Sunday, 6 October 2013

BERITA GEMBIRA YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH PARA PENYOKONG UMNO YANG MEMBERIKAN UNDI KEPADA BN PADA PRU 13 LALU ..... HARGA GULA DAN TEPUNG BAKAL NAIK SELEPAS BAJET 2014!!!


Salah satu akhbar arus perdana milik UMNO,  NST telah menerbitkan kisah yang pasti membawa berita gembira tersenyum lebar sampai ke telinga kepada semua para penyokong, pendokong dan ahli UMNO terutamanya di lluar bandar, kampong-kampong, pendalaman dan Rancangan FELDA yang telah bertungkus lumus memberikan sokongan padu lagi jitu untuk kemenangan UMNO/BN pada PRU 13 yang lalu.

Setelah mendapat hadiah dengan kenaikkan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter kali ini hadiah istimewa susulan bakal menjelang tiba.

Kali ini harga tepung dan gula bakal naik selepas pembentangan bajet 2014 oleh Najib Razak hujung bulan ini.

Alasan digunakan sebagai penyedap telinga dan pendingin jiwa ialah pengurangan subsidi yang ditanggung kerajaan.

Terima Kasih berjuta-juta UMNO/BN... kerana mu negara masih aman .. Kami bersyukur sentiasa .. Kenaikkan ini bukan salah UMNO pun tetapi salah pasaran global .. Lagi pun bak kata Ketua Dewan Ulama Muda UMNO Sedunia .... Ini semua ketetapan Allah SWT. .. Jangan bantah tapi duduk dirumah diam-diam dan tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak.


9 comments:

  1. Syukurrrrrrrrrrr....Malaysia maseh aman ya buk..

    ReplyDelete
  2. Orng umno dan melayu memang bodoh kata dr mahathir. Sebab tu anak melayu ngok matematik d sekolah. Ibu bapak mreka pun serupa pilih umno janji dtepati utk naikkan hga brng. Sndiri rugi pun x pe. Memang ngok punya melayu yg sokong umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. demer sajer biorkan oghang melayu ngok matematik supaya mereka dpt rembat harta rakyat spt dlm nujum pak belalang...satu utk kau...dua utk aku...tiga utk engkau empat utk aku......last2 rakyat muflis papa kedana dibuatnyer...itupun macai UMNO/BN......kata...syuuukuuuuurrr.....redhoooo.......macai bangang bertingkat2....

      Delete
  3. Terima kasih BN kerna perihatin kepada permasalahan rakyat. PRU13 dah berlalu PRU14 kita pilih lagi. Malaysia aman

    ReplyDelete
  4. UMNO mungkin akan kata, ini adalah Kudrat Allah swt

    ReplyDelete
  5. Bukan umno yg naikan harga gula dan tepung tp Allah yg naikan,kata ketua dewan ulamak kawen kat siam..

    ReplyDelete
  6. Dah ada ura2 malah kertas kerjapun dah siap tinggal tunggu lampu hijau je...gas untuk memasak akan naik rm 1.50 sen ho ho ho. Tunggu bajet 2014 kalu tak caya. Ho ho ho. Barang2 minuman seperti milo holick dll semuanya dah naik....jangan nak belitlah padan muka rakyat malaysia yg 47 peratus.

    ReplyDelete
  7. Silap aku pangkah BN......

    ReplyDelete
  8. PADAN MUKA AKU PANGKAH BN.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...