Monday, 14 January 2013
KERANA BERKATA BENAR UMNO AKAN TUMBANG PADA PRU 13, KETUA EKONOMI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) DIGANTUNG KERJA!!!!!!
KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.
Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."
Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.
"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.
Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.
Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.
Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.
Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya itu, dengan mengatakan “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.
Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata;
“Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.
“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.
Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.
ITULAH DIA BUDAYA MALAYSIA DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO 1M'SIA.. BERKATA BENAR TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI...AMPU BODEK AMAT DIGALAKKAN.
SEDANGKAN PATUT ADA SIFAT MENERIMA KEBENARAN WALAUPUN PAHIT...
AZRUL AZWAR TIDAK PERNAH MENGAITKAN DIRINYA SEBAGAI MEWAKILI BIMB TETAPI PENGARAH URUSAN BIMB YANG TERASA PANAS PUNGGUNG.. DEMI MENYELAMATKAN JAWATANNYA MAKA TERPAKSA BELIAU JADIKAN AZRUL AZWAR SEBAGAI MANGSA.
SALAM BODEK MELANGIT 1M'ISA... SATUUUUUUU... BODEK MALAYSIA....SATUUUUUU... BODEK MALAYSIA....SATUUUUUUU... BODEK MALAYSIA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
sampai bila intelek menusia hendak dikawal oleh satu rejim bobrok ini?.sungguh membosankan..
ReplyDeleteYa budaya bodek dan mengampu yang dibawa oleh BN,juga telah diserap kedalam syarikat2 GLC seperti PETRONAS,TNB dan seangkatan dengannya yang berkaitan dengan kerajaan sekarang.
ReplyDeleteUBN bukan saje jenis perasuah, perompak, penipu, pemfitnah, pendera, pembuli, bahkan...diktator! zalim! Sesungguhnya ALLAH akan makbulkan doa orang yang dizalimi. Berdoa lah kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA!
ReplyDeleteyenadey solleyy pii owlleyy. Pooraaaaahh..Cit.
ReplyDeleteTak apa...sabar encik Azrul... Anda telah berkata benar, rezeki Allah ada di mana2... Jika anda dinasihatkan berhenti sekalipun, masih banyak pihak yang pasti memerlukan khidmat dan kepakaran anda...
ReplyDeleteberdoalah selalu moga di limpahkan rezeki Allah S.W.T.. rezeki ada di mana mana
ReplyDelete