Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2013 kali ini, yang merupakan perayaan terbesar sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 (DI SINI), kerajaan berbesar hati untuk menghentikan sementara operasi AES Malaysia ini.
Jikalau semasa berlangsungnya perayaan Thaipusam, Deepavali, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan juga Krismas, AES tetap berjalan seperti biasa tanpa mengenal erti penat “menjaga keselamatan anda semua di jalanraya” dan dalam pada masa yang sama “mencari pelanggan baru mereka“. Tetapi tidak sempena perayaan Tahun baru Cina 2013 kali ini. Ooh…..ada cuti juga rupanya AES ini.
Lumut: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan beroperasi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Begitupun, katanya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tetap diperketatkan di kawasan terbabit dan yang berisiko tinggi menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Kita tidak akan menggunakan AES sepanjang musim perayaan kerana perkara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara”
Pelik juga, masih tidak diputuskan lagi?
Jadi mengapa masih dipasang? Dan mengapa operasi AES ini boleh
dihentikan sementara semata-mata perayaan kali ini? Kiranya selama ini
siapa yang dikenakan saman AES, boleh “ elak saman” itu? Ini kerana
sehingga ke Tahun Baru Cina masih lagi belum diputuskan!
Adakah statistik AES yang mengatakan boleh selamatkan 6000 nyawa setahun tidak termasuk hari perayaan?“Bagaimanapun, operasi bersepadu tetap berjalan seperti biasa dan kita mahu semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan nyawa orang ramai,” katanya selepas merasmikan Majlis Derma Darah anjuran Kelab Lions Sitiawan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pundut di sini kelmarin.Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, JPJ akan menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas ekspres sepanjang operasi bersepadu itu.Katanya, langkah itu perlu bagi memerhati dan mencatatkan kesalahan lalu lintas serta tingkah laku pemandu bas ekspres sepanjang perjalanan bagi mengelak sebarang kemalangan membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam itu. Beliau berkata, JPJ juga menjalankan penguatkuasaan lain termasuk pemeriksaan bas ekspres di 64 depoh bas yang dimiliki syarikat bas ekspres utama.“Penggunaan kenderaan perkhidmatan awam pada tahun ini dijangka meningkat kepada 21 peratus berbanding 17 peratus tahun lalu.“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan JPJ bagi memastikan bas dinaiki selamat dari segi teknikal serta pemanduan,” katanya.
Bukankah pihak berkuasa sendiri yang mewarwarkan kempen kesedaran dengan betapa pentingnya kewujudan AES di Malaysia ini sehingga mampu menjaga keselamatan pengguna jalan raya sekaligus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya? Itu kata merekalah.
Adakah dengan penghentian operasi ini bermakna orang Cina amnya dan rakyat Malaysia umumnya dalam bahaya sempena Cuti Tahun Baru Cina kali ini?
Jadi persoalannya ikhlaskah kempen kesedaran seperti ini atas nama keselamatan rakyat Malaysia di jalan raya dengan beroperasinya AES selama ini? Hakikatnya, selagi mana operasi AES ini diswastakan kepada pihak yang lebih gemar mencari keuntungan berbanding mencari jalan mengawal keselamatan pengguna jalan raya (seperti JPJ & pihak polis), tidak usahlah membuang duit untuk menjalankan kempen seperti di atas ini.
Jikalau setakat November 2012, Beta Tegap & ATES Sdn. Bhd. telah berjaya mengaut pulangan sehingga RM4.1 ++ juta (DI SINI BUTIRANNYA). Bagaimana pula dengan pungutan yang terkini?..BERITA SEMASA.
Apa punya sistem daa....siap ada musim lagi....nie mesti strategi nak ambil hati org cina..
ReplyDeletePR menang hapus AES. anda TOLAK AES! UNDI PAKATAN RAKYAT!
ReplyDeletebyk menteri kat malaysia ni belaja x tinggi pon...byk menteri kuar statement banggang... kdg2 tu soalan pon x paham..soal lain jawab lain.. statement hari ni lain esok dah lain..
DeleteBodo punya menteri, orang mati kemalangan paling ramai musim perayaan, time tu pulak yang dia nak tangguh. Ape ke bangang?
ReplyDeletegambar dari rakaman AES terkini? lihat sini awas anda mesti lihat.
ReplyDeleteKalau dah tau dah rakyat tak akan sokong kita usahlah cari helah pula dengan alasan yang bodoh, dulu memang rakyat boleh percaya dengan putar belit media pengampu tapi lihatlah sekarang kebebasan bersuara pun sudah merudum macam mana kerajaan mencanangkan yang negara ini telus bersuara,kalau peguam negara belum buat keputusan kenapa saman AES masih dikuatkuasakan aku baru saja dapat satu saman (Kena semasa balik dari Kuala Lumpur)terlaju dikawasan Perak yang sememangnya kerajaan haram makan duit dari rakyat yang tidak halalkan.
ReplyDeleteApala kamu semua..tak pikir ka. Penangguhan dibuat sekarang masa raya cina..selepas musim raya puasa 2012..maknanya baru lagi. Nak kata ikut musim macam mana...dah hari raya, depavali, krismas 2013 belum datang lagi. (Budak2 pun boleh pikir)...jumud & sempit la fikir kau semua.
ReplyDeleteLagi satu..AES tujuan baik..elak pandu laju elak kemalangan..ada peraturan kena ikut. Omak kau jugak yang kata dalam "Banner Najib Ucap Kong Ka LI Kong tak ikut peraturan & tak dapat kelulusan..diturunkan. Tak nak mati accident tak nak kena saman..ikut le peraturan.
-ZAs-
Tak payah cakap banyak. Begini aje... TERIMA AES UNDI BN. TOLAK AES! UNDI PAKATAN RAKYAT!
DeleteArghhh!,,xyah pikir undipakatan je...peduli hape kat bn?
DeleteAku paling benci kalau iklan dekat TV dan radio tempatan, x habes2 duk cerita pasal AES ni. Tapi apa yang aku pelik, dalam tv,berita dan radio menceritakan AES ini dilaksanakan dilampu isyarat, tapi realitinya TIDAK.
ReplyDeleteTOLAK BN/UMNO 1000%..
ABU
apela nak jadi dgn negara ni...sedih betul...demi mengKAYAkan kroni, sanggup MENIPU rakyat...Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk metadbir negara Malaysia yg kucintai ini...Amin
ReplyDelete