Saturday 19 January 2013

MCA DAN UMNO BERGADUH BEREBUT SIAPA YANG BERHAK AGIHKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100!!!!!



MCA dakwa Umno dominasi pemberian bantuan

MCA Wilayah Persekutuan membidas ketua bahagian Umno Wangsa Maju, Shafie Abdullah kerana didakwanya memonopoli peluang yang disediakan oleh pejabat pendidikan daerah untuk menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di semua sekolah di daerah Keramat.

Ketua Biro Pendidikan MCA Wilayah Persekutuan, Eddie Heng mendakwa tindakan Shafie itu sebagai tidak menghormati semangat BN, dan mewujudkan perpecahan dalam BN Wangsa Maju, serta menjejaskan peluang untuk merampas semula kerusi Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, kata Heng, dalam satu kenyataan hari ini, pengagihan bantuan tersebut di Parlimen Batu telah dilakukan dengan betul.

Menurutnya, di Parlimen Batu, bantuan kewangan kepada ibu bapa di sekolah kebangsaan disampaikan oleh wakil Umno, manakala wakil Gerakan, Dominic Lau menyampaikan bantuan kepada ibu bapa di sekolah Cina dan Tamil.

Heng berkata, bulan lepas Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur memutuskan untuk menjemput Shafie dan Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju, Yew Teong Lock sebagai wakil BN untuk menyampaikan sumbangan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di daerah Keramat.

Bagaimanapun, Heng mendakwa bahawa pegawai pelajaran daerah Keramat, Tajudin Mohamad Mor, di bawah pengaruh Umno Wangsa Maju, awal tahun ini mengarahkan semua guru besar sekolah rendah dan menengah hanya menjemput Shafie untuk menyampaikan bantuan tersebut.

Heng menegaskan bahawa Yew, yang merupakan calon BN bagi kerusi Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lepas, telah berkhidmat kepada rakyat Wangsa Maju. Yew menjadi ahli Parlimen Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.

"Beliau harus mewakili BN untuk bertanding kerusi Parlimen Wangsa Maju. Terdapat lima sekolah rendah Cina di Wangsa Maju, di mana wakil Cina dari BN sepatutnya dibenarkan untuk menyampaikan bantuan RM100 kepada ibu bapa.

Bagaimanapun, katanya, ini telah dimonopoli oleh Umno.

KALAU NAK AGIHKAN BANTUAN SEBANYAK RM100 PUN UMNO DAN MCA BOLEH BERGADUH BESAR... BAYANGKAN PROJEK BERNILAI RATUSAN JUTA MALAHAN BERBILLION RINGGIT.....IKUT HUKUM AKAL LOGIK.

UMNO DAN MCA BERGADUH....RAKYAT TEPUK TANGAN!!!!!

7 comments:

  1. Duit rm100 utk budak2 sekolah itu adalah duit rakyat. Brim rm500 utk org tua2 tu pun duit rakyat. Duit rebat telefon pintar rm200 juga duit rakyat. Maksudnya duit rakyat...diberikan semula kepada rakyat. Lalu yg umno dan komponen bn ni berebut dan bergaduh nk sampaikan duit tu kepada rakyat buat apa??? Sapa sahaja yg nk sampaikan pun tak jadi masalah. Lain le kalau mereka bergaduh bertumbuk sebab nk bagi duit parti atau duit mak bapak mereka kepada rakyat!! Menampakkan diri mereka begitu kemaruk dan meroyan nak menonjolkan imej baik disebalik topeng syaiton yang dikenali!!! ABCD!! Asal Bukan Cap Dacing

    . pak ali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ssgt aku setuju...lau x gaduh tur bkn syaiton namanyer...bio kan..bio kan...

      Delete
  2. Saya cikgu sekolah rendah yang tahu ajar ABC je bak kata Hj Hadi???...yang bagi duit RM100 kat ibu bapa tu melalui guru kelas je....guru kelas yang agihkan duit rm100 tu..mana ada ahli politik datang kat sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku suke dgn ABCD tu asl bukan cap dacing.

      Delete
    2. Aku pun suka ABCD tu Asal Bukan China Doll???

      Delete
    3. Aku nk selit gak ABCD..Asal Bukan Cai Dacing..

      Delete
  3. cikgu pun ramai tolol... soheh karat dacing... payah nok ejas... dok balance... lok biar reput.... ni jenis bodo dok leh ajar. cerdik dok leh nok ikut... mapusss.mapusss.mapusss... kih.kih.kih....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...