Wednesday, 2 October 2013
AKHIRNYA MENTERI BELIA DAN SUKAN MENGAKU KERAJAAN MEMBAYAR RM1.6 JUTA KEPADA KUMPULAN K-POP PADA TAHUN 2012 YANG DIJANJIKAN AKAN DI TAJA PIHAK SWASTA!!!
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.
"Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS.
"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.
"Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012," katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau.
Jelasnya lagi, pihaknya tidak akan meneruskan lagi acara sebegitu pada sambutan Hari Belia 2013 dan tahun-tahun akan datang.
'Saya mesti jawab & bertindak'
Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.
Tiga kumpulan K-Pop - U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet - dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.
Menurut Khairy, beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara itu walaupun beliau bukanlah menteri KBS pada masa itu.
"Saya tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri.
"Prinsip kebertanggungjawapan bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian saya," katanya.
Menteri Belia dan Sukan sewaktu sambutan itu berlangsung adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri komunikasi dan multimedia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Lg kebodohan menteri yg begitu mudah menggunakan duit negara utk kerja maksiat.bangang tak sudah.duit negara mcm duit mak bapak dia jer.dah ler penipu plak tu.
ReplyDeletekhairy ni kadang2 boleh tahan jugakla dia punya jujur....kalau niat dia nak pekena shabery cik tu aku tak taula pulak...apa-apapun Menteri2 bn kebanyakannya memang teruk dan tak cekap langsung uruskan harta rakyat...
ReplyDeletePembohong, penipu, penfitnah, penyeleweng dll yang sewaktu dengannya itulah umno bn..... N O kata sewa rumah PPRT DINAIKAN rakyat kata no N O pembohong & fitnah.....
ReplyDeleteBenar kata TGNA odit dunia lepas..... Odit akhirat tanggung sendiri.
Harap KJ tak coverline mengenai penaja yang tarik diri KALAU TIDAK kamu sama Pembohong, penipu, penfitnah, penyeleweng dll yang sewaktu dengannya
Itu la budaya umno begitu senang mereka melanunkan wang rakyat bgitu senang juga mereka bg alasan..alasan penaja tarik diri lepas tu diam besok buat lagi..
ReplyDeleteMacam lahanat...
ReplyDeletesalah tu....sebenarnya tiada PENAJA pun....just nak coverline jerrr agar kerajaan tak nampak bersalah pada mata puak UMNO.....sebab tembelang bangkai yang ingin di tutup sudah pecah....sudah silap audit....
ReplyDelete