Wednesday 30 January 2013

PEMECATAN NASHARUDDIN MAT ISA SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS....RATA-RATA PENGANALISIS POLITIK BERPENDAPAT TIDAK MEMBERI KESAN LANGSUNG KEPADA PAS/PR DAN TIDAK MENDATANGKAN UNTUNG KEPADA UMNO/BN!!!!


NASHARUDDIN MAT ISA BUKANLAH POLITIKUS SETARAF DSAI MAUPUN KU LI YANG MAMPU BERI GELOMBANG RAKYAT....ADA TIDAK MENAMBAH ..TIADA TIDAK MENGURANGKAN.

Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.

"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu.

Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran.

"Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling sependapat dengan Agus dan merasakan faktor Nasha tidak akan banyak mempengaruhi senario politik negara menjelang pilihan raya.

"Kita sendiri melihat Nasha tidak ada pengikut yang kuat, tidak banyak reaksi dari anggota PAS berkenaan pemecatan ini.

"Saya tak fikir dia (Nasha) akan beri sumbangan besar kepada kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.

Bagaimana pun, beliau meramalkan Nasharuddin akan kekal di dalam PAS dan pengguguran ini membuka peluang yang lebih besar untuk beliau bersikap lebih kritis terhadap PAS.

Jelasnya, personaliti seperti Nasharuddin masih mempunyai perasaan yang kuat terhadap perjuangan asal PAS yang menekankan agenda negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun kedua-dua perkara itu tidak lagi dibincangkan kepimpinan PAS di peringkat nasional.

"Walaupun di peringkat nasional sudah kurang membincangkan hal itu, ahli-ahlinya masih lagi membincangkan perkara itu.

"Justeru, golongan-golongan yang telah 'tersingkir' ini merasakan mereka masih lagi ahli PAS," katanya.

Menurut Agus pula, pengajaran yang lebih besar daripada pengguguran Nasharuddin adalah - ia mencerminkan tahap tolak ansur parti-parti politik terhadap mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan pihak majoriti dalam parti.

Beliau menyifatkannya sebagai satu cabaran yang masih perlu ditangani semua parti di Malaysia.

"Yang penting pemecatan Nasharuddin menimbulkan persoalan kepada sejauh mana perbezaan pendapat diraikan dalam parti-parti politik.

"Ini seterusnya memberikan gambaran kepada tahap demokrasi yang masih rendah di dalam negara kita," kata Agus.

IKUT HUKUM LOGIK... KALAU DIA MEMPUNYAI PENGARUH YANG KUAT DAN BESAR DALAM PAS TIDAK MUNGKIN DIA KECUNDANG KETANGAN HJ MOHAMAD SABU MEREBUT JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS..... MENDAPAT UNDI PALING COROT ANTARA MAT SABU, TUAN IBRAHIM TUAN MAN DAN BELIAU SENDIRI.

BELIAU SEDAR AKAN HAKIKAT INI... SEBAB ITU BELIAU PERNAH MENYATAKAN TIDAK TERLINTAS DIHATINYA NAK MASUK UMNO.

9 comments:

  1. nasa msuk umno n so d lntik snator spt ezam kotak n akn gnti masitah ustzah kelam kabut

    ReplyDelete
  2. kalau doh buruk... sape pun tak nok.. ni kira gane kalau masuk umno... ngabis beras je pelihara... busuk r bau... kih.kih.kih....

    ReplyDelete
  3. ada pon dok untung, tak dop lagi laa dop rugi...wase diri tu penting sangat laa tu konon, sedor laa diri sket.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya memang ramai pemimpin PAS belum pun menjejakkan kaki ke bumi Gaza, walaupun mereka tekun melilit leher mereka dengan muffler Palestin! Walaupun mereka sering bertakbir dan mengutip derma jihad, namun jangan kata membawa keluarga dan anak isteri, diri mereka sendiri pun belum berkemampuan dan tiada keberanian untuk pergi ke Gaza. Al maklumlah sejak-sejak berkawan dengan Kitsiang dan Karpal Singh ni.

    Jadi didalam kelemahan dan kedhaifan pimpinan PAS untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza, maka perginya Ustaz Nasharuddin bersama didalam rombongan PM sudah tentu satu aset besar buat PAS!

    Rakyat pada masa itu cukup yakin pimpinan dan ahli PAS akan bukak jubah dan serban dan menghamparkannya di KLIA untuk menyambut wira dan hero mereka pulang daripada bumi Gaza! Sudah pasti semua muffler Palestin yang melilit leher mereka selama ini akan kalungkan dileher hero PAS yang baru pulang dari bumi anbiya' ini.

    Tetapi tidak! Rupanya para pasrasit berjaya melilit leher tengkok Ust Nasha sehingga dipecat daripada Majlis Syura'.

    ...sambung

    -ZAs-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sebab ramai yg menjejakkan kaki ke makkah utk menunaikan haji...gaza bukan sebahagian rukun islam pun..cume jadi kewajipan kite nak bg bantuan dan sokongan kerana dia negara islam yg tertindas...kalau die aman x wajib pun pergi..sudan xnak pergi ke?rohingya kat myanmar tu?come on lah...

      Delete
  5. Ramai ahli akar umbi PAS sendiri terkejut mendapat berita daripada media bahawa tokoh hebat mereka ini telah dipecat daripada Majlis Syura'! Dan lebih terperanjat mereka apabila parti yang melabel diri sebagai Parti Islam langsung tidak mengikut kehendak syara' dengan memecat Ustaz Nasha tanpa memberi sebarang notis dan tidak memberi beliau peluang membela diri.

    Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri.

    Ini bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Dalam kes pemecatan tokoh pimpinan PAS Datuk Dr Hasan Ali, beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri.

    Isu pemecatan Ust Nasha ini sekadar membuktikan betapa tidak Islamiknya PAS dalam amalan dan tindak-tanduknya.

    Apa yang lebih malang, ia memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri kerana sudah tentu non-Muslim akan melihat tindakan PAS seolah-olah dibenarkan agama Islam kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai parti Islam.

    Rakyat terutamanya umat Melayu-Islam akan membuka mata dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuka ALLAH mengenai pekung penyakit didalam PAS ini.

    Semakin hari semakin terserlah kurap-kurap politik didalam PAS ini.

    Daripada isu kalimah ALLAH, kepada isu sumpah bai'ah talaq tiga, kepada isu murtad, isu gereja, isu arak, isu kafir mengkafir, isu Tabung Memali, isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali, kepada yang mutakhir isu pemecatan Ust Nasha; semuanya membuktikan kepada kita satu perkara; iaitu PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik kepartian yang jumud dan sempit!

    Daripada semua ini, persoalan yang timbul ialah: betulkah PAS ni parti Islam?

    Nak percaya Ust Nasha dipecat kerana tidak hadir mesyuarat?! Kalau itu alasan, cuba periksa kehadiran orang lain dalam mana-mana mesyuarat samada peringkat Perhubungan Negeri, Kawasan, Cawangan, MTD atau sayap-sayap. Ada yang datang mesyuarat setakat 5 minit je terus balik. Ada yang rajin hadir mesyuarat tetapi sekadar menjadi pemanas kerusi je! Ada yang datang sekadar buat syarat je!

    Kalau itulah alasan pemecatan Ust Nasha daripada Majlis Syura', rasanya ramai pemimpin dan ahli PAS yang boleh kena pecat!

    Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti & keterangan. Janganlah kita membuat kesilapan.

    -ZAs-

    ReplyDelete
  6. Ahli pas x terkejut pun..memang dah agak dah...kot nko buat cete nihh...

    ReplyDelete
  7. Bila pulak Prof Z Kling ni boleh beri pendapat macam neutral. Macam dah tahu je ajal kerjaya dah dekat. Lepas PRU 13 ni ramai pfor kangkong baham tanah!!!!

    ReplyDelete
  8. BILO USTAD NAK MASUK AMENO?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...