Thursday, 3 October 2013
ISU SIAPA BAYAR KUMPULAN K-POP KOREA SELATAN ... ADAKAH SHABERY CHEEK TUDUH KETUA AUDIT NEGARA DAN KHAIRY JAMALUDDIN MENIPU???
Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kini Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan nada keras dan tegas menyatakan bahawa pembayaran bawa masuk kumpulan k-pop dari Korea Selatan ke Malaysia sempena Hari Belia Negara 2012 adalah tajaan swasta dan bukan dari kocek kerajaan.
Jabatan Audit Negara culas dalam menjelaskan perkara sebenar dalam isu perbelanjaan RM1.6 juta untuk persembahan K-Pop Hari Belia Negara, kata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Shabery, kini menteri komunikasi dan multimedia, berkata, jabatan itu hanya menyatakan jumlah keluar daripada akaun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tanpa mengambil kira jumlah "sumbangan" yang dimasukkan.
Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan perkara sebenar kerana wang sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya.
Selain mendedahkan jumlah kosnya, laporan audit juga menegur KBS atas "perbelanjaan tinggi" dan "tidak "selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat" bagi belanja lain untuk sambutan tersebut - berjumlah hampir RM3 juta.
Kumpulan K-Pop dari Korea Selatan U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet terlibat dalam persembahan itu.
Menulis di Facebook, Shabery berkata, justeru itu, terbukti bahawa tiada wang rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pembangkang yang hanya bersandarkan rumusan pendek Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Moga Rakyat celik mata dengan perkara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan audit negara tentang pembelian mesin scanner berharga RM14,000 seunit.
"Tetapi dalam isu KBS, ia tidak pembaziran wang rakyat sebaiknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," katanya.
Bagaimanapun, berbeza dengan Shabery menteri belia dan sukan yang baru Khairy Jamaluddin berkata, KBS membuat bayaran besar itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.
AGAK-AGAK RAKYAT NAK PERCAYAKAN KATA-KATA SIAPA? .. TAK KANLAH PARA PEGAWAI DARI AUDIT NEGARA TAK RETI BUAT KERJA AUDIT.
KALAU NAK COVER LINE PUN AGAK-AGAKLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Biasalah.. akan ada jawapan bangang bila dh x boleh nk cover line. Apasal sibuk nk panggil k pop dtg sini, APA artis mesia x der klass ke?
ReplyDeleteMenteri bodoh dari be end.
ReplyDeleteshaberi chik benar. tapi malangnya dapat rakan yg kerjanya nak naikkan nama sendiri dan makan kawan. itulah sikhairi. tapi fikirlah adakah pendedahan yg dibuat oleh ketua audit negara ini benar2 jujur atau utk menutup penipuan dan songlap oleh pihak atasan yg tak boleh disentuh dan menjadikan golongan dibawah sebagai kambing hitam. ini kononnya utk menunjukkan kerajaan benar2 telus dan apa yg berlaku sebaliknys.
ReplyDeleteYg penting, telah berlaku pembaziran. Menteri UMNO sahabat syaitan. Kedua, apa manfaat panggil K-pop yg trkinja3. Belia nak diajak budaya mungkar. Baguslah tu?. Apa barang? Kan 1.6 juta leh jadi modal belia niaga. Itulah kata Dr Mahathir menteri UMNO memang bodoh. Yang pilih UNNO pun amacam?
ReplyDelete