Ketua Pembangkang Selangor Bakal Terima Keistimewaan Tambahan
Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan
memberi elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri
Selangor sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah
kerajaan demokrasi.Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Katua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada.
Kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan membahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Dato’ Menteri Besar pada persidangan Dewan Negeri Selangor.
Kelulusan ini akan dikuatkuasakan selepas usul ini dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka mula bersidang pada 19 November depan.
Ketua Pembangkang bakal menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun Setiausaha Kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang kesemuanya berjumlah RM8,620 sebulan.
Pembayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.
Keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Rakyat untuk menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesamarataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat.
Y.A.B TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
10 OKTOBER 2013
Hidup demokrasi tulen subur negara dgn nilai berkat negeri dgn keimanan
ReplyDeleteInilah bezanya pr dengan umno parti anak kutty masih dengan pemerintahan kuku besinya..hak orang lain dinafikan..
ReplyDeleteZalim zalim zalim..... Azmin apa lagi hentam lah MB salah guna duit rakyat
ReplyDeleteApabila demokrasi dilaksanakan dengan sebaik mungkin ada pula puak umno macam di PP instead terima kasih, remark pompuan bodoh to duit tu bukan duit LGE tapi duit rakyat...... Di selangor tunggu apa komen N O.
ReplyDeleteKalau ikut komen pompuan di PP itu selama ni kerajaan pusat ingat duit tu depa punya pasal tu TAK ADA peruntukan untuk wakil PR.....
Paria dom.....