Wednesday 9 October 2013

BERITA GEMBIRA UNTUK PEMINAT BOLA SEPAK NEGARA!!!! ... INDRA PUTRA MAHAYUDDIN TERLEPAS DARI SEBARANG TINDAKAN DISIPLIN FAM KERANA SIKU HIDUNG MAT YO!!!!!!!



PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin mampu menarik nafas lega apabila beliau tidak akan dikenakan denda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan insiden menyiku penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada suku akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Indra Putra tidak akan didakwa apabila tiada laporan yang diterima pihaknya daripada pegawai perlawanan mengenai insiden tersebut.

"Laporan mengenai perlawanan tersebut saya sudah terima semalam (Isnin) tetapi laporan untuk insiden itu tiada.

"Malah laporan dari kedua-dua pasukan juga tidak diterima, jadi setakat ini tiada apa tindakan yang akan diambil kepada Indra Putra.

"Bagaimanapun, sekiranya ada laporan selepas ini kita akan melihat berdasarkan peraturan yang ada kerana kita perlu adil kepada kedua-dua pihak. Namun setakat ini tiada kes atau laporan," katanya selepas sidang media mengenai Persiapan Harimau Muda A ke Sukan Sea di Wisma FAM, hari ini.

Dalam laporan media tempatan baru-baru ini melaporkan Indra Putra bakal berdepan tindakan FAM selepas dia didakwa menyiku Norshahrul ketika pertembungan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV.

Ekoran insiden itu, pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu mengalami kecederaan hidung dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan.

Malah difahamkan kecederaan yang menimpa Norshahrul mungkin lebih serius daripada yang dijangka selepas dia difahamkan tidak berlepas ke Shenzhen, China bersama Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang Emiriah Arab Bersatu.

Bagaimanapun, penyerang Kelantan itu menafikan dia sengaja menyiku muka Norshahrul mahupun menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas pemain The Red Warriors (TRW) itu.

Indra Putra berkata, sebagai pemain profesional, dia menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan secara sengaja boleh mengundang padah.

2 comments:

  1. Biasa la asyik nak denda org je..duitnya entah pergi mana..kalau audit fam bagus juga tu..spisis umno ni tau nak merompak duit org je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemain professional mcm gampang!memang sah dia sengaja taruk mat yo supaya ranking nak gaji lebih msm dpn lg menarik

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...