MAHATHIR KATA UMNO DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG BODOH-BODOH ... ANAKNYA PULA KATA UMNO AKAN TUMBANG PADA PRU 14 AKAN DATANG.
Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?
"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu ketika ditemui The Malaysian Insider sewaktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno kepada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menteri Besar Kedah itu turut melihat beliau mampu memberi saingan sengit kepada lima calon lain yang akan merebut jawatan naib presiden Umno sambil menyifatkan dirinya agak terlewat bertanding merebut jawatan itu.
Katanya, peluang memenangi jawatan itu dianggarkan sekitar 50% dan tidak mahu menaruh keyakinan terlalu tinggi kerana menurutnya lima lagi calon yang bertanding bukan calang-calang orangnya.
"Saya ke gelanggang naib presiden agak lewat kerana calon lain sudah dua atau tiga kali menyandang jawatan ini. Peluang itu ada namun saya tidak berani meletakkan harapan terlalu tinggi.
"Kali ini saya lihat kuasa mengundi itu terletak pada perwakilan yang ramai iaitu 146,500 orang. Saya yakin mereka sudah cukup matang untuk membuat penilaian sendiri. Pada hari pemilihan, mereka akan membuat keputusan mengundi mengikut suara hati dan bukan desakan pihak atasan," katanya.
Bakal perompak harta rakyat..macai cakap malaysia tak kan muflis tgk apa dah jadi dengan amarika sekarag.kuasa besar ekonomi dunia pun boleh goyah..akai ada ka.
ReplyDeleteKeputusan yg tepat. ........ Berubah dn perlu diubah
ReplyDeletetak perlu lah para perwakilan memilih calon cucu keling ..yea..pilihlah orang melayu sebvab umngok hanya untuk orang melayu SAHAJA!!!!
ReplyDeleteSumer org tahulah hang nak jd PM.Kemaruk sesangat. Kalau jd pun bukan bole mengubah apa2.Like father like son. Sebetul nya UMNO dh tak bole diperbaiki lagi, ibarat mesin dh obselete, tadak spare part nak ganti. Kena tukar terus!
ReplyDelete