Friday 25 October 2013

DALANG YANG MENYEBAR GAMBAR DAN VIDEO KLIP PEGAWAI WANITA BANK YANG KENA TEMBAK OLEH PENGAWAL KESELAMATAN KINI SEDANG DI SIASAT!!!


Pihak pengurusan AmBank melalui Ketua Bahagian Komunikasi Korporat telah mengeluarkan kenyataan bahawa kakitangannya langsung tidak terlibat dalam penyebaran rakaman gambar dan video klip mengenai kakitangannya yang kena tembak oleh seorang pengawal keselamatan di AmBank Cawangan USJ Sentral, Subang Rabu kelmarin.

Berikutan dengan itu suatu laporan polis telah dibuat bagi memohon pihak polis jejak dalang yang menyebarkan gambar dan video klip berkenaan.

Setahu Omak Kau .. video klip itu berasal dari rakaman CCTV bank berkenaan ... sudah pasti rakaman nya diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan ... jadi yang ada akses hanya dua pihak .. satu bank itu sendiri dan kedua pihak PDRM.

Kalau pihak bank secara terang membuat pengakuan bahawa kakitangannya bukan dalangnya jadi adakah dia mau menuduh pihak polis pula?

Perlu pihak PDRM siasat secara telus dan terperinci untuk jejak dan kesan dalang ini hingga ke akar umbi.

Siapa yang menjadi dalang perlu di heret ke Mahkamah.

Jangan kisah video klip lucah Datuk T berulang lagi ... berada disimpanan PDRM salinan asal dan satu-satunya yang ada seperti kata Eskay tapi beredar di Youtube, di muat naik oleh blogger pro UMNO bekas anggota polis yang kena pecat sebab makan rasuah dari penagih dadah Wan Muhammad Azri b Wan Deris a.k.a. Papagomo.

7 comments:

  1. sekira-kiranya ada permain kayu tiga lagi,maka urusan meningkatkan integriti didalam PDRM akan terjejas.Demikian juga kebolehpercayaan rakyat terhadap KDN turut sama terpalit.Apa lagi nak dikata dengan KDN di bawah Zahid Hamidi bagaikan jatuh ditimpa tangga bertubi-tubi dengan kes -kes jenayah berat saban hari.Sama ada bala' sudah datang atau tukar kerajaan 47%.

    ReplyDelete
  2. Adakah pembocoran maklumat berkait dengan enakmen dibahas di parlimen baru-baru ini Seksyen 203(A).Musykil dan ajaib..

    ReplyDelete
  3. Kerajaan yang kita sokong ini sebenar kerajaan pengkhianat terhadap rakyatnya sendiri. Mereka mencipta pelbagai akta yang melindungi kejahatan mereka dan dalam masa yang sama mereka guna akta itu untuk menzalimi kita jika kita mempersoalkan kesalahan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Pengawal HARAM tak pulak nak di benteras besar2an.. Mungkin sebab dapat imbuhan kot...

      Delete
    2. puak bahlol bla berkokok sesama geng..

      Delete
  4. Camana syt kawalan keselamatan tak ambil warga asing. Pertama syt tak gadoh nak carum KWSP. Kedua tak yah nak bayar SOCSO. Ketiga warga asing depa boleh buat kerja serupa robot pagi petang siang dan malam. Dipihak kerajaan pula untung duit bayar levi. Kroni pula ubtung beaar kerana jadi agen pekerja asing. Rakyat Malaysia masuk angin keluar asap lah. Kerajaan buka kilang tapi yg bekerjanya kebanyaka. warga asing warga malaysia nganga lah. Warga asing speacel,tempat penginapan disediakan,pengangkutan disediakan,api air majikan bayar cukup bulan dapat RM1,200/- kira ok lah cuma duit makan RM300/- baki RM900/+ hantar balik kg RM400/- enjoy RM500/-.Tukaran wang besar RM400/- malaysia Bangla dah 6,800 dakka belanja sakan lah keluarga depa kat Bangla. Kalau rakyay Malaysia RM1,200/- lekat celah gigi memang tak cukup tambah pula perbelanjaan sara hidup kat Malaysia skrg dah jadi gila babi tingginya.

    ReplyDelete
  5. oooii .. orang suruh tangkap orang yg menembak,, bukan org yg menyebar video/gambar ..bodoh punya olang

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...