Thursday 17 October 2013

ISU MEMPERTIKAIKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH ... JEMAAH MENTERI KABINET KERAJAAN UMNO/BN 1M'SIA TELAH LANGGAR "FATWA" NOH GADUT!!!!



SHAH ALAM: Kalimah ‘Allah’ boleh digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dalam upacara ibadat mereka, termasuk di dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu, kata seorang menteri Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dipetik sebagai berkata Kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya semalam.

Beliau berkata Kabinet memutuskan untuk berpegang kepada penyelesaian 10 perkara, yang membenarkan pengimportan dan pencetakan Bible dalam mana-mana bahasa di Malaysia, termasuk al-Kitab yang menggunakan kalimah ‘Allah’.

"Kabinet telah membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan kerana isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Mereka bimbang Bible Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah ‘Alah’ akan diharamkan. Justeru Kabinet merasakan perlu ada penjelasan,” beliau dipetik oleh akhbar Sin Chew Jit Poh.

Kurup menambah Kabinet akan mengikuti kes berkenaan dengan teliti, disebabkan oleh tahap kebimbangan yang timbul di kalangan masyarakat.

Penyelesaian 10 perkara, antara lain juga menyatakan tidak ada halangan bagi penganut Kristian untuk membawa Bible dalam apa bahasa dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

Bagaimanapun, Bible dalam Bahasa Melayu atau Indonesia yang dibawa masuk atau dicetak di semenanjung mestilah dicetak dengan perkataan ‘Penerbitan Kristian’ pada muka hadapannya.

Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan Katolik, The Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam versi Bahasa Melayunya.

Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 itu membawa kepada serangan ke atas tempat ibadat penganut Kristian dan Sikh.

The Herald akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu di Mahkamah Persekutuan.

APAKAH DENGAN INI,  MAKA SEMUA JEMAAH MENTERI YANG BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM TELAH MENJADI MURTAD DAN KAFIR?????


MOHON NOH GADUT BERIKAN SEDIKIT PENCERAHAN SAEBAB JEMAAH MENTERI SUDAH LANGGAR FATWA ANDA YANG CUKUP HEBAT ITU!!!!

24 comments:

  1. HahahahahhaAaaa... kembali ke atas hidung sendiri... huahuahauaaaaa...

    ReplyDelete
  2. aduyai... jenuh cai cai nk menjawab nih.

    ReplyDelete
  3. aku dah cakap..tinggalkan ketaksuban pada politik demokrasi sempit samada hangpa ni UMNO atau PAS atau PKR.. sama ja dua2.. kerana undi bukan kerana ALLAH..

    ReplyDelete
  4. Ulama PAS: Chua jangan tafsir sewenang-wenang

    dalam kes ini kalau orang PAS pun takmau ikut ulama' sendiri taktaula aku nak cakap apa.. geng PKR mcm omakkau takpala depa mana ada pejuangan Islam..

    ReplyDelete
  5. Mampussssssslah.. ADAKAH MENTERI KITa DARI PM NAJIB N GENG DAH MURTADDDDD?????!!!! GILAAAA KALO CAM TU NOH GADUT KENA AMEK TINDAKAN.. CAI CAI..TLNG JAWAB

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terang2 omakkau minta Noh Gadut bagi penjelasan.. biar ajala Noh Gadut yang jawab..

      Delete
  6. Apa nak susah susah kita tukar sehaja nama NOH GADUT kepada NOH BADUT habeh cerita dan tutup buku. hua hua hua hua

    ReplyDelete
  7. Pelik kan...... kita kat sabah sarawak ngan semenanjung cuma ada sayu PM, satu Agong, satu rasul, satu Tuhan. Tapi kenapa la ada 2 hukum yang boleh dan tak boleh. Sepatutnya diselaraskan. Kalau boleh, semua boleh. Kalau tak boleh biarlah semuanya tak boleh.

    Itu baru peringkat Malaysia, macamana pula kalau pada peringkat antarabangsa!! Pening anak-anak kita besok. Pening jugak kita nak menjawabnya!!

    ReplyDelete
  8. Pendekar bujang lapok tu mengiring mustarjo ke.....
    Kena sebiji bedil tertiarp mung......

    ReplyDelete
  9. Tiga pengantin tangkap jurunikah yang lewat......
    Hai geli geleman aku tengok......

    ReplyDelete
  10. Cuba teka siapa Ramli, siapa sudin, siapa Ajis & siapa mustar.......
    Mesti tak susah kan .......

    ReplyDelete
  11. TIGA bandran, gajus, nasole dan Satu watohe.......
    Pronounce words end with e as in nestle.......

    ReplyDelete
  12. Astraghafirlah,
    Murtad dan kafir rupanya kabinet kita.......
    Jika berpandu kepada pendapat dato mohd noh gadut......
    Terpaksalah dijalankan majlis taubat beramai-ramai termasuk speaker.....
    Jangan lupa LIVE TELECAST YE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar kata memang nak dibuat mejeleh taubuat besar besaran ontok group arkam sahaja yang sebesar kuman seberang laut cina selatan tuh, bagi menutop bangkai gajah di depan mato, yang lain tak dengar pulak.

      Kalau buat jugak mejeleh taubuat beramai-ramai termasuk spiker bagus jugak.....tentu ada jamuan makan makan, boleh buat resit RM600,000 tapi kita bayar 6,000 sudah la

      Ini majeleh taubuat apa?, bukan main main.
      Mau kasi tutop sendiri punya kurap kamedian mau canang orang punya kudis
      Demi mengekalkan kuasa, wang tak jadi hal, jangan cakap 6,000 kalau 60juta sekalipun kita ejas
      Hidup AMEnu

      Delete
  13. Noh Lendut, ulama cari makan.......tolong jgn ganggu. Fuckwa Noh lendut punya pengecualian di kalangan menteri.

    Noh!!! Kalau ber fuckwa biar ler atas nama Islam, bukannyer ameno

    ReplyDelete
  14. Cuba kita lihat dari segi lain yang berbeza dengan apa dilaungkan oleh puak yang mempertahankan kalimah Allah tidak digunakan oleh agama lain khasnya agama kristian.

    Buka minda, dan kita persoalkan kalimah ‘Allah’ yang mahu digunakan oleh penganut Kristian bertujuan untuk menghina atau untuk mendewakan nama itu sebagai yang 'MAHA BERKUASA' ?

    Kalau niat mereka mahu menghina, sudah pasti kita akan menentang mereka. Tapi telah berkali-kali mereka mengatakan bahawa nama Allah itu mahu digunakan sebagai merujuk tuhan yang maha kuasa bagi agama mereka. Jadi, dimana letaknya kekeliruan kepada penganut islam sedangkan dalam islam itu sendiri telah mengatakan bahawa Allah itu telah menurunkan empat kitab untuk empat agama ?

    Menghalang Kalimah Allah dari digunakan oleh agama lain hanyalah gimik bagi puak tertentu yang kononnya mereka perjuangkan agama islam tapi sebenarnya mereka mengharapkan puji-pujian dari ahli mereka saja... !

    Sedangkan jika kita beri mereka RASUAH mengikut sukat dan nilainya, sudah pasti mereka akan segera menukarkan kenyataan.... Sesungguhnya ALLAH adalah tuhan sekelian alam. Sesiapa saja berhak mendewakan nama itu sebagai yang maha kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua setuju dgn lu. Kalau tujuan menghina di tentang tapi kalau tujuan mengagungkan YANG ESA xde masaalah. Tapi sebenarnya pemimpinw Islam di Malaysia ni terlepas pandang satu perkara. Berapa ramai umat islam yg murtad keluar islam dan masuk kristian, hindu dan sebagainya berbanding dgn umat islam yg murtad tapi x masuk mana2 agama lain melainkan mengamalkan free thinker?. Tak caya kepada tuhan. Mereka mengamalkan budaya melayu semata-mata dan tidak jelas kemurtadan mereka kerana bagi org islam di Malaysia, melayu itu islam, islam itu melayu. Menyambut hari raya mcm kita semua gak tapi x islam sbb mereka menganggap hari raya itu satu budaya melayu. Siyes bro...benda ni jadi mcm trend dah.

      Delete
  15. Sabah dan Serawak dah ugut mahu keluar dari persekutuan Malaysia maka ngelabah biawak lah pak menteri dan ularmamak UMNO tiba2 keluar statmen Sabah dan Serawak boleh gunapakai kalimah Allah. Ditakdirkan maka termalu lah si Noh Gadut kerana memfatwakan bahawa seaiapa juga umat islam yg mempertikan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan di kira murtad dan kafir. Maka terkantoi lah si Noh Gadut yg suka keluar fatwa ikut otak bengongnya kerana menyokong lerajaan UMNO/BN membabi buta.

    ReplyDelete
  16. Noh gendut cakap cai umno dah kafir,sekarang puak kafir tu nak cakap apa..
    dorg cakap dap kafir dan mca tu islam.

    ReplyDelete
  17. Yg sibuk pertahankan kalimah Allah tu bukannya Umno ttp ngo seperti perkasa dan lain2. Umno lepas tangan dan bila komen.ikut siapa yg yg dengar. Main playsafe, takut hilang pengundi di sabah dan serawak. Jika noh gadut dah fatwakan sesat dia mesti bertanggungjawab menasihatkan jemaah kabinet. Ada berani. Cubalah tunjuk kau punya ego macam kes surau tu. Penasihat terbodoh..m surau tercemar roboh. Tapi kalau anak kau sendiri dah org cemarkan macamana. Nak dibunuh ke.

    ReplyDelete
  18. di atas LANDASSSSSANNNN yang BBTOLLL, - bersembo ai liyo
    siapa atas landasan yang betol?

    Sekejap boleh sekejap tak boleh,

    KLUK KLEK nampak
    memang KELUK KELEK pon, sekejap boleh sekejap tak boleh

    ReplyDelete
  19. Bolihkah kabinet memutarbelitkan keputusan mahkamah? Tidak kah itu tindakan yg bolih dianggap menghina mahkamah?

    ReplyDelete
  20. Cadangan utk di sabah dan sarawak perkataan ALLAH di tukarkan ke Tuhan...sebb tuhan tu byk ALLAH hanya lah satu...

    ReplyDelete
  21. Puak umno ni jangan kata hina mahkamah nak bakar mahkamah tu pun boleh.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...