Thursday, 10 October 2013
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR YB PUAN HAJAH RODZIAH ISMAIL MENGESAHKAN KERAJAAN PAKATAN SELANGOR KOMITED DAN SOKONG PENUH PERLANTIKAN SEMULA SENATOR BAGI KALANGAN OKU SEBAGAI ANGGOTA DEWAN NEGARA
Kenyataan Media
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail
10 Okt 2013
Pagi tadi telah berlangsungnya sidang media dari YB Puan Hajah Rodziah Ismail tentang keputusan melantik semula seorang Senator mewakili OKU yang telah terhenti sejak tahun 2009. Sebelum ini jawatan tersebut telah disandang oleh Presiden Persatuan Orang Buta Malaysia Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang meninggal dunia akibat serangan jantung dalam penerbangan beliau dari China ke Singapura pada tahun 2009 yang lalu.
Diantara kenyataan-kenyataan yang disentuh oleh YB kepada media ialah tentang ketidakupayaan adalah suatu situasi dan kondisi yang berlaku kerana anggota masyarakat yang mengalami kecacatan fizikal tidak mampu menjalani kehidupan hariannya seperti orang lain, ia berlaku keranan halangan-halangan sosoal yang wujud kerana keperluan OKU tidak difahami dengan baik.
Sehubungan dengan itu, amat wajarlah Senator OKU juga perlu disediakan kemudahan yang setimpal supaya beliau boleh menainkan peranannya dengan berkesan dengan mengambil kira beberapa faktor seperti kakitangan yg mencukupi, fasiliti serta kenderaan yg sesuai dengan kecacatan itu.
Di Negeri Selangor, isu-isu berkaitan OKU diharapkan menjadi isu milik kita bersama dengan pendekatan yang menyeluruh menerusi memasyarakatkan kebajikan dari segi peka terhadap keperluan/sensitiviti OKU.
Kerajaan Negeri Selangor juga telah mengenalpasti beberapa calon berpotensi di kalangan NGO-NGO untuk diketengahkan nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Jangan harap klu omono nak buat macam neh. Omono kaki kencing ada laaa bro.
ReplyDeleteHalo YB...tak kan la nak bantu warga OKU pun perlukan senator OKU terlebih dahulu!! Tak kan tanpa senator OKU korang tak tau masalah yang dihadapi oleh warga OKU?? Kalu tanya budak tadika pun, mereka tau masalah yang dihadapi oleh OKU ni!!!
ReplyDeleteNak buat seribu daya, tak nak buat seribu dalih, YB!\