. Hidup melayu!! Hidup melayu!!!

    ReplyDelete
  5. Tuang punaisehat bile nak bagi nasehat yang bernas kpd kerajaang perpaduang?

    ReplyDelete
  6. Geng pan simpan skit bodoh tolol tu..bagus diam kalu tak tahu apa apa..tu pigi jilat taik ada sikit lg tu kt bontot lge

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...