Wednesday, 30 January 2013
CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI DIPARLIMEN KAK RAFIDAH AZIZ, KUALA KANGSAR DIGANGGU KONSERT JOGET LAMBAK!!!!!
Konsert joget lambak cuba nak ganggu Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Perak
Program Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Kangsar, kawasan Parlimen yang diwakili bekas Ketua Wanita malaysia, Rafidah Aziz, diganggu provokasi yang tak bermoral dan beradab oleh UMNO Kuala Kangsar di DUN Bukit Chandan..
Bertempat dipadang permainan Futsal Taman Chandan Puteri semalam bertembung dua program yang berbeza tujuan dan matlamat. Program Jelajah Merdeka Rakyat terpaksa bersaing dengan satu program ala maksiat oleh UMNO Kuala Kangsar.
Pesta kugiran ala joget lambak oleh UMNO Kuala Kangsar hanya dipisah dengan sebatang jalan dan betul betul bertentangan dengan tapak ceramah DSAI berucap dengan jarak pentas kedua dua program lebih kurang 200 meter sahaja .
Pekikan dan suara alunan muzik dari kugiran rancak yang membinggitkan halwa telinga seolah olah yang sengaja di hala kearah pentas DSAI berucap.
Satu provokasi yang tak bertempat, biadap, primitif dan cukup amat dikesali.
Menurut sumber dan makluman dari penduduk setempat, program seawal petang telah ada provokasi dimana ada beberapa bendera parti PR telah dibakar, serta merebut kawasan tapak untuk pentas , akhirnya urusetia program Jelajah Merdeka Rakyat Kuala Kangsar terpaksa mengalah dan mengubah lokasi tapak pentas di sebelah surau berhampiran.
Tujuan berpindah tapak pentas ke lokasi bersebelahan dan tidak melayan kerenah provokasi dengan bertujuan tidak mahu ia menjadi kecoh.
Kemuncak pada malam itu program menampakan kejayaan.
Dianggarkan lebih kurang 2000 orang membanjiri program tersebut walaupun ada ganguan bunyi bising dari pesta kugiran rancak UMNO.
Rakyat pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India dengan rasa mesra tanpa cuak dan gentar, sama sama duduk diatas padang yang berembun untuk mendengar ucapan penuh semangat oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim.
Tepat jam 10 malam DSAI terpaksa bergegas ke satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Tapah.
Program diteruskan dengan penceramah jemputan yang lain dan berkhir dengan aman dan jayanya.
Dan yang paling seronok dan menggelikan hati ialah program maksiat ala joget lambak tak mendapat sambutan walupun ia di hidang secara percuma oleh UMNO Parlimen Kuala Kangsar.-
AJAK DEBAT TAK MAMPU DAN BERANI.. YANG UMNO MAMPU DAN BIJAKNYA GANGGU CERAMAH PR DENGAN CARA YANG TIDAK BERADAB DAN BERTAMADUN.
POLITIK PRIMITIF AMAT SUKAR DIPISAHKAN DARI UMNO.
DULU KAK RAFIDAH AZIZ MENAG PUN MAJORITI CELAH GIGI.. LEPAS INI.. INS'YALLAH UMNO AKAN GIGIT LIDAH DAN KETAP GIGI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
kalau tak bohong bukan Pas namanya. Kalau tak memfitnah bukan PKR namanya. Kalau tak racist bukan Dapigs namanya.
ReplyDeleteUMNO Mundur dulu kini dan selamanya
ReplyDeleteHanya setan yang buat kerja setan!! Dikenali atau tidak dikenali...setan tetap setan....kih kih kih...
ReplyDeleteKalau tak kacau tak setan le namanya...
pak ali
ini dah macam stail Ali Rustam kat Melaka jer....dah berguru ngan Ali ker? Itu je lah cara desperate puak umporno boleh buat...
ReplyDeletebagus la ..boleh buat rakyat lagi meluat menyampah yang amat dengan perangai puak umno ni.
ReplyDeleteinilah perangai setan di kenali.... buat jgn tak buat... tadok arah doh puok ni.. nok nyakit hati je... ceramah tadok org... nasib umno malang pru 13... kih.kih.kih....
ReplyDeleteOrang dah muak dah dengar DSAI ni..janji sana janji sini tapi janji dulu tak tunaikan. Fitnah sana fitnah sini..bukti tak bagi...cakappp aja. Dia sendiri sokong orang bukan islam boleh guna nama ALLAH...lagi la orang benci. Syirik tu dah terang tapi ada juga yang mengekor..dia orang ni pikiran jumud & sempit, dah terang tapi malu nak mengaku. Sapa2 yang ada anak sekolah rendah dapat RM100..ambik jgn tak ambik..prinsip PR - orang bagi kita ambik, time mengundi pangkah PR..jenis orang inilah yang tak tahu nilai bersyukur & berterima kasih..macam..kau ludah tapi jilat ludah sendiri la tu.
ReplyDeleteLagi satu..Anwar ni mendapat sokongan daripada kumpulan yang memperjuangkan budaya Lesbian, Gay, Bisesksual dan Transgender (LGBT).
ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti & keterangan. Janganlah kita membuat kesilapan.
-ZAs-
Nko la jumud n sempit...nko bgtau negara mane kat dunia ni melarang bangsa lain guna kalimah tu?nabi pun x larang,nko lak sape?org kapir tu sape?hamba allah jugak..dah kalau nabi sendiri x larang guna n sebut name allah tu,nko sape lak nak larang hamba Allah dai menyebut namaNya?then xde istilah duit kerajaan dalam mane2 negara kat dunia ni ok,cume ade duit pembayar cukai..?so mmg xsalah pun amik..then kerajaan kite ni pro israel kan?khairy cakap..secara hubungan dagangan..nko silap ni der...ABU
ReplyDeleteMacai di mana-mana...
ReplyDelete