KEBENARAN ITU PAHIT!! KEADILAN ITU PERIT!! PERJUANGAN ITU SAKIT!! RAKYAT BENCI UMNO!! UMNO IS DEAD!!

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 13 October 2013

KEPUTUSAN PEMILIHAN SAYAP UMNO 2013- 2016 MEMBUKTIKAN PENGARUH MAHATHIR DALAM UMNO SUDAH PUDAR!!!



Kemenangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan ketua bagi sayap Pemuda dan Wanita dalam pemilihan pimpinan bagi sayap-sayap parti Melayu itu membuktikan kekuatan pengaruh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam parti Melayu itu.

Kedua-dua Khairy dan Shahrizat merupakan sebahagian daripada “Team Najib” yang bertanding dalam pemilihan Umno kali ini berjaya mengenepikan kekuatan pengaruh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan elemen garis keras daripada meresap ke sayap-sayap utama parti itu.


 “Jika saya mahu menang dengan selesa, saya boleh menggunakan formula sayap kanan. Saya mahu menunjukkan bahawa anda boleh menjadi progresif dan menang dalam Umno.


Kemenangan Khairy dan Shahrizat juga memberikan indikasi Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang turut berada dalam “Team Najib” mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan jawatannya minggu hadapan walaupun ramai penganalisis politik meramalkan beliau sebagai salah seorang calon paling lemah bagi jawatan tertinggi dipertandingkan Umno itu.


Hishammuddin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal merupakan penyandang bagi jawatan naib presiden Umno.


Mereka dicabar oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.


Hishammuddin merupakan sepupu kepada Najib dan orang yang paling dipercayai oleh perdana menteri jika dilihat daripada amanah diberikan kepadanya dalam Kabinet.


Selain menjawat jawatan Menteri Pertahanan, Hishammuddin juga dipercayai Najib untuk memangku jawatan Menteri Pengangkutan yang akan diberikan kepada MCA selepas selesai pemilihan parti komponen mewakili kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN) itu.


Jika pengaruh Najib mampu mengekalkan Khairy dan Shahrizat dalam Pemuda dan Wanita, tidak mustahil Hishammuddin juga mampu diselamatkan di jawatan naib presiden.


“Tak mungkin Najib akan biarkan Hishammuddin kalah. Daripada ketiga-tiga naib presiden Umno, Hishammuddin dipilih Najib untuk memangku jawatan Menteri Pengangkutan dan MCA juga boleh menerimanya,” kata seorang penganalisis politik kepada The Malaysian Insider.


“Walaupun Dr Mahathir dilihat mempunyai pengaruh besar dalam Umno, zaman beliau sudah berakhir, ini boleh dibuktikan dengan keputusan pilihan raya lalu di mana beliau tidak mampu membantu BN merampas kembali majoriti dua pertiga,” katanya.


Dalam pilihan raya umum ke-13 lalu, BN menang 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat 89 kerusi. Selain itu, PR juga berjaya memenangi undi popular 51% berbanding BN yang hanya mendapat 47%.


Hishammuddin merupakan anak kepada perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn dan cucu kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar.


Pemilihan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di 191 bahagian Umno membabitkan 183 calon dijalankan semalam.


Pada 19 Oktober depan, perwakilan Umno di seluruh negara akan memilih tiga naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi parti Melayu terbesar itu.TMI

6 comments:

  1. Madey telah berjsya meletakkan UMNO di bawah telapak kakinye.....akhirnyr pemimpin berjiwa kaki yg menguasai umno

    ReplyDelete
  2. Dear OK, It doesn't matter who wins. Yang mustahak we need leaders who are voted in by its members. A lot better than DAP that are being run by the Singh and Lim Dynasty electoral process. Well Done UMNO. Well Done kaum Melayu and Bumiputra and all its Ahli. You dah mengambila langkah to transform.with the new election process my country and children are in safer hands now. SYABAS UMNO!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat nie lain mcm jer bahasa rojak nyer.spesis makan belacan rasa keju.yop,cermin dulu punggong tu.apa warna nyer.bahasa melambang bangsa.tengok gaya bahasa tu,entah apa bangsa nya.melayu mangkok lupa diri dan asal keturunan.

      Delete
    2. 16:34 Sila guna bahasa yg baik untuk menegur. Jgn kita pun jadi setaraf macam mereka.

      Delete
  3. Mamat kampung 16:34. Patut la melayu mcm ngkau mundur. Orang cakap english, ngkau kutuk. suka hati org la nak cakap apa pun. kalau ngkau tak reti ckp english,. pegi blajar. jgn la dengki. bahlol. tu lah, suruh belajar tak nak, isap gam je kerja. dah2, pi bagi bersih motor rempit ngkau tu hahahahaahahahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  4. Tahniah kpd yg menang dlm pemilihan sayap umno.
    Tunjukkan dan buktikan anda semua benar2 pemimpin yg boleh memimpin.

    Bagaimana pula dgn pemilihan naib presiden umno.

    Ketiga tiga penyandang tlh menunjukkan dan membuktikan yg mereka layak memimpin.

    Antara ketiga tiga penyandang , Datuk Seri Shafie Apdal menghadapi liku liku penuh ranjau.

    UMNO Sabah langsung tidak memberi sebarang bentuk sokongan. Malahan atas peranan Salleh Said Keruak, cubaan untuk mencalonkan Musa Aman bertanding Naib Presiden menggambarkan secara terbuka bahawa UMNO Sabah tidak menyokong Shafie dan tidak menghargai sumbangan Shafie selama ini.

    Apa sebenarnya matlamat Salleh berbuat demikian.

    Secara halus Salleh sebenarnya ingin menamatkan karya politik Shafiee dan Musa. Kedua dua tokoh ini sebenarnya halangan Salleh untuk menjadi Menteri Pusat atau menjadi Ketua Menteri Semula.

    Selepas gagal pujuk Shafie untuk gulingkan kuasa Musa sebagai KM melalui kuasa Naib Presiden , kini beliau cuba pergunakan Musa pula untuk gulingkan Shafie.

    Inilah dinamakan politik adu domba.

    ReplyDelete