Sunday, 31 August 2014

EDISI LIDAH BERCABANG ... SELEPAS KUTUK, BUAT PUSINGAN U ... KINI PUJI BALIK.



Tun Dr Mahathir Mohamad memuji Datuk Seri Najib Razak selepas pengumuman suntikan RM6 bilion Khazanah Nasional Bhd ke dalam Malaysia Airlines (MAS) Jumaat lalu.

Dalam temuramah dengan Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir memuji pentadbiran perdana menteri, dua minggu selepas menegur kelemahan Najib dan mengumumkan penarikan balik sokongannya.

"Khazanah sudah memperuntukkan dana RM6 bilion dan memberhentikan 6,000 pekerja. Maka kos (operasi) turunlah.

"Pemberhentian penerbangan ke tempat yang tidak ramai penumpang juga boleh mengurangkan kos. Saya ucap tahniah," kata bekas perdana menteri itu dipetik akhbar itu.

Mengenai hasil dan keberkesanan langkah yang diumumkan kerajaan, Dr Mahathir mengambil pendekatan tunggu dan lihat ke atas usaha pemulihan tersebut.

"Kita tunggu dan lihat keberkesanan langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan juga Khazanah," katanya.

Di bawah pelan pemulihan MAS yang diumumkan Khazanah Nasional baru-baru ini, syarikat penerbangan itu akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja, dan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengurangan pekerja besar-besaran itu ekoran kerugian MAS sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas dua tragedi pesawatnya, iaitu kehilangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pelan penstrukturan semula MAS itu mendapat kelulusan kabinet dan Lembaga Pengarah MAS, bertujuan mewujudkan sebuah entiti lebih kukuh dan cekap.

KETUA POLIS NEGARA ARAHKAN PUSAT TINDAK BALAS SIASATAN SIBER POLIS (PCIRC) AMBIL TINDAKAN KEATAS INDIVIDU YANG MENGHINA BELIAU DI TWITTER.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta  unit Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) supaya mengambil tindakan terhadap individu yang menghina beliau di laman sosial Twitter.

Dalam Twitter Khalid, beliau meletakkan dua rakaman paparan (screenshot) individu yang menghinanya sebagai ketua polis.

Pada kedua-dua tweet tersebut, Khalid turut menyebut (mention) PCIRC dengan meminta supaya tindakan dapat diambil terhadap dua individu itu.

"PCIRC sila ambil tindakan terhadap orang biadab ini yang menggelar IGP 'Anjing  BN'.

"PCIRC,  juga kesan seorang lagi yang biadab ini untuk diambil tindakan,"
tulis Khalid.

Walaupun punca tidak puas hati individu tersebut tidak jelas, tetapi ia mungkin berkaitan dengan tindakan polis terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang  hari ini.

Dalam salah satu tweet Khalid, beliau memaparkan gambar seorang lelaki memanggilnya "anjing BN" manakala seorang lagi menulis "Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia".

AKHIRNYA ADA MACAI UMNO AKUI SECARA TERUS TERANG BAHAWA UMNO SUDAH TIDAK LAGI MEMPUNYAI ROH UMNO.


KEMBALIKAN ROH UMNO .... Apa ertinya itu??? .. Parti UMNO kini sudah tidak lagi memiliki roh UMNO yang sebenar? .. Roh tujuan ditubuhkan pada tahun 1946??? .. Parti UMNO Baru tahun 1988 yang ada kini tiada sedikit pun memperjuangkan hasrat tujuan UMNO ditubuhkan??? Atau paling tepat .. UMNO sudah nazak tunggu masa nak dikuburkan buat selama-lamanya dibumi bertuah ini demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan keamanan negara.

Yang pasti anak-anak muda dalam UMNO sudah merasai yang UMNO kini sebuah parti tanpa roh dan semangat juang jitu.

KEJADIAN BERLAKU DINEGERI YANG DIPERINTAH BN ... PIALA MALAYSIA, PENYOKONG MERUSUH DAN BAKAR KERETA POLIS.



Perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Kuching, dicemari dengan insiden kekecohan termasuk sebuah kereta peronda polis dibakar oleh penyokong di luar stadium berkenaan, malam tadi.

Sebaik sahaja perlawanan berkesudahan seri 1-1 dan peluang Sarawak ke suku akhir terkubur, penyokong tuan rumah, yang tidak puas hati dengan provokasi penyokong Perak, mula bertindak liar dengan membakar suar serta membaling mercun ke dalam padang.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meredakan ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan dalam stadium sebelum insiden tersebut menjadi lebih buruk selepas penyokong mula keluar.

Pintu utama stadium turut dihalang oleh segelintir penyokong menyebabkan ramai terkandas dalam stadium sehingga mengakibatkan pintu pagar diroboh oleh penyokong.

Sebaik keluar daripada stadium, penyokong bertindak agresif dengan membakar sebuah kereta peronda polis dan tindakan liar itu memaksa pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong bagi mengawal keadaan.

Rusuhan selama 40 minit itu berjaya dikawal tanpa ada sebarang kecederaan membabitkan penyokong Sarawak mahupun pasukan keselamatan.

Sebelum perlawanan, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) tidak membenarkan jualan tiket buat penyokong Perak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

CADANG SEKAT LAMAN SOSIAL DEMI MENYELAMATKAN UTUSAN YANG SEDANG NAZAK KERUGIAN??????



Malaysia boleh mewujudkan laman sosial 'Facebook' sendiri seperti yang diperkenalkan China untuk rakyatnya dalam usaha mengawal kenyataan berbau hasutan atau mengganggu gugat ketenteraman awam, kata Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Selain itu, Rais yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata pihak berkuasa juga perlu diberikan kuasa menyekat saluran laman sosial itu untuk suatu jangka masa tertentu, sehingga siasatan dilakukan terhadap individu terbabit.

"Secara rasmi pernah saya kemukakan cadangan ini kepada kerajaan dan peguam negara. Ia terserah kepada mereka.

"Apa yang berlaku dan dilakukan oleh China setakat mewujudkan Facebook mereka sendiri, boleh kita buat, bukan tidak boleh. Ataupun mengambil langkah-langkah pencegahan yang cepat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap dalam program penghayatan kemerdekaan, anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, sempena sambutan Kemerdekaan ke-57, semalam.

Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata perkara itu juga perlu dikaji dengan segera kerana aktiviti siber  sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian namun pangkalan laman sosial dikawal negara lain.

"Jadi hal ini perlu dikaji dengan cepat supaya kita tidak jadi mangsa kepada mereka (pengendali laman sosial) yang begitu berkuasa," katanya.

Menurutnya, walaupun Seksyen 3, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 atau Akta Ketenteramaan Awam boleh digunakan terhadap seseorang yang mengeluarkan kenyataan berlebihan, namun proses mahkamah mengambil masa yang agak lama dan rakyat mungkin hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Dalam pada itu Rais juga meminta parti politik, pihak swasta, badan bukan kerajaan, sekolah, maktab serta sektor perkhidmatan awam memainkan peranan masing-masing dalam menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.

Katanya cara mudah untuk menonjolkan semangat cintakan negara adalah melalui mengibarkan bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada Ahad.

-
Bernama
Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM11.05 juta untuk suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, dari keuntungan bersih sebanyak RM1.92 juta tahun yang lalu, The Star hari ini melaporkan.

Laporan itu menyatakan bahawa pendapatan bagi syarikat penerbitan yang dikuasai Umno lebih rendah pada RM74.4 juta daripada RM96.1 juta pada tahun lepas.

Setengah tahun kerugian bersih Utusan Melayu ini meningkat kepada RM30.9 juta daripada RM6.9 juta tahun lepas manakala perolehan jatuh dari RM172.1 juta pada tahun 2013 kepada RM139.9 juta tahun ini.

Syarikat itu menyatakan bahawa pendapatan bagi segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan jatuh sebanyak 22.5 peratus daripada RM20.6 million- yang membawa kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23.6 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.6 juta pada tahun lepas .

Syarikat itu juga merupakan penerbit akhbar-akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia dan Kosmo, mingguan Mingguan Malaysia, Kosmo Ahad, satu-bahasa Jawi mingguan dan majalah Wanita, Mastika, Hijab Fesyen, Ibu dan Anak, Insta, Saji, Infiniti, Harmoni, Al -Islam dan URTV.

Ia memberitahu Bursa Malaysia bahawa ia menjangka separuh kedua tahun ini akan kekal mencabar memandangkan persaingan yang semakin meningkat bahagian pasaran hasil pengiklanan.

"Bagaimanapun, kami akan terus dengan strategi peningkatan kandungan akhbar dan menawarkan pakej kreatif untuk iklan.

"Kami juga akan terus mengamalkan strategi menjimatkan kos berhemat dalam operasi perniagaan kami," kata Utusan Melayu dalam satu kenyataan.

Strategi termasuk pembekuan pengambilan baru kakitangan dan juga kos "pemantauan secara agresif" pentadbiran, pengeluaran dan kakitangan.

KEDIAMAN KETUA MENTERI PULAU PINANG KENA BALING DENGAN MOLOTOV KOKTEL DI AMBANG MERDEKA.




Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.48 semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah ketua menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia meletup dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api.

SINGAPURA JAUH LEBIH MAJU DARI MALAYSIA KERANA BUKAN UMNO/BN PARTI MEMERINTAH?????


Fakta atau auta ... kenyataan atau rekaan .. realiti atau ilusi .. benar atau putar.

Cuba bayangkan jika UMNO/BN parti pemerintah di Singapura ... adakah akan semaju seperti hari ini atau merasakan jauh lebih maju???????

Suasana Sambutan Ambang Merdeka ke-57 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam


Saturday, 30 August 2014

POLIS INDIA TELAH MEMFAILKAN PERTUDUHAN RASUAH KEATAS TAN SRI ANANDA KRISHNAN BERSAMA-SAMA DENGAN BEKAS MENTERI INDIA KERANA RASUAH MELIBATKAN KUMPULAN MAXIS LAPAN TAHUN YANG LALU.





MUMBAI, Aug 30 — Polis Persekutuan India telah memfailkan tuduhan rasuah (corruption) dan konspirasi jenayah (criminal conspiration) ke atas tokoh perniagaan Malaysia yang terkenal sebagai mogul Media dan Telekomunikasi, T. Ananda Krishan.

Ananda yang menguasai Astro dan Maxis di Malaysia bakal dibicarakan bersama bekas Menteri Telekomunikasi India (2004-2007) Dayanidhi Maran dituduh berkompolot dan memberi suapan bagi membantu syarikat telekomunikasi Maxis mengambil alih ke atas penyedia rangkaian telefon bimbit India, lapan tahun lalu.

Turut didakwa ialah jutawan India yang juga merupakan adik kepada Dayanidhi, Kalanithi Maran dan pembantu kepada Ananda Krishna, Augustus Ralph Marshall. Nama kesemua mereka dan ramai lagi berada dalam kertas pertuduhan yang difailkan di Mahkamah New Delhi hari ini


The case is separate from a massive scandal that a state auditor said had lost the government about US$29 billion (RM91.4 billion) during a 2008 telecoms permits sale process. Another former telecoms minister and several company executives are among the accused in an ongoing trial over that case.

The Central Bureau of Investigation (CBI), India's top crime-fighting agency, started investigating the Maran brothers and Krishnan in 2011 after allegations that the telecoms minister had forced the sale of mobile carrier Aircel, allowing Krishnan's Maxis to acquire a controlling stake in 2006.

"The investigation revealed that the then (telecoms minister) had allegedly abused (his) official position and constricted the business environment of Chennai-based private firm on frivolous grounds with an intent to force its exit from telecom business and its sale to Malaysia-based company," the CBI said in a statement yesterday.

Companies controlled by billionaire Kalanithi Maran's Sun Group, which runs a media business including television channels and satellite TV services, had received "illegal gratification" totalling about 7.42 billion rupees (RM390 million), the CBI said. About 5.49 billion rupees of it was "in the garb of" the premium paid for the purchase of a stake in a Sun Group company, the agency said.

The charges against the Marans, Anandakrishnan (pic) and his aide include criminal conspiracy, the CBI said. Astro All Asia Networks Plc, Maxis Communications Bhd, South Asia Entertainment Holdings Ltd – all part of Anandakrishnan's business empire – and Sun Group's Sun Direct TV Pvt. Ltd have also been named in the police charge sheet.

A spokeswoman for Maxis said she could not immediately comment. A Sun Group spokesman also declined comment. Dayanidhi Maran and Kalanithi Maran could not be immediately reached for a comment.

Dayanidhi Maran has previously denied any wrongdoing. Maxis had said in October 2011 that it was cooperating with the probe and was confident that the allegations against it would prove to be "unfounded and without basis." – Reuters, August 30, 2014.

SELAGI PAS TIDAK BERKUASA, UMNO AKAN TETAP SAYANG .. PROF DATUK MOHAMMAD ABU BAKAR.



Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menyifatkan Pas akan tetap disayangi Umno selagi parti itu tidak berkuasa.

Beliau mendakwa Umno akan mengelakkan saingan dengan Pas sekiranya Pas dilihat mampu menggoyahkan kedudukannya.

“Apabila menyebut tentang perhubungan antara Umno dengan Pas sebagai perhubungan antara ‘Tom and Jerry’, nampaknya begini. Sepanjang sejarah antara keduanya, ternyata Umno sayangkan Pas selagi Pas tidak berkuasa.

“Umno sayangkan Pas selagi Pas boleh dijadikan hujah untuk dia berlawanan dengan parti-parti lain. Tapi kalau Pas itu telah membesar mampu menggoyahkan kedudukannya, saingan itu ia akan elak,” katanya ketika sesi soal jawab pada Wacana Kemerdekaan Malaysia: Satu Penilaian Semula dari Perspektif Melayu/Islam, di Unisel hari ini.

SUASANA HIMPUNAN GELOMBANG MERAH KUNING DI STADIUM KOTA RAJA, PADANG SULTAN SULAIMAN, KLANG.

LAGI SEKALI BEKAS BOS NSTP BELASAH LUNYAI LUMAT PENTADBIRAN NAJIB RAZAK .. KALI INI ISU SUNTIKKAN RM6 BILLION KEPADA MAS.



LAPORAN
media massa hari ini mengatakan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan mengurangkan kakitangan seramai 6,000 orang sebagai sebahagian daripada langkah penyelamatannya.

Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyemat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.
Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia.

Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002) ia mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.

Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan.

Saya sudah banyak kali menyatakan pendirian mengenai MAS, iaitu:- 1. Bubarkan. 2. Jual kepada swasta. 3. Selamatkan, tetapi tanpa terus membebankan kewangan negara. 4. Lantik pengurusan antarabangsa yang telah terbukti dan 5. Hapuskan campur tangan kerajaan yang merugikan.

Untuk berhentikan pekerja saja sudah memerlukan RM1.9 bilion. Apa halnya dengan kos-kos lain. Wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris.

INILAH WAJAH TERKINI AHLI PARLIMEN BRITAIN PRO PALESTINE DAN ANTI ISRAEL CEDERA TERUK KENA BELASAH OLEH PENYOKONG TEGAR YAHUDI LAKNATULLAH DI LONDON, ENGLAND..



A British MP known for his pro-Palestinian and anti-Israel speeches has been injured in an attack in London by a man shouting about the Holocaust, his spokesman has said.

George Galloway was reported to have suffered bruising and a suspected broken jaw and rib in the attack on Friday in the capital's Notting Hill area while he was posing for pictures.


"George was posing for pictures with people and this guy just attacked him, leapt on him and started punching him," his spokesman said.


"It appears to be connected with his comments about Israel because the guy was shouting about the Holocaust."


A Metropolitan police spokesman said a suspect was found a short time later and arrested.


"He was arrested on suspicion of ABH (actual bodily harm) and taken to the south London police station where he remains."

Galloway had described himself as being in "pretty bad shape" following the assault Friday, the spokesman said.


Reports of broken bones have not been verified by Al Jazeera but police said the MP was badly injured.


A post by the Respect party's Twitter account thanked wellwishers and included a picture of Galloway's bruised face.


Galloway, the leader of the Respect party and MP for Bradford West, was interviewed by British police earlier this month following a speech on August 2 in Leeds in which he claimed Bradford as an Israeli-free area due to the attacks on Gaza.


"We don't want any Israeli goods; we don't want any Israeli services; we don't want any Israeli academics coming to the university or the college; we don't even want any Israeli tourists to come to Bradford, even if any of them had thought of doing so," he said.

MALAYSIA BUKAN SEBENARNYA MERDEKA KATA NAIB KETUA DEWAN ULAMA SEDUNIA.



Naib Ketua Dewan Ulama Sedunia merangkap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kemerdekaan negara ini bukan yang sebenar ekoran masih terikat dengan sistem kehidupan dan bernegara penjajah.

Menurutnya, pemerintahan yang ada kini hanyalah sekadar penyambung misi dan visi penjajah tanpa mereka perlu berada di sini.

"Pemilihan tema sambutan kemerdekaan oleh Pas, 'Malaysiaku...Minda Merdeka' tepat dan sesuai dengan keadaan yang berlaku di negara sekarang.

"Kerana bukan kemerdekaan yang sebenar apabila sesebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan tetapi masih terikat dengan segala sistem kehidupan dan bernegara mahupun undang-undang peninggalan penjajah walau yang memerintahnya adalah dari kalangan anak bangsa sendiri," katanya yang dipetik melalui perutusan kemerdekaan.

Melalui perutusan sama, beliau mengingatkan agar barisan nama tokoh-tokoh kemerdekaan yang tidak didendang turut diingati terutama oleh generasi muda.

Katanya, setiap kali sambutan hari kemerdekaan, hanya nama yang sama disebut-sebut sebagai tokoh kemerdekaan negara.

"Tiap kali menyambut kemerdekaan negara, hanya nama-nama sepeti Tunku Abdul Rahman, Datuk On Jaafar yang dinobatkan sebagai Tokoh Kemerdekaan tanpa menafikan peranan dan jasa mereka.

"...di sana terdapat ramai lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Nama seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Janggut, Dr Burhanuddin AlHelmi serta ramai lagi tidak harus dilupakan oleh generasi mendatang sebagai penyumbang kepada kemerdekaan negara," katanya.

ISU PELANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR ... INI PANDANGAN BEKAS PEGUAM NEGARA MERANGKAP MANTAN PENGERUSI SUHAKAM.



Bekas Peguam Negara dan mantan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman berpandangan  bahawa Sidang Dewan Undangan Negeri tidak boleh secara mutlak menamakan seorang Menteri Besar Selangor kerana pelantikan itu adalah mengikut budi bicara Sultan Selangor.

Talib berkata Artikel 53 (2) (a) perlembagaan Selangor dan dibaca bersama dengan Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan prosedur akan pelantikan seorang Menteri Besar Selangor.

Jadual itu menyatakan bahawa Sultan hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan majlis eksekutif ahli dewan undangan, yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu.

"Pelantikan Menteri Besar adalah mengikut budi bicara Sultan tetapi ia perlu dilakukan secara bijaksana."

Talib berkata memilih pemimpin di dalam Dewan Undangan Negeri yang menikmati sokongan majoriti tidak dapat menyelesaikan masalah semasa.

Dua puluh sembilan wakil rakyat, termasuk dua dari PAS, pada 14 Ogos menandatangani akuan berkanun yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah.

PAS pada mesyuarat jawatankuasa pusat 17 Ogos mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Timbalan Presiden PKR dan wakil Bukit Antarabangsa Azmin Ali sebagai pilihan kedua.

Tetapi, pada mesyuarat Majlis Presiden PR pada hari yang sama, Azmin enggan dan tolak pencalonan berkenaan.

Awal minggu ini, jawatankuasa pusat PAS menyerahkan keputusan kepada budi bicara Sultan, tetapi setiausaha agungnya, Datuk Mustapha Ali, berkata parti itu akan mengemukakan nama-nama tiga wakil rakyat dari PKR sebagai calon Menteri Besar.

Perebutan untuk jawatan Dato' Menteri Besar Selangor telah melegak panas untuk lebih sebulan selepas Tan Sri  Khalid Ibrahim enggan meletakkan  jawatan untuk memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.

Khalid telah dipecat dari PKR pada 9 Ogos kerana salah laku engkar ikut perintah parti.

KAUNTER KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN DI BUKA WALAU PUN CUTI UMUM SAMBUT MERDEKA.



Tambahan Waktu Operasi Kaunter Kutipan Cukai Taksiran Pusat Setempat Padang Kota Lama pada 30 Ogos 2014 (Sabtu) dan 31 Ogos 2014 (Ahad).

Sudah mula berbunyi bahawa sanggup buka kaunter walaupun diwaktu cuti umum sebab nak duit sangat .. kata rakyat yang merunggut ialah sepatutnya buka pejabat yang memberikan khidmat bukannya tempat bayar cukai.

Apabila pokok tumbang, longkang tersumbat akibat berlaku banjir kilat maka ada petugas sedia memberikan bantuan dan perkhidmatan.

Apa-apa pun pihak yang berkenaan wajar memberikan respon sebab apa yang dirungutkan itu ada kebenarannya.

KETUA POLIS NEGARA MEMBERI AMARAN, POLIS AKAN TANGKAP ANGGOTA PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS) PULAU PINANG JIKA TERUSKAN AKTIVITI.



Polis akan mengambil tindakan menangkap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PPS dilihat telah terpesong daripada tujuan sebenar ia ditubuhkan empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

"PPS telah mula memukul orang, ada wartawan telah dipukul, malah ada orang tak setuju dengan mereka, telah dibelasah mereka...sekurang-kurangnya dua laporan polis telah diterima daripada orang ramai dan pemberita yang dibelasah," katanya.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pemimpin pertubuhan itu yang tersebar di internet semalam yang mencabar Khalid berikutan kenyataannya sebelum ini mengenai pengharaman PPS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Di awal penubuhan PPS, polis melihat ia sebuah pertubuhan yang memberi khidmat kepada rakyat, tetapi kebelakangan ini PPS dilihat sudah terpesong daripada matlamat asalnya. Rondaan kononnya untuk menjaga keselamatan itu dulu, sekarang dah tak ada dah," katanya.

Pada Selasa lepas, Khalid dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar sebagai pertubuhan di bawah ROS.

POLIS BERJAYA MENANGKAP SEORANG LELAKI MEMILIKI SEPUCUK SUB MESINGAN BUATAN ISRAEL DAN RATUSAN BUTIR PELURU SERTA LAPAN PEKET HEROIN.



Polis merampas sepucuk sub mesingan jenis Uzi, ratusan butir peluru serta lapan peket heroin selepas menahan seorang lelaki dalam satu kejadian di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, anggota polis peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan terserempak dengan suspek yang memandu Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an yang berasal dari Padang Besar ditahan selepas dikejar kira-kira satu kilometer dari Jalan Hospital ke arah Jalan Badlishah, di sini, berhadapan IPD Kuala Muda selepas dia enggan memberhentikan keretanya.

“Suspek memecut keretanya sehingga merempuh dua kereta di kawasan berkenaan. Suspek cuba melarikan diri menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah tayar kereta menyebabkan kenderaan itu terbabas.

“Suspek kemudian ditahan polis di Jalan Badlishah berhadapan IPD Kuala Muda.

PARKIR KERETA DI STESEN KERETAPI SHAH ALAM HAMPIR SIAP HASIL CADANGAN ADUN KOTA ANGGERIK YANG DIAMBIL PERHATIAN BERAT OLEH MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)



Alhamdulillah tempat parkir kereta di Stesen Keretapi Shah Alam sudah hampir siap sepenuhnya hasil cadangan ADUN Kota Anggerik, YB Dr Yaakob Sapari.

Terima kasih Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana menerima cadangan ADUN Kota Anggerik untuk membina parkir kereta ini.

Menjadi harapan segoga pengguna lebih selesa dan rasa selamat.

Bila wakil rakyat berjiwa rakyat ... rakyat dapat nikmat dan berkat.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...