Tuesday, 22 January 2013
PROJEK NOH OMAR BAWA KERUGIAN BESAR KEPADA RAKYAT MISKIN TANJUNG KARANG!!!!!
Rakyat desak Noh Omar perjelas projek usahawan di Tanjung Karang yang membawa kerugian besar kepada penduduk tempatan.
PKR menggesa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan mengenai Skim Projek Pembangunan Usahawan di Tanjung Karang yang didakwanya menyebabkan kerugian besar kepada peserta di kawasan tersebut.
Biro Kepenggunaan PKR Yahya Sahri mendakwa peserta berkenaan melaburkan sebanyak RM408,000 sejak dua tahun lalu, namun gagal mendapat pulangan daripada projek yang didakwanya di bawah seliaan kementerian tersebut.
Beliau mendakwa, peserta berkenaan menyertai skim tersebut dengan pinjaman yang dikeluarkan pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara), Yayasan Tekun Nasional (Tekun), Bank Rakyat dan Agro Bank.
Namun, dakwanya, peserta berkenaan kini dikenakan tindakan undang-undang oleh agensi kewangan terbabit kerana syarikat yang mengendali projek tersebut didakwa tidak melunaskan bayaran ansuran pinjaman seperti yang dijanjikan.
"Akaun pinjaman telah tertunggak lebih setahun dan tuntutan saman berjumlah purata RM17,000 untuk seorang peserta.
"Peserta telah beberapa kali cuba menemui pihak pengurusan (syarikat) serta menghubunginya tetapi talian telefon sudah tidak aktif," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Katanya, projek di Tanjung Karang itu melibatkan 34 pelabur dalam projek tanaman nenas dan 100 orang lagi yang melabur dalam projek ternakan lintah.
Dalam sidang media yang turut dihadiri beberapa peserta berkenaan, Yahya berkata mereka turut menuntut agar pihak berkuasa bertindak ke atas agensi kerajaan terlibat.
Menurutnya, bironya dapat merasai keperitan peserta yang terpaksa menanggung susah kerana terpaksa menanggung hutang yang tidak sepatutnya.
"Kami bagi pihak peserta yang terlibat dalam skim ala skim cepat kaya ini, menuntut agar semua agensi yang memberikan pinjaman melupuskan hutang peserta serta membersihkan nama mereka daripada senarai hitam dengan pihak Bank Negara," katanya.
ULASAN DAN PANDANGAN OMAKKAU.
Kalau projek sekecil ini pun gagal nak tadbir urus dengan baik dan jayanya... macam mana nak tadbir sebuah negeri sebesar Selangor?
Itulah.. asyik berdancing sampaikan nasib rakyat miskin terabai..
Yang miskin menjadi papa kedana jika UMNO diberi kuasa...Ini contoh terbaik untuk rakyat cuitkan minda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Ada hati nak jadi Menteri Besar Selangor. Lawyer banyak jadi menteri dan ahli parlimen UMNO. Termasuk mangkok ni. Lawyer mana tahu pasal pertanian dan business. Cuma tahu putar belit dan tipu orang. Itulah namanya loyar.
ReplyDeleteTu ler sape suruh ngundi BN.. Orang pandai dah lari woii tinggal yang bengap2 je masih setia dengan BN.. ha ha ha.. kesian ada padan muka pun ada kat org2 miskin ni( miskin yang mangkah UMno lerrr..) Nasib korang ler yer yang penting aku bahagia ha ha ha...
ReplyDelete