Sunday, 20 January 2013

PILOT PROJEK DARIPADA JENTERA PILIHANRAYA CABANG KAPAR CERIA IBU TUNGGAL - YOK MEDANG MENDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK WALAUPUN DIRANCANG PADA SAAT-SAAT AKHIR



Omak kau nak tanya sikit ye... Bagaimana hendak melahirkan pemimpin yang benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat? Ini memerlukan program pengukuhan yang bertitik-tolakkan dari sistem keyakinan, pandangan hidup, mind-set dan asas nilai yang kukuh. Langkah back to basic iaitu kembali kepada fitrah ini mestilah bermula dengan membina sifat ikhlas dalam diri seorang pemimpin yang baik.
Ini la yang omak kau nak kongsikan pada penggemar-pengemar ruangan blog ini... Dr V Nedunchelian nama yang tak perlu diperkenalkan lagi ini la yang memiliki kesemua asas-asas di atas sehingga mampu dengan jayanya mengendalikan Program khusus untuk wanita yang sering dipelopori oleh pemimpin atau wakil-wakil wanita sahaja sebelum ini..

Program Ceria Ibu Tunggal anjuran JPRC Kapar bersama JDM Batu 5 yang diketuai oleh ketua ranting En Zaharin Janggi atau lebih dikenali dengan nama Pak Karim dan dirasmikan oleh Ketua Cabang Keadilan Kapar yang tidak asing lagi Tuan Azizi Bin Ayub telah menunjukkan isyarat yang positif dari pengunjung-pengunjung yang sama-sama hadir memeriahkan program yang telah dirancang dengan mengambil masa kurang dari seminggu itu.

Serba ringkas omak kau story sikit cara perlaksaan program ini ye.. program ini bole di tariffkan sebagai Program Meningkatkan Ekonomi dimana Dr Nedu telah memberikan modal sebanyak RM50 kepada setiap perserta itu untuk menyediakan makanan berupakan sarapan pagi. Tugas-tugas urusetia adalah menjual kupon sebanyak RM5 setiap hidangan yg berbentuk Combo. Ternyata usaha ini mendapat kejayaan dan kutipan melebihi daripada yang dijangkakan, wang dari hasil itu telah dibahagi sama rata dan disumbangkan kembali kepada ibu-ibu tunggal yang menyertai program tersebut.

Cakap banyak tak mau tapi omak kau sangat berbangga kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk menguruskan program ini dari mula sehingga tamat program, terima kasih tak terhingga juga kepada Ahli-ahli jawatan kuasa yang membantu, kepada para-para pengunjung dan rakan-rakan politik yang turut serta memberikan sumbangan. Tak lupa juga pada sahabat pimpinan PAS Taman Cempakasari yang sudi membeli kupon-kupon walaupun tidak dapat hadir disebabkan ada program di tempat lain.. ini la dinamakan semangat setiakawan yang jitu sekaligus menepis tohmahan dari media-media tunggangan yang sering menyatakan PAS dan PKR tidak sehaluan.

Tahniah dari omak kau kepada satu-satunya Dr V Nedunchelian yang sering meniupkan kata-kata semangat "Jika kita ikhlas kita pasti berjaya". Didoakan semoga figura ini bakal menyinari dan memimpin rakyat-rakyat khususnya Parlimen Kapar.




14 comments:

  1. Omak kau, nak kasi nasihat sikit sblm terlambat. Berjumpa lah dgn ustaz fathul bari dan minta maaf padanya kerana melemparkan fitnah yg jijik terhadap perkahwinan nya. Ust fathul bari telah mendoakan kecelakaan kpd penfitnahnya. Aku takut nanti ko menerima musibah dan suatu hari nanti ko menyesal krn 'terkena' doa laknat ustaz fathul bari.

    ReplyDelete
  2. Marilah omak kau, kita membuat kebaikan. Berhentilah mengendalikan blog yg berunsur fitnah ni. Kasihan aku tgk ko mendapat dosa dgn menfitnah dan menceritakan keburukan org. Takut dgn perbuatan ko ni menjadi punca ko dicampakkan ke neraka nanti. Aku memberi nasihat ni atas dasar saudara seIslam

    ReplyDelete
  3. Tahu pun erti fitnah ko anon..yg hari2 ko aibkan tok guru nik aziz x pe lak..sekadar bgthu fathulbari kawen aib pe nya..siap2 doa kehancuran..kelantan ko nafikan hak doa ko ko ko korang bising lak...korang nie mmg bangang.. T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relex kaki sembang, aku bukannya org umno/bn. Aku tak join mana2 parti politik pun. Aku hanya nak kasi nasihat dkt saudara seagama aku.. Takkan salah kot..

      Delete
    2. Elok ko g nasihat kt papa gomo n the geng lagi bgus..penuh ngn fitnah lucah..

      Delete
    3. Yess...gud job bro!!

      Delete
  4. Aku tgk ko ni bagus omak kau, buat kebaikan untuk ibu tunggal. Pakaian ko pun bagus menutup aurat. Tapi perbuatan ko menyebarkan fitnah, mengumpat dan memburukkan org tu yg tak bagus. Berhentilah omak kau dari perbuatan sia2 ni. Menfitnah tu lbh teruk dari membunuh..

    ReplyDelete
  5. Pencacai umno memberi nasihat supaya jgn buat fitnah!!! Kalau terkena kt dia itu fitnah! Kalau dia buat fitnah kt orang itu sekadar listen..listen..listen...tkde apa2!!
    Hebat parti reput berkurap ni. Sampai pencacai tegar pun berselindung atas nama"saya tidak berpihak mana2 parti" Tau pun malu mengaku pengikut tegar parti kudis... Kih kih kih

    pak ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relex pak ali, tarik nafas dlm2 lps tu hembus.. Bawak2 mengucap, istighfar bnyk2. Jgn marah2 pak ali. Parti manalah yg tarbiah pak ali sampai perangai teruk mcm ni..

      Delete
  6. Tq omakkau. Yang ikhlas akan mendapat balasan yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..omakkau sentiasa menjadikan kata2 doktor itu sebagai peniup semangat!! Tahniah doktor..hasil kerja yg murni membuahkan hasil!!

      Delete
    2. aku pun suka baca blog omak kau.so far aku layan blog ni sifar fitnah! spin ada la...terror. blog umno byk fitnah...buang masa baca. tahniah omak kau!

      Delete
    3. Tenkiu kerana menjadi pembaca setia blog ini.

      Delete
  7. Omak kau..what,s this? U can do much better la..cammon la..hikhikhik..Pasal fathul bari tu!alah biasalah tu,teguran Omak buat anak2 kan..nak suh jd elok,jadi lebih baik..hehehe kelakar pulak tgk si Fb ni gelabah 2 ,3 hari ni..hilang macho n cool nye..:)

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...