Sessi soal jawab Omakkau terhadap Tan Sri Abu Kassim dalam Wacana Sinar Harian siri ke-24 berjudul "Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang" siang tadi 10hb Oktober 2013 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf:-
SOALAN :- " Kisah penyelewengan dan ketirisan sepertimana Laporan Ketua Audit Negara 2012 ini bukan perkara baru ... tiap-tiap tahun di hidangkan dengan perkara yang sama ... namun saya lihat SPRM langsung tiada apa-apa siasatan terhadap individu-individu yang bertaraf jerung untuk di heret ke Mahkamah .. yang ada cuma ada kambing hitam saja ... sepatutnya dengan penyataan Ketua Audit Negara ini sudah cukup lengkap dengan bukti dan mudah bagi pegawai-pegawai SPRM buat siasatan ... bukti sudah terhidang di depan mata .. Soalan saya .. apa pandangan Tan Sri tentang perkara ini?
INI JAWAPAN KETUA PESURUHJAYA SPRM TAN SRI ABU KASSIM:-
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menjalankan penyiasatan terpilih dan hanya fokus kepada kumpulan "kambing hitam", kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Abu Kassim menegaskan "tiada jerung" yang mereka tidak siasat sekiranya menerima laporan, namun pendakwaan bukanlah di bawah bidang kuasa mereka, sebaliknya Jabatan Peguam Negara.
"Tiada jerung yang kita tidak siasat. Contohnya kes Kak Jat, kita dah siasat habis, tetapi tiada kes yang boleh mengaitkan beliau," katanya merujuk kepada isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang mengaitkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Kalau setakai 'pakai kot' kita boleh tuduh, memang sedap. Kita ikut peraturan. Kes PKFZ kita telah tuduh," katanya merujuk kepada bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Ka Ting yang telah dituduh di mahkamah terhadap isu Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).
Abu Kassim turut menegaskan pihak ketua jabatan di setiap kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Audit Negara dengan melaksanakan saranan mereka.
"Kami ni orang luar. Takkan anak dengan bapak bergaduh kami perlu campur tangan," katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk Laporan Audit: Ketirisan atau Terlepas Pandang di Auditorium Karangkraf, di Shah Alam.
Tegasnya lagi, SPRM tidak mempunyai kuasa apabila sesuatu kes dibawa oleh Laporan Ketua Audit sebelum dibentangkan di Parlimen, namun ketua jabatan tidak mempunyai sekatan.
"Mereka perlu ambil inisiatif itu," katanya.
Ketua Audit Negara juga jelasnya mempunyai kekangan untuk tidak boleh mendedahkan kes-kes berkenaan kepada pihaknya sebelum dibentangkan di Parlimen.
"Kami pun tahu sesuatu isu itu sama seperti rakyat biasa yang lain. Jadi apabila memulakan penyiasatan kami sudah terlambat," katanya.
Selain Abu Kassim, antara panel yang dijemput adalah Ketua Audit Negara, YBhg Tan Sri Ambrin Buang; Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), YB Datuk Nur Jazlan Mohamed; dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua.
Alasan lemah.letih dgn agensi penguatkuasaan nie.tapi jika kena orang umporno mcm kes sarapan pagi RM6000 tu cepat pulak agensi bertindak.last last tau gak 400 orang mentedarah dan ada yg songlap RM500.00,mamphus kita dgn raja sebenar Malaysia nie.umporno umporno.buat jahat beribu kali,buat baik jarang sekali.
ReplyDeleteJawapan yang spektikal dan mengikut skima seperti peperiksaan PMR. Bosan dan membosankan saban tahun siasatan dibuat tapi apa "end result"nya. Berapa banyak ke yang dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan atau mereka yang bertanggungjawab dituduh? Cakap tak serupa bikin dan seperti main wayang yang diulang-ulang, diulang tayang saban tahun, "back to square"...
ReplyDeletekalu macam ni,terbukti sprm organisasi yang lemah longlai.perlu dioverhaul.
ReplyDeleteNext year cuba audit check siapa pulak yang dapat Datuk, Datuk Sri dan Tan Sri walaupun performance agensi tidak memuaskan.... Buat kerja sambil lewa dan prestasi agensi ala kadar hanya cukup makan tapi ketua jabatan diberikan pangkat dan anugerah lepas satu... satu... macam orang kebulur pangkat ... tidak pernah puas dengan anugerah dan title tapi penyelewengan terus berlaku. Kita tunggu pulak kedudukan indeks rasuah tahun ini sama ada kedudukan dapat diperbaiki atau makin merosot. Kalau makin merosot, sebaiknya disarankan Ketua Pesuruhjaya SPRM memikirkan untuk meletakkan jawatan, atas rasa tanggungjawab kegagalan memacu Malaysia keluar dari kepompong rasuah, bukan hanya sekadar memenuhkan pingat dan gelaran yang tidak seimbang dengan sumbangan...
ReplyDeleteSPRM sebelum ini nama dah di tukar banyak kali. Namun badan tak bebas, cuba letak ketua pembangkang DSAI dan Rafizi timbalannya baru lah SPRM ada power.Asyik bekas orang pro bn saja control, sampai bila rasuah tak hapus. Kau jadi ketua, macam mana nak jawab depan Allah segala penipuan dan rasuah yang kau takut hebahkan. Berjaya di dunia tak mesti nya berjaya diakhirat, tak takut Allah ke. Buat apa gaji tapi subahat dengan perlaku rasuah scala besar. terutama bekas bekas menteri dan pegawai yang telah menipu berbillion billion tanpa di dakwa.Ini zaman cyber se sen boleh kita tahu mana perginya, lagi pulak berbillion, perkara kecil untuk umum dapat maklumat.,cuma di malaysia orang besar rasuah tapi buat muka tebal dan melayu kita yang tak beriman pandang mulia pencuri pencuri ini.
ReplyDeletekau gila ape letak si anwar tu sebagai ketua SPRM. Satu dunia dah tahu dia kaki songlap paling besar dalam sejarah Malaysia masa dia jadi menteri kewangan dulu.
Deleteanon 07:27 nie bodos....ada bukti ker....kalu kau ada bukti...pegilah repot.......jgn mcm mahathir...baling batu sembunyi tgn.......nak berdebat pasal TPPA pun.....tervara dan terkinchin dlm seluar......
Deletedunia akhir zaman apabila org bermasalah dilantik sbg pemimpin
ReplyDeleteSelagi cai umno yg jadi bos sprm sampai bila2 la malaysia tak kan bebas dari rasuah..pada pandangan zahir negara membangun tp hakikatnya masih dunia ke 3..
ReplyDeletePADANLAH TUN M KATA AHLI-AHLI UMNO ORANG BODOH.....
ReplyDeleteDIA PERPANDANGAN JAUH.... DAN CERDIK.... SUPAYA AHLI UMNO YANG SONGLAP DUIT & HARTA BENDA TERLEPAS.......
KINI DISAHKAN OLEH PENGRUSI SPRM KECUAIAN & KEBODOHAN TAK BOLEH DI DAKWA.....
DEPA KATA ORANG UMNO BODOH..... RUPANYA BUAT-BUAT BODOH....... DLAM CERDIK KEBAS DUIT DAN HAK RAKYAT....
Tokwan Perak
Tahun depan kalu berlaku perbelanjaan tidak berhemah, mereka akan memberi alasan bahawa mereka 'bodoh dan cuai'. org yang bodoh dan cuai tidak boleh didakwa!!!!
ReplyDeletebodoh punya undang2!!
bodoh punya ketua!!
Aku pun Keadilan, tapi kalau nak laporkan sesuatu kenalah adil... jgn berat sebelah... tanam integriti dlm diri tu...
ReplyDelete