Wednesday, 23 January 2013
AMANAT HJ HADI.....BILA ORANG BERILMU BERBICARA DAN MEMBERIKAN PANDANGAN!!!!..AMANAT DIHIDUPKAN SEMULA DEMI PILIHANRAYA!!!!!
Isu Amanat Hadi dihidup semula jadi isu p'raya
Seorang ahli akademik malam tadi mendakwa isu Amanat Haji Hadi yang berusia lebih 30 tahun dibangkitkan semula untuk dijadikan isu menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cawangan Kuala Lumpur Dr Azhar Yusof mendakwa isu tersebut dibangkit semula umpama lampu Aladin yang digosok ketika ia diperlukan.
"Isu ini dipolitikkan dan dimanipulasikan untuk mengambil kesempatan untuk (mendapat) keuntungan politik.. Saya bersetuju ia dihidupkan di ambang pilihan raya macam lampu Aladin.
"Saya tidak nampak daripada pihak berkuasa dan kerajaan ingin menyelesaikan polemik ini secara jujur dan ikhlas kecuali untuk mendapatkan kepentingan politik," katanya.
Dr Azhar mengulas tindakan kerajaan yang membatalkan rancangan untuk mengadakan siaran secara langsung di televisyen penjelasan Abdul Hadi berhubung amanatnya setelah disyorkan oleh pemimpin PAS tersebut sebelum itu.
Bercakap dalam Wacana Ilmiah bertajuk "Amanat Haji Hadi dan Kalimah Allah" di Shah Alam malam tadi, Dr Azhar berkata sepatutnya kerajaan memberi peluang kepada Presiden PAS itu untuk memberi penjelasan berhubung 'amanat' yang diucapkan di Kampung Banggol Peradong pada 1982.
Beliau berpendapat, amanat Abdul Hadi itu tidak muncul secara spontan, tetapi berdasarkan faktor persekitaran yang melatarinya ketika itu termasuk suasana kebangkitan Islam, pengaruh sekularisme, dan pemisahan Islam daripada politik dan pemerintahan.
"Elok-elok (isu ini) tidur, tidak ada siapa yang bangkitkan, tenang sahaja, tiba-tiba media massa menggoncangkannya... Sengaja digoncangkan, bukan nak menyelesaikan isu amanat Haji Hadi.
"Sedangkan Allah melaknat orang yang mengejutkan fitnah... Kita tidak boleh menipu pada setiap masa, kepada semua manusia. Masyarakat kini adalah masyarakat yang berfikiran kritis," katanya katanya sambil membaca sepotong hadis Nabi SAW.
Dr Azhar juga berasa pelik dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang membuat keputusan yang bahawa amanat telah difatwakan sebagai bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah.
Sedangkan, tegas ahli akademik itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang tidak dipanggil tidak diberi peluang untuk tampil menjelaskannya.
"Yang peliknya Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Fatwa Melaka bersidang, keluar fatwa seorang diri... orang yang difitnah tidak dihadapkan ke hadapan.
"Empunya badan, Ustaz Hadi tidak diberi peluang... Tampilkan orang tersebut. Beliau bukannya orang asing, beliau tinggal di bumi, bukan tinggal di planet Marikh," katanya.
Pandangan beliau itu turut dikongsi dua lagi panelis wacana bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali.
Mohd Asri pula berkata sepatutnya Abdul Hadi dipanggil untuk menerangkan apa yang dimaksudkannya dalam amanat tersebut dan "tidak begitu adil" dengan fatwa yang dibuat.
"Fatwa dalam perubatan, kita panggil doktor perubatan. Ini tuan tubuh amanat, dia ada, panggillah dia (beri penjelasan). Saya rasa itu yang patut dibuat," kata beliau yang juga fellow kehormat Universiti Oxford.
Manakala Dr Khairuddin berkata Dewan Ulama PAS sedia berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri berhubung perkara tersebut atas dasar ilmu.
"Dewan Ulama PAS sedia berbincang atas dasar ilmu berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis," katanya.
ULASAN OMAKKAU.
Itulah bezanya bila yang berilmu dengan lembu mengupas dan memberikan pandangan mengenai satu-satu isu.
Lima tahun akan datang pada PRU 14, Omakkau cukup yakin, benar-benar yakin dan percaya,sebagai parti Pembangkang UMNO akan cuba terbitkan semula amana ini demi survival politiknya
PSSTTT... ADAKAH PIHAK PENGURUSAN UTM AKAN GANTUNG TUGAS PENSYARAH INI SERTA MERTA SEPERTI MANA NASIB YANG DITERIMA KETUA EKONOMI BANK ISLAM APABILA MENYATAKAN KEBENARAN UMNO AKAN TUMBANG PRU 13?
MAKLUM SAJALAH.. SUDAH MENJADI PENGETAHUAN UMUM... BERKATA BENAR PADA UMNO/BN ADALAH SILAP DAN KESALAHAN YANG PALING BESAR...AMPU BODEK AKAN DIPUJA, JULANG DAN DINAIKKAN PANGKAT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment