Wednesday, 16 January 2013

PEJUANG PENDIDIKAN PERCUMA SERIKANDI BAWANI DATANG DARI KELUARGA SEDERHANA YANG TINGGAL DIRUMAH MURAH RAKYAT!!!!!!


Pelajar tahun dua jurusan Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani, yang berani berdiri seorang diri memperjuangkan pendidikkan percuma dari tadika hingga keperingkat Universiti dengan penghapusan PTPTN sebenarnya berasal dari keluarga yang cukup sederhana.

Patutlah dia tahu erti susah dan peritnya nak mendapatkan ilmu dan pendidikan dinegara ini jika ianya tidak diberi secara percuma.

Walau pun penghapusan itu perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat namun sebagai mahasiswi yang terbeban dengan masalah kewangan sudah pasti beliau menyokjong padu penghapusan PTPTN agar semua warga kita tidak kira kaum, agama dan kedudukan sewajarnya diberi pendidikan percuma agar apabila tamat pengajian tidak terbeban dengan hutang.
Semalam Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diwakili Exconya, Mohd Hakim Mohd Nor telah bertemu dengan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi buah mulut masyarakat ketika ini setelah berani tampil ke depan menyatakan pandangannya pada satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut.

Pertemuan singkat itu diadakan di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam yang turut disertai oleh Exco Pemuda PAS Perak, Isran Fahmi dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Shamsul Busra.

Mohd Hakim mengucapkan sekalung ucapan tahniah kepada Biwani mewakili DPPM atas keberaniannya menyatakan pandangan di program yang dianjurkan itu.

Katanya, Pemuda PAS sentiasa memberi sokongan kepada beliau yang berani berhadapan untuk menyatakan kebenaran di khalayak ramai.

Bawani, seorang pelajar yang aktif memperjuangkan hak rakyat dan mahasiswa menceritakan tentang kejadian itu kepada wakil Pemuda PAS.

Menurutnya, program tersebut berlaku kira-kira sebulan lalu dan sangat terkejut video itu meletup sejak semalam selepas Harakahdaily mengeluarkan berita video tersebut.

Kata beliau, ramai yang menelefon beliau memberi sokongan dan semangat termasuklah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika ditanya apakah respons UUM selepas tersebarnya video itu, Bawani berkata beliau belum menerima sebarang panggilan daripada pihak universiti.

Beliau sangat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padu kepadanya dan ianya akan menambahkan lagi semangatnya untuk berjuang mengangkat hak rakyat khususnya suara mahasiswa.

HAPUSKAN PTPTN DENGAN MEMBERIKAN PENIDIKAN PERCUMA KEPADA RAKYAT YANG BERHAK TANPA MENGAMBIL KIRA LATAR BELAKANG KELUARGA,  ASALKAN LAYAK DAN WARGANEGARA MALAYSIA.



1 comment:

  1. Jangan gelak!! Ape kata MIC Perak keluarkan satu biasiswa untuk pelajar India dari Perak yang mendapat tempat di UUM. Biasiswa itu nama nya Biasiswa BAWANI. Takkan uncle samy velu tak boleh keluar belanja. Duit juta juta tu.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...