Sunday 20 January 2013

DEMO YANG GERENTI TIDAK KELUAR DI TV3, RTM, UTUSAN DAN BERITA HARIAN!!!!!..DEMO BANTAH KEZALIMAN DAN PENIPUAN SYABAS!!!!!!!



BANDAR TUN RAZAK, 20 JAN:
Meskipun bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang sudah kembali pulih, namun kemarahan orang awam terutama penduduk pangsapuri terhadap Syabas masih belum reda.

Hari ini, sekumpulan penduduk di kawasan Bandar Tun Razak berhimpun secara aman di hadapan Masjid An-Najihin bagi mendesak Kerajaan Selangor diberikan kuasa sepenuhnya mengawal operasi bekalan air.

Penyertaan hampir 30 penduduk setempat mendapat perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan sebagai tanda
bantahan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal membekalkan air dengan cekap.

Mereka melaungkan slogan ‘Syabas Tipu’ selain membawa beberapa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan krisis bekalan air yang berlarutan lebih dua minggu.

Selain itu beberapa sukarelawan mengedarkan risalah maklumat bekalan air Selangor kepada pengguna jalan raya ketika mereka berhenti semasa demo anti syabas BTR 02lampu isyarat merah.

Penyelaras program yang juga Setiausaha PKR Cabang Bandar Tun Razak, Osman Karim nyata berpuas hati dengan reaksi yang diberikan penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya yang turut merasai kesan ketiadaan bekalan air.

Tegasnya, pihak bertanggungjawab diingatkan jangan terus bermain politik sehingga menyebabkan penduduk berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan air.

“Saya berpuas hati ramai yang turun kerana kita hanya memberikan petunjuk bahawa penduduk Bandar Tun Razak prihatin dengan apa yang berlaku.

“Kita tidak boleh dipermainkan kerana agenda politik sehingga menyebabkan rakyat yang susah,” beliau berkata ketika ditemui.

Seramai setengah juta penduduk di Ampang, Gombak dan Cheras terputus bekalan air selama lebih dua minggu bermula Dec 29 tahun lepas selepas rumah pam Wangsa Maju gagal berfungsi.

demo anti syabas BTR 01Siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Selangor mendapati Syabas yang mengendalikan operasi rumah pam tersebut gagal menyelenggara kelima-lima pam di fasiliti itu dengan baik.

Bekalan air dapat disambungkan semula pada Jan 15 setelah jawatankuasa itu campurtangan dan membantu Syabas memulihkan pam yang gagal.

“Dalam hal ini kami sudah bertungkus lumus selama tiga minggu membekalkan air mentah dan minuman kepada penduduk yang terlibat.

“Adalah yang tidak adil tindakan Syabas. Kalau benar kerosakan berlaku ternyata Syabas gagal menguruskan perkhidmatan air kepada penduduk Wilayah Persekutuan dan Negeri selangor,” ujar beliau lagi...SELANGORKU


SAYANGI SELANGOR.. TOLAK UMNO.



17 comments:

  1. Sikit nyer org. Mcm takde sambutan je..

    ReplyDelete
  2. Dulu masa bn perintah, takde problem pun. Skrg ni bila pkr perintah, mcm2 masalah yg berlaku. Kalo tak pandai, nanti rakyat akan kembali semula kpd bn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm. memangla problem. semua angkara bn yg buat hal pastu tduh pembangkang yang buat. desperate undi. nk mng plhn raya. ingt rkyat bodoh sgt ke.

      Delete
    2. Mne ko tau bn pegang xde problem? Lg 1 yg pegang syabas tu org pr ke bn? Masalah air kt phg n kt johor yg xmsk tv tu sbb diperintah pr gak ke?

      Delete
  3. Apa fungsi penasihat ekonomi pas? Ni lah yg terjadi bila penasihat yg dilantik berharga singgit, takde kualiti langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah lah beb, penasihat ekonomi pkr. Pas mmg takde penasihat ekonomi sbb diaorg uruskan kohilal pun lingkup.

      Delete
  4. org yg sama je komen kat atas ni..hehe..tak de sapa pun layan hang..komen sorg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer lah..musk bakul angkat sdiri...wakakaka....

      Delete
  5. Alahh..puak2 umngok ni memang da lama mengidam nak rampas balik s,gor maklumlah rizab tunai banyak..harapkan bn dulu hutang je banyak..smpai khir toyo cuma mampu bagi hadiah penyapu je..sedih..

    ReplyDelete
  6. Syabas adalah proksi bagi umno utk membalas dendam dan melepaskan kemarahan kerana rakyat negeri Selangor menolak umno/bn dalam pru12 yg lalu. Menyusahkan rakyat selangor dalam isu air adalah tindakan bangang yg tak bertepi umno. Rata2 rakyat selangor celik mata dan tahu bahawa umno adalah tok dalang dalam kemelut air selangor. Bau busuk dan bau pekung umno menyebabkan segala tindak tanduk parti shaiton yg dikenali ini mudah utk dihidu oleh rakyat selangor. Parti reput lagi berkurap yg bernama umno/bn ini akan dipam ke dalam lubang najis oleh rakyat selangor dan rskyat malaysia dalam pru 13 tak lama lagi!! Pak ali begitu teruja utk melihat parti kurap dan pencacai kayap mengelupur mcm lembu kena sembelih selepas kalah dlm pru yg akan datang ni"!
    ABU+ABCD=KO BN

    kih kih kih
    pak ali

    ReplyDelete
  7. Kalau bn ni akan berkubur pada pru13 ni.,agak2 nak tanam kt mana ek?mongolia?hahaha..sampah recycle

    ReplyDelete
  8. Salam.
    Puan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog puan dalam SENARAI BLOG POLITIK POPULAR. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai "Gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik" Terima kasih kerjasama puan

    ReplyDelete
  9. kah.kah.kah..... cai....cai...cai...... listen...listen...listen... kih.kih.kih.

    ReplyDelete
  10. dokpeghatilamadah21 January 2013 at 08:43

    dengaq..dengaq..dengaq....nak habaq kat orang malaysia ni...masa 2009 haritu umno kedah buat sabotaj ayaq kat kedah,,nak mandi wajib pun susah...lepas tu pas urus tendang parasit umno yang dok dalam sada,,buat paipbaru ,,buat tangki baru,,,masalah ayaq yang 32 tahun tak selesai dah selesai...lani naik mandi wajib anytime boleh...dulu masa umno pegang nak mandi wajib orang mati pun kena pangge lori hantaq ayaq...orang umno bangga pasai boleh suruh lori hantaq ayaq....tapi bodo nak mampuih...orang nak ayaq paip...lepaih tu dah isu ayaq dah ok depa buat hal banjir plak....lepaih tu depa buat hal balak pulak...depa buat pasai padi plak lepaih ni...tikus serang padi.......macam tu lah negeri selangor ...dalam medan perang ayaq adah komponen utama sebagai senjata....biasa la tu...stail yahudi perang saraf umno....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu dia loghat kedah piow punya...baguih baguih baguih cek sokong 100%

      Delete
    2. HIDUP KEDAH DIBAWAH PENTADBIRAN PAS!!!

      Delete
  11. lau tak silap aku..... ada 100 ribu orang yang hadir demo ni..... gambaq kat atas telah di edit oleh puak2 umno..... dan dlm berita tv3 pun tak masuk.....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...