UGUTAN AHMAD MASLAN MAU AMBIL TINDAKAN DISPLIN DIBALAS DENGAN BELIAU DIBELASAH TANPA ADA RASA HORMAT SEBAGAI KETUA PENERANGAN UMNO PUSAT OLEH KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO JOHOR.
PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan
dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen
Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad turut
menyokong tindakan menutup sebahagian besar bilik gerakan di sembilan
kampung setinggan kelmarin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian,
semalam.
Menurutnya, masalah setinggan yang dibangkitkan penduduk telah empat
tahun diperjuangkan Pemuda Umno Pasir Gudang, namun tiada tanda-tanda
isu itu akan menemui jalan penyelesaian.
“Tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam
saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan
menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti.
“MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk
setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat
hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin,” katanya
kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Rohazam berkata, tindakan menteri besar itu dikhuatiri menggugat jumlah
undi membabitkan 100,000 pengundi di Pasir Gudang akibat kekecewaan
penduduk, sedangkan jentera BN selama ini telah bersusah-payah
meyakinkan lebih 54 peratus pengundi Melayu di situ.
Menurutnya, sudah tiba masanya perkara berkenaan diselesaikan kerana
rakyat telah terlalu lama disogokkan dengan janji yang dibuat oleh
pemimpin utama negeri ini.
“Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kerana
jentera BN di Pasir Gudang sudah lama bersiap-sedia dengan pelbagai
program mendekati rakyat, termasuk Pemuda bersama orang muda.
“Jika perkara ini tak selesai, jawapannya akan dapat kita tengok pada
PRU13. Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku
kepada calon BN di Pasir Gudang pada PRU13, MB kena bertanggungjawab,”
katanya.
Rohazam yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Negeri turut menyelar
tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang ingin mengambil
tindakan tata tertib dan disiplin terhadap ahli Umno yang menjadi dalang
boikot kempen.
Menurutnya, Ahmad diingatkan supaya tidak hanya menunjukkan kuasa
dengan kenyataan sedemikian, sebaliknya turun menyelami rintihan
penduduk setinggan di Pasir Gudang dan mencari jalan penyelesaian.
“Jangan cabar kami dengan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi
keadaan. Kalau beliau pemimpin yang berjiwa rakyat, turun ke kawasan
kami dan lihat sendiri rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang yang
setia menagih janji sejak 13 tahun lepas.
“Bantu kami selesaikan kemelut ini, bukannya cuba menunjuk kuasa yang diamanahkan,” katanya.
KINI AHLI UMNO DIPERINGKAT AKAR UMBI SUDAH TIDAK GENTAR DAN CUAK DENGAN UGUTAN DARI PEMIMPIN MEREKA... SUDAH HILANG RASA HORMAT SEBAB SEDAR PARA PEMIMPIN UMNO ADALAH JENIS PENIPU DAN MUNGKIR JANJI.
SATU PETANDA BURUK BAGI UMNO DAN ISYARAT BAIK UNTUK RAKYAT.
KALAU DINEGERI KELAHIRAN UMNO PARA AHLINYA SENDIRI SUDAH TOLAK UMNO...PERLUKAN AHLI-AHLI DINEGERI LAIN MAU TERUS MEMEBRIKAN SOKONGAN KEPADA UMNO?.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Suruh mat maslan g noreh getah kat kong kong...hahahahahahaha..auta punya menteri
ReplyDeleteIni lah baru nama pemimpin UMNO, Perjuangan untuk Melayu Johor. Bukan macam Pemimpin UMNO yang sibuk nak sebat tanah setinggan orang Melayu lepas tu di tranferkan tanah kat developer cina (Cina juga yang di layan) dengan harga tinggi.
ReplyDeleteHarga tanah kat Johor Bahru kawasan Iskandar sudah merintis ke arah harga pasaran tanah singapor. Orang Melayu Johor di pinggirkan atas dasaar nak kaut untung dan tempolok masing masing.