Thursday 10 October 2013

RAKAMAN GAMBAR NAHAS PESAWAT DI KUDAT, SABAH ... DUA PENUMPANG CEDERA PARAH!!!



KUDAT: Sekurang-kurangnya dua penumpang parah apabila sebuah pesawat Twin Otters terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San dekat sini, jam 3.30 petang tadi.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, kesemua 16 mangsa berjaya dikeluarkan daripada pesawat.


Ketua Pasukan Penyelamat, Abd Mujun, berkata seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.


Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Laporan awal insiden itu berlaku apabila pesawat tergelincir dan terbabas di sebuah kampung di Kudat apabila membuat pendaratan cemas.

1 comment:

  1. Seorang meninggal dunia (90an tahun) semasa pendaratan cemas itu....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...