Sunday, 27 January 2013
DSAI TETAP DOAKAN KESEJAHTERAAN TUN M, WALAUPUN DIRINYA TERUS DIHUJANI DENGAN PELBAGAI FITNAH!!!!
Begitulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan yang bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun dirinya sering diserang dengan pelbagai fitnah dan tomahan dari Tun Dr Mahathir Mohamad semenjak peristiwa mata lebam tahun 1998, sehingga terpaksa merengkuk dalam penjara selama lebih 6 tahun atas pertuduhan yang direka cipta pembuktian.
Beliau sedikit pun tidak menunjukkan sifat dendam kesumat malahan DSAI sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan dirinya.
Berlainan sekali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad... Tak sudah-sudah dan tiada hentinya terus menerus menyerang DSAI dari pelbagai sudut.
Cukup gentar dan menggelatar kepala lutut jika DSAI menjadi PM ke-7 Malaysia selepas PRU 13.
Sekadar mengajak rakyat mencuit minda berfikir dan menilai....
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesejahteraan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dilihat kembali aktif di pentas politik dalam usahanya membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Putrajaya.
"Itu hak dia. Walaupun dia bekas perdana menteri, doakan dia sihat. Dia bantu kempen, tak apa," katanya ketika ditanya sama ada faktor tersebut akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Anwar telah dipecat oleh Dr Mahathir sebagai Timbalannya pada 1998 atas dua alasan iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan sembilan tahun bagi kes liwat pada 2000. Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan liwat pada 2004.
Pada tahun lalu, Anwar sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Karier politik Anwar bersimpang-siur selepas beliau dipecat dari kerajaan. Beliau dikecam dengan pelbagai tuduhan dan gelaran termasuk agen Yahudi.
Anwar tampil sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia selepas PRU 2008 apabila berjaya menyatukan Pas, PKR dan DAP untuk menentang BN.
Ketika itulah BN berdepan sejarah pahitnya apabila kemenangan majoriti dua pertiga selama ini gagal dipertahankan.
Ekoran itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.
Anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua itu dilihat memegang amanah berat bagi memastikan Umno-BN kembali berkuasa sebagai sebuah kerajaan yang mantap.
Usaha Najib itu didokong oleh Dr Mahathir yang saban hari turun ke lapangan menjelaskan perjuangan Umno-BN terutama kepada masyarakat Melayu di saat Pakatan Rakyat semakin melebarkan sayap.
Namun menurut Anwar, sejarah membuktikan sokongan Melayu di era Dr Mahathir merudum pada PRU 1999.
"Waktu itu Mahathir Perdana Menteri dan pimpin pilihan raya, dia tewas di kawasan-kawasan Melayu. Jangan lupa, dia menang dengan dokongan bukan Melayu. 2013 sokongan Melayunya tambah merosot, dokongan bukan Melayu, merempat ke bawah. Sudah tidak ada.
"Jadi tak perlu risaulah. Biarlah dia kerja. Tapi selalu saya sebut kepada dia, tak perlu dia kasar sangat sebab orang akan tanya, kamu ini hendak pertahankan apa? Kalau nak pertahankan Melayu-Islam, kamu ada 20 tahun untuk lakukan.
"Kedua kalau betul kamu hendak pertahankan soal pemerintahan yang wibawa, yang telus, yang baik, kenapa kontrak Petronas dimonopoli oleh syarikat anak kamu sementara kamu masih jadi penasihat Petronas?" bidas Anwar.
Dalam wawancara yang berlangsung selama satu jam bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian, Anwar turut ditanya berhubung kritikan yang dilemparkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau baru-baru ini mengenai isu Felda dan harga pasaran komoditi.
"Tak apalah. Tan Sri Muhyiddin itu kawan lama saya. Jadi kalau dia berucap tu, dia tidak teliti," ujar beliau.
Menurut Anwar beliau lebih berminat untuk berhujah mengenai isu dasar apabila Muhyiddin mendakwa campur tangannya dalam saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang didakwa boleh menjejaskan pelabur.
"Apakah dia sudah baca kenyataan kita tentang kelapa sawit dan tentang Felda? Saya katakan, mengapa saham Felda untuk semua peneroka itu dengan had, tak boleh jual sehingga pasaran itu turun, mengapa diberikan lebih kepada yang bukan peneroka? Siapa yang khianat?
"Peneroka 30, 40 tahun dapat jumlah kecil dan yang bukan peneroka, ahli lembaga, ketua-ketua Umno, itu diagih sikit-sikit. Tak setuju? Dedahkan siapa yang dapat. Mustahil hendak didedahkan.
"Khianatlah, khianat Melayu, pembohong, apa yang saya bohong, patutnya Sinar tanya pada dia, apa saudara Anwar bohong? Apa kenyataan dia kata yang kata bohong. Kalau tak betul, kalau saya silap, saya boleh betulkan. Tak ada masalah," tegas Anwar yang masuk Umno ketika era Dr Mahathir dan dipecat pada September 1998.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
respect pada anuwar, mendoakan kesejahteraan dr m. cuma bersumpah dgn nama Allah je anuwar tak berani.
ReplyDeleteni cai sial....tau mnuduh....cai yg bodo lg bangang....
Deleteni dia cakap sblm atau slps dia mempengaruhi majlis syura pas untuk memecat ust nasa krn 'tidak bersama jemaah'? heran betul. pegi palestin bersama najib untuk membantu umat Islam dkt sana pun dihukum? Islam ke pas ni?
ReplyDeleteDiamlah ko macai...mcm lah ko tau semua hal dalaman depe, yg ko nak sebok2 2 kenape.mungkin adelah sebab2 lain...cakap x pakai akal je macai2 ni
Deletedia berdoa ni lps balik dari jelajah pakatan dkt pengerang yg ada cina doll menyanyi pakai seluar pendek tu ke? best, lps buat dosa terus ingat Allah
ReplyDeletewoi cai ko konpem ke dia yg main cina doll hah...bangsat punya cai...ko mati kang bru ko kne ngan fitnah macai umno yg xabis2...xde modal...puii pnya macai...
Deletenak tanya sikit.. anuwar ni berdoa dkt sapa? sbb dia skrg ni tgh bersungguh2 memperjuangkan kristianisasi dan pemurtadan. kalimah Allah pun dia nak gadai dkt kristian walaupun ust harun din cakap blh membawa kpd kekufuran.. so dia berdoa dkt sapa? sbb dia tak cakap pun berdoa dkt Allah..
ReplyDeletePakatan Rakyat menang harga minyak turun. UMNOBN menang GST akan dilaksanakan. SAYA UNDI PAKATAN RAKYAT!
Deletemmg! harga minyak naik dkt seluruh dunia ni salah umno! anwar 'naik minyak' belasah china doll pun salah umno! ust badrul nak ceraikan bini dia sbb nak kawin baru pun salah umno! mmg semua yg berlaku salah umno!
DeleteSegala masalah yang berlaku dalam malysia ini semenjak 50tahun dahulu memang terang dan nyata salah Barisan Nasional kerana Barisan Nasional lah yang memegang tampuk kuasa dan segala amanah meliputi politik,perbendaharaan,undang undang,pendidikan,ekonomi dan juga kesucian agama islam...sekiranya dasar pentadbiran dilaksanakan mengikut role model negara islam yang sebenar,sudah pasti pemimpin2nya terdidik untuk amanah dalam menguruskan harta negara...dan kepada cai2yg tegar dgn pemimpin kamu,ingatlah....pada hari manusia dibangkitkan kelak org pertama yang akan disoal adalah para pemimpin pemimpin kamu..kerana besarnya pemimpin itu maka besarlah amanahnya...dan adakah die meletakkan amanah itu pada tempatnya,pada yang hak dan tidak sesekali pada yg batil...
DeleteBangang punya cai... Fitnah.fitnah.fitnah.. Jangan cari dosa kering. Bukti.bukti.bukti... Cai..cai...cai.. Lama doh duk tuduh.. Satu pun tadok.. Rakyat pandai doh leni wei... Kih.kih.kih...
ReplyDeleteboringlah komen ko ni. tak habis2 asyik ulang2 ayat sama. takde idea ke? apa kata ko pegi jumpa anuwar, belajar kencing dgn dia. tapi jgn lupa pakai cawat besi tau.. he.. he..
DeleteNkorg tak nk komen psl nazri aziz benarkan penang guna kalimah allah tahun 2010?pi bukak star online..byk lagu negeri guna kalimah allah,kristian,hindu,buddha dan selainya guna.?xnk komen?xnk buat bantahan?bg aku nas dan dalil utk kuatkan hujah nko yang Allah melarang bangsa atau agama lain dari guna Kalimah Allah tu?
Deletecome on anarkin. org kafir nak cakap Allah takde hal. isunya skrg 'MENGGANTIKAN NAMA TUHAN BAPA TRINITY DLM BIBLE DGN KALIMAH ALLAH'. cetek betul pengetahuan ko ni anarkin
Deletetu la pasal...macai ni xde modal bro...tu yg xabis2 duk hntam bende yg ntah pape...yg tang BN rmbat duit mak bapak tok nenek diorg....diorg redha je...haha macai yg bodoh....
DeleteSo nape nko yg bijak pandai ni tak pegi hentam si nazri tu der?tanpa perbincangan dgn sesape terus benarkan negeri2yg tak beraja atau bersultan gunakan kalimah tu..?please be fair la...then yg kat sabah n sarawak tu sape yg benarkan pulak?then sape yg benarkan kitab bible terjemahan bahasa melayu/indon di bawa masuk ke malaysia ni?politik letak tepi...skang ni nko jawab straight tu the point,patut tak nko bantah si nazri tu?
DeletePAS tiada rasuah! Undi PAS hapus Rasuah! Undi PAS adalah jihad! Allahuakbar!
ReplyDeletepas adalah parti yg mengamalkan kronisme- nik aziz, nik abduh, nik razi. tu tak kira lantik menantu sendiri jadi ceo lagi tu.
Deletepas parti nepotisme dan kuku besi. senang2 memecat ahli krn mengikut telunjuk anwarinas. hassan ali dah kene, skrg ni nasarudin mat isa pulak kene pecat dari majlis syura. sikap nepotisme yg ditunjukkan pas sgt keji dan jijik.
Deletekalo undi pas ialah jihad, undi dap yg majoriti kristian tu jihad jugak ke? kalo mati masa mengundi khalifah guan eng kira dpt masuk syurga ke?
Deletedengo citer ust harun din mungkin dipecat dari timb mursyidul am krn tidak patuh pada arahan khalifah guan eng berkenaan isu kalimah Allah. betul ke?
DeleteLim Guan Eng pun tak makan rasuah maaa... Undi DAP pun jihad juga ma.. Tuhan Allah suruh kita Amar maaruf nahi mungkar maa... Undi pakatan rakyat hapus rasuah!
Deletemacai yg xleh trima hakikat yg BN yg amal kn kronisme...nepotisme...haha pastu duk fitnah xabis2...haha BN duk rmbat duit pas2 bg projek2 kt kroni bkn kronisme la kn....haha...macai bahLOL....
Deletebosan betul lah dgn pencacai pakatan dkt sini. takde kualiti langsung. bila dah takde hujah dan kantoi menipu, terus maki hamun, mencarut, mengeji mcm org takde iman. tgk mcm anon bn/umno tu. menggunakan bahasa yg lembut, hujah yg bernas dan mencabar fakta. mcm ni barulah org akan hormat
ReplyDelete-pak atan-
Hormat??no one cares....pak atan pegi amik BR1M rm500 tu pastu duk diam2 dkat rumah ye...jg bini.biar yg muda2 ni je berpolitik..haha
Deletemacai mana yg bodoh sangat defend umno ni? parti yg paling korup dlm sejarah negara ialah umno. presiden parti yg rasmikan kilang arak ialah umno. anak presiden parti yg jd tokay kilang arak ialah umno.parti yg upah apco zionisy jd penasihat ialah umno.speaker parti yg jadi macai bukak kasino genting umno. macai umno tuduh punya tuduh bukti haprak!
ReplyDeleteerm.. parti korup sampai salah kira undi pemilihan parti sendiri tu dap lah hafidz. yg pkr pulak korup sampai pemilihan ada drama baling2 kerusi. dlm pas pulak skrg tgh korupsi akidah, sapa yg memperjuangkan Islam mcm dato hasan ali akan dipecat. ust nasa dah dipecat dari majlis syura. ni skrg mungkin ust harun din dipecat dari timb mursyidul am.
DeleteKerana keterbukaan pr la nko leh tau isu2yg berbangkit lam pr ni...bn ape ce ?maksum ke?hasan ali?dgr ce ade kawteem ngna maybank..ye ke?nasib baik ade bn tolong..hahaha...ust nasa,biasala tindakan disiplin parti same cam ali rustam dulu kene tindakan sama dari parti lu der...cume yg comel skit,nasa sebab x sehaluan dgn kehendak dan dasar parti je...so jdlah ahli biasa,bg die muhasabah..ali rustam sebab rasuah eekk?tapi yg bestnye leh jadi km melaka pulak tu...dasat parti lu...
Deletemacai dari umno ni kononnya nak menguasai semula media alternatif......satu dgn cara membuat komen yg negatif dlm blog pakatan rakyat......harap-harap,,geng geng PR,tidak terpengaruh dgn anasir anasir dari diorang ni.
ReplyDeletepakcik bukannya suka sgt dgn umno ni, tapi pakcik tgk pakatan ni teruk sgt. nurul memperjuangkan agenda murtad, anwar memperjuangkan keselamatan negara israel, pas mempelopori syiah dan dap dgn agenda sekularisme. so pakcik rasa kita takde pilihan lain selain bersama umno. sbb Insyallah Islam akan lebih terbela dan cucu keturunan pakcik akan hidup senang. nanti suatu hari nanti bila ada parti yg lbh baik dari umno, dan memperjuangkan Islam.. barulah pakcik pilih
DeletePakcik tak payahlah nak menyamar...ayat pakcik kat atas ni directly print a.k.a copy paste dari paper utusan ke...?pakcik da bace surat mahathir utk pm israel minta bantuan dana pilihanraya?mas mahathir bawak masuk team kriket dari israel dulu,pakcik buat pe mase tu? ;)
Deleteanon 2124, lutut sudah ketar ke? takut ker?
ReplyDeleteDo you thing only you have problem? lihat sini kerajaan Najib pun ada masalah.
ReplyDeletesebelum n izzah keluar statement murtad tu.. presiden umno islam hadhari dah awal2 lg keluar statement melayu boleh murtad. apa kau nak jawab?
ReplyDeleteUtk anon 2135.........yg penting.,blogger umno lagi terketar,kalau pakatan rakyat dpt menguasai media elektronik nanti,,,,,,
ReplyDeletepkr n dap punya pemilihan ada rasuah? bukti ada? tuduh punya tuduh bukti haprak. tipikal macai
ReplyDeletesetahu aku pemilihan umno yg paling korup sekali. terang terangan dibuktikan bersalah oleh j/kuasa merasuah untuk dapat undi tapi masih lagi dapat jawatan. rujuk pemilihan umno mac 2009.
yang tutup sekolah agama rakyat.. presiden umno. yg suruh alquran ditafsir semula presiden umno. yg lekeh hukum allah presiden umno. yg upah zionist apco yahudi yg sembelih rakyat palestin presiden umno dan yg paling cibai tu guna duit rakyat plak tu. Rm147 juta!
Macai,kasi point la baru best kite discuss..hehehe..
ReplyDelete