Thursday, 3 October 2013
PILIHANRAYA KECIL DUN SG LIMAU ... PENAMAAN CALON 23HB OKTOBER 2013 ... PEMBUANGAN UNDI 4HB NOVEMBER 2013!!!
PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau bakal diadakan pada 4 November depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara tersebut, hari ini pada sidang media selepas mesyuarat khas.
"SPR telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013.
"Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini.
"Tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon (23 Oktober) dan untuk petugas media dua hari selepas penamaan calon", katanya.
Menurutnya jumlah pengundi di kawasan itu seramai 27,222 orang dengan dua orang daripadanya adalah pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Berhubung penggunaan dakwat kekal pula Abdul Aziz berkata, PRK Sungai Limau nanti akan masih menggunakan dakwat kekal kerana penggunaannya tertakluk kepada undang-undang sedia ada.
Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.
Azizan yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Khamis lalu berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, Ahad lalu.
LAWAN HABIS-HABISAN UNTUK MEMPERTAHANKAN LEGASI ALLAHYARHAM TAN SRI DATO' SERI AZIZAN ABDUL RAZAK ... TAKBIR!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Kematian Tan Sri Azizan sebenarnya merupakan berita gembira kpd lawan senyapnya Mahfuzz, fakrulrahz, exco2i dan kebanyakan pimpinan PAS. Nik Aziz dgn dendam kesumatnya pun tidak hadir pada hari kematiannya. Ada perseteruan antara pimpinan kanan pada masa pemerintahnnya. Jadi semasa nazaknya pun pimpinan PAS dah mula melobi berebutkan kerusi dan juga jawatan2 dalam pas oleh ahli2 nya. Saya Ahli PKR sedih dengan perkara sebegini. Adalah lebih baik pada masa akan dtg Pakatan hanya memberikan tugas2 hal ehwal agama sahaja kepada mereka. Apabila mentadbir..kalah. Terengganu pun macam tu dulu. Kelantan shj yg masih bertahan. Di Selangor sememang nya PAS telah awal2 lagi menyerah kalah untuk meletakkan calonnya sebgai MB. Sebab PKR dan DAP tahu bhw takde seorang pun pimpinan yg mampu memikul tanggungjawab sbg MB. Tugas MB sangat besar utk mentadbir urus pelbagai masalah. Kita PKR harus kekalkan dgn memberi byk jwtn dan fungsi PAS dlm bidang2 agama shj.
ReplyDeleteHj. Shukri
saya setuju tulisan Hj. Shukri ni..dulu sebelum PR lom ujud..Pas melayang mcm tu je..Bila Pas bersama2 PKR dan DAP..nampaknya Pas lebih diterima berbandingkan dulu2..hanya sebahagian pemimpin2nya mcm perasan, seolah2nya ceramah2 mereka dipentas2 berhasil kononnya. Pada saya hadirin dipentas2 tu adalah lebih 80% adalah org yg sama penyokong2 totok Pas aje. Pengundi2 belia dibandar dan pinngirannya dan org2 yg celik internet lebih menarik kpd PKR sebenarnya. Tapi dikawasan majoriti Melayu..Pas masih menuntut kawasan tu..sbb tu Pas tak berapa berjaya di PRU 13 baru2 ni.. dia mahukan diri kedepan sahaja..dgn tag PAS ganti umno dan for all wpun tak mampu sebenarnya. Pas sanggup jd kalah asalkan calon2 dia dicalonkan..hanya itu ajelah..sbb tu umno masih berleluasa.
ReplyDeleteSape sape yg pilih parti haramjadah nie bererti bersubahat dgn perompak berlesen negara.perompak berlesen negara wajib dihapuskan.
ReplyDelete