Saturday, 30 August 2014

LAGI SEKALI BEKAS BOS NSTP BELASAH LUNYAI LUMAT PENTADBIRAN NAJIB RAZAK .. KALI INI ISU SUNTIKKAN RM6 BILLION KEPADA MAS.



LAPORAN
media massa hari ini mengatakan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan mengurangkan kakitangan seramai 6,000 orang sebagai sebahagian daripada langkah penyelamatannya.

Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyemat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.
Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia.

Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002) ia mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.

Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan.

Saya sudah banyak kali menyatakan pendirian mengenai MAS, iaitu:- 1. Bubarkan. 2. Jual kepada swasta. 3. Selamatkan, tetapi tanpa terus membebankan kewangan negara. 4. Lantik pengurusan antarabangsa yang telah terbukti dan 5. Hapuskan campur tangan kerajaan yang merugikan.

Untuk berhentikan pekerja saja sudah memerlukan RM1.9 bilion. Apa halnya dengan kos-kos lain. Wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris.

15 comments:

  1. kan aku dah kate..selagi najib jadi PM dan juga najib jadi menteri keuangan apapun boleh....6 bilion bukanlah duit sikittt...selagi MAS jadi usaha kerajaan selagi tu akan dijadikan projek oleh BN...bersiaplah jadi pengampu,bodeklah najib sebaik baiknya..maka projek akan terus mengalir untuk para kroni....setelah 3tahun yg dijanjikan..maka lastttt tetap merugiiii...semua hutang yg kerajaan buat,maka rakyat akan tanggung....

    ReplyDelete
  2. Barang diingat, felda jugak akan alami nasib yg sama dgn MAS. CEO felda individu paling boros, kerap luar negara, meeting luar negara, beraya sakan luar negara, menerima kemudahan paling eksklusif dll. Bajet felda dilaporkan negatif, aliran tunai felda kian lemah, dana semakin susut dan dijangka felda kehabisan tunai sekiranya menteri tidak mengawal felda. PM najib yg menjaga felda sepatutnya mengambil tindakan terhadap ceo felda... Jgn terkejut agensi Melayu spt felda bole lingkup spt MAS!!!

    ReplyDelete
  3. Boros!... program melacurkan degree juga dikhabarkan boleh tahan juga budgetnya... sebelum pru lepas beratus ribu degree telah dibeli di bawah program peninsiswazahan.. bayangkan kos nak buat degree selalunya 24k seorang klu dah 100k maknanya 240k duit rakyat telah dibazirkan sebagai RASUAH untuk memastikan kemenangan bn.. kalau betul nak upgrade bidang pendidikan. . kenapa tak minta guru2 ambil semula SPM sebagai calon persendirian. .. jika skor 5A baru diberi tempat.. fikir fikirkan lah wahai rakyat.

    ReplyDelete
  4. Yng salah adalh rakyat yg mengundi, najib ke ceo felda ke sape yg pilih? rakyat juge kn. Nah skrg ni hadap je le, hasil dr pangkah krtas undi tnpa menggunakn akal....

    ReplyDelete
  5. ini dikatakan .undi UMNO/BN melayu&islam selamat. termasuklah melayu/islam didalam 6000 diatas- takkan terus buang tp mungkin ditukar jauh dr tempat berkerja sekarang, bl ditukar jauh memberi kesukaran kpd pekerja seterusnya terpaksa berhenti mencari kerja lain& bl ini terjadi xperlu memberi pampasan - kesian kepada mereka yg dh lm berkerja dgn MAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buang jugaklh nama nye tu, x pe nk wat camne, masa mengundi besok kta buang mereka plak.....org cari makan dgn politik ni tu je ubatnye....

      Delete
  6. 6 billion?MAS ni sape puny?brpe byk org melayu dpt naik MAS?kalo nk slamatkn kroni2,nepotism umno celaka mmg sial la mlysia mcm ni.dh la diperinth oleh org bodo,bahalul dia pg bazirkn duit rakyat.rakyat dpt ape kalo slmatkn MAS?dpt naik kpl trbng free ke?dpt naik kpl trbng murah ke?umno pmbohong,klentong mlayu siang mlm.

    ReplyDelete
  7. Bnyak brsabar dn berdoa spya Allah kurniakn pemimpin yg baik dikalangan kita ...

    ReplyDelete
  8. Idup melayu..melayimmg suka kena tipu.
    .

    ReplyDelete
  9. 1.lantik pengurusan antara bangsa 2. Hentikan campur tangan kerajaan. Hehehe campur tangan kerajaan lah yg buat MAS sentiasa rugi!!

    ReplyDelete
  10. Senang2 lantik KETUM lah..settle masalah..!!

    ReplyDelete
  11. Kalau MAS tak berduit, boleh pulak beraya sakan!

    Ada laporan berita dari luar negara yang mengatakan MAS beraya sakan sehari sebelum ketibaan jenazah pada 22 Ogos (sumber brudirect.com)

    Begitulah cara pengurusan MAS membelanjakan dana syarikat tanpa sedikitpun rasa sensitif kepada keluarga mangsa yang pada masa itu sedang menunggu ketibaan jenazah.

    Mungkin bagi MAS kematian penumpang dan krewnya tidak membawa apa-apa makna kepadanya!

    Jikalau begitu caranya pengurusan MAS, wajarkah kerajaan meletakkan amanah duit rakyat sebanyak 6 billion lagi kepada MAS?

    ReplyDelete
  12. Sm13

    Khalayak jelata pasti mulai tertanya..
    Mengapa MAS rugi berbillion angka...
    Apakah Allah Taala telah mulai murka..
    Bila amanah wang rakyat tidak dijaga..
    Dijoli bagai mak bapak empunya harta..
    Bila air setan sajian santapan tersedia..
    Di Syarikat Penerbangan Islam yang dikata..
    Bila aurat pramugari turut didedah terbuka..

    Sedangkan pekerjanya Islam beragama..
    Mungkinkah itu penyebab diturunNYA bala..
    MH37O hilang entah kemana tanpa berita..
    MH17 ditembak berkecai diangkasa raya..
    Tepuk dada bukalah minda yang ada..
    Kekadang Allah menguji hambanya dengan petaka...
    Agar hambanya tersedar dari tidur lena..
    Lalub Sepai malaya coba menyingkapkita MAS empunya citra..

    KAH KAH KAH

    Mengharapkan MAS dengan slogan " Terbang Tinggi "
    Tapi sayang sekadar " Terbang Membawa Rugi "
    Bermula dengan era penswastaan Mahathir Kutty..
    Bertindak ia membawa masuk Tan Sri Tajjudin Ramli..
    Apakah dek kerana mahu mengangkat sang kroni..
    Syarikat Penerbangan Negara rela diswasta pergi...
    Biarpun pada mereka bukan dari kalangan ahli..
    Apakah dicelah batu ada udang sedang bersembunyi..
    Mencongak merangka muslihat dan strategi..
    Maka bermulalah era rugi terus rugi dan rugi..

    KAH KAH KAH

    Bersyukurlah kita punya penguasa yang begitu bijak..
    Tatkala MAS kendalian Tajuddin Ramli kian sesak...
    Hutang saban tahunnya terus meningkat banyak...
    Apasalahnya di BAIL OUT kembali oleh si Mamak..
    Dengan tabungan wang rakyat disana sini dapat dicongak..

    Lebih hebat penguasa negara empunya kepala otak...
    Meski pasaran saham MAS tika itu RM3.68 yang diletak...
    Dibeli kembali penguasa haprak dengan RM8.00 harga dilonjak..
    Tersenyum Tan Sri Tajuddin Ramli ketawa gelak..
    Sedangkan rakyat jelata mendengar hairan tersentak..

    KAH KAH KAH

    MAS yang kini kembali dikuasai Syarikat GLC..
    Peninggalan tahi Tan Sri Tajuddin Ramli mahu di cuci..
    Konon mengatur langkah menyusun strategi...
    Lalu dilantik Idris Jala seterusnya Ahmad Jauhari kini..
    Masakan silap mata bisa dapat mereka adaptasi..
    Apabila ada tangan2 ghaib yang lebih menguasai...
    Dengan kontrak dan tender dikalangan Umngok empunya kroni..
    Maka berlanjutanlah kerugiannya hingga kehari ini..
    Sepertimana syarikat GLC lain yang turut mengalami...

    KAH KAH KAH

    Khabarnya kini 6 billion akan di suntik KHAZANAH...
    Entah dari tabung rakyat mana pula yang akan punah..
    Demi menyelamatkan MAS yang sedang bermasaalah..
    Hakikatnya menampung ketirisan pengurusan yang lemah..
    Lalu beberapa kerangka pula katanya bakal diterjah...

    6 ribu kakitangan perkhidmatannya pasti ditamat sudah...
    Dalam keadaan inflasi sekarang yang kini goyah...
    Entah apalah sangat dengan gaji kakitanganya yang rendah.
    Mengapa tidak pada pengurusan atasan mahu dijengah..
    Bila puluhan ribu gaji dan elaun telah mereka ratah...
    Namun sumbangannya tidak sepadan dapat dijarah...
    Mengapa tidak pula segala kontrak mahu diolah...
    Agar tender secara terbuka ianya bisa dapat dipersembah...
    Tidaklah pula terlebih bayar sepertimana di rasuah...

    Namun macai Umngok tetap tidak ambil kesah..
    Bila minda bengap mereka terus di jajah pemerintah..
    Perjuangan mereka cuma tampak hebat dengan itu seks dan lucah..

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  13. tutup je lah mas tu.naik airasia je lah..jgn buang duit rakyat.klu lingkup lg,bukan najib nk tanggung..mcm2 alasan kluar.

    ReplyDelete
  14. campak ajer semua tu kelaut habis cerita

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...