Monday, 7 October 2013
ANTARA KANDUNGAN MEMO WARGA OKU YANG TERPAKSA MERANGKAK MENAIKI TANGGA PEJABAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) UNTUK DISERAHKAN KEPADA PENGARAHNYA DI KULIM SEMALAM!!!
Inilah sebahagian dari kandungan memo yang ingin disampaikan kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh eorang lelaki OKU yang mewakili satu NGO terpaksa bersusah payah menaiki tangga pejabat Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) di Kulim semalam.
Seramai 50 anggota Persatuan OKU Setia Daerah Kulim pada awalnya berhimpun di luar jabatan tersebut sebagai bantahan berhubung bantuan kebajian pada kira-kira jam 1.30 petang.
Bagaimanapun, pengarah JKM Kulim Rohana Yusof enggan menerima memorandum tersebut dan tidak berganjak dari pejabat tersebut di tingkat satu, kompleks bangunan majlis perbandaran.
Setelah menunggu lebih satu jam di bawah pancaran matahari terik, salah seorang anggota persatuan tersebut. Gnana Pragasan, yang tidak boleh berjalan, bertindak menaiki tangga tersebut untuk menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Rohana.
Gnana, 53, dengan memorandum di mulutnya, menggunakan tangannya untuk memanjat tangga dan mengetuk pintu pengarah tersebut sehinggalah pegawai itu keluar untuk menerima memorandumnya.
Kejadian yang sungguh menyayat hati itu menunjukkan bahawa jabatan berkenaan tidak sensitif kepada warga kurang upaya dan warga emas di negara ini.
Susah sangatkah nak terima memo dari warga yang berstatus OKU? .. Mengapa perlu ada kakitangan awam yang kerjanya menjaga kebajikan rakyat yang susah dan daif langsung tiada rasa dan berjiwa perihatin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
siapa yg sediakan memo? surendran atau lateffa koya. tergamak mrk gunakan org cacat upaya utk nafsu politik mrk yg haloba. apa salahnya mrk.sendiri bawa memo kpd pengarah atau sebagai ahli parlimen bawa kepersidangan dewan rakyat. hasad.dengki india nak burukkan penjawat awam melayu.
ReplyDeleteKerajaan be end tidak bertanggungjawab....
ReplyDeleteSombong,angkuh blagak bgus adalah sifat2 paling penting bg umno dan macai2nya..
ReplyDeleteeke eleh....nak buruk macammana...mmg penjawat awam lebih2 lagi diJKM mmg hampeh punyer...sbb staf2 JKM nie pecacai2 UMNO/BN.....tahap pekat melekat lagi....hihihihihi
ReplyDeletebangangnya. beza antara kerajaan dan penjawat awam pun tau ada hati nak komen. walau kerajaan bertukar tetapi penjawat awam tetap sama bertugas.
Deletebkan krna politik tpi awk kna fkir oku yg berkerusi roda tak boleh menaiki tngga klau ank2 tuan mcm kmi apa perasaan tuan .sya adalah ahli perstuan 2 bekas setiausha perstuan pksoku.bkan nk mnjatuh kan sesiapa kmi pun manusia seperti tuan smua,kmi jemput smua ahli brbgai kuam tpi yg hdir adalah kuam india.jgn slahkan wakil rkyt pdang serai .pda siapa kmi nk mngadu .byangkan klau elaun prkrja org kurng upaya di potong. brapa sngtlah gaji oku yg brkrja.siapa yg sangggup bagi gaji yg lebih.klau la tuan mcm saudra india yg membwa surat tu apa perasaan tuan. terima ksih atas komen tuan fkir-fkirkan lah
DeleteKenapa ramai-ramai yang kat sebelah tu tak tolong naik tangga? Boleh duduk tepi ambil gambar, tapi tak boleh boleh tolong OKU? Adil ke kalau cakap orang dalam pejabat tak berhati perut kalau orang-orang sekeliling pun cuma duduk ambil gambar?
ReplyDeleteOmakau kalau yg bawa isu tu surendran dan latiffa koya tak payahlah bersusah payah nak tolong promosikan. Mrk berdua tu dah terkenal dgn sifat anti kakitangan awam Melayu dan hanya cuba mencari salah dan menangguk di air keruh. Lihatkah kalau mrk jujur apa yg disusahkan OKU pergi manjat tangga sedangkan mrk berkeupayaan menyelesaikan isu tersebut.
ReplyDelete