Tuesday, 26 August 2014

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI ... INILAH WAJAH ADUN NEGERI SEMBILAN YANG DIPERINTAHKAN OLEH MAHKAMAH AGAR BANGLONYA DI SITA SEBAB ENGGAN KELUAR DARI BANGLO TERSEBUT SETELAH DIBELI OLEH SEORANG PESARA.


Individu berkenaan difahamkan ialah ADUN Lenggeng merangkap bekas Ketua UMNO Bahagian Seremban Dato' Ishak Ismail.

Sebelum ini pada 30hb April 2013 Omak pernah dedahkan dalam blog ini bahawa :-


Satu iklan diterbitkan di akhbar arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN pada tahun bulan Disember 2008 yang lalu mengenai PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, MELAKA KES SAMAN SIVIL NO:- 36-1-2008 PERLAKSANAAN NO:- 38-317-2008 ANTARA DATO' MISRAN BIN SUKADI PLANTIF/PEMUTANG PENGHAKIMAN DAN DATO' ISHAK ISMAIL DEFENDAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN sebuah rumah banglo di Bukit Baru Seksyen 8, Melaka Tengah, Melaka..

Rizab harga lelongan ialah RM600,000.



MELAKA 25 Ogos - Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah bagi menyita barangan bernilai RM24,000 di sebuah banglo dua tingkat yang terletak di Jalan Datuk Palembang di sini milik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berpangkat Datuk dari Negeri Sembilan.

Perintah tersebut dikeluarkan berikutan ADUN itu didakwa enggan keluar dari banglo tersebut setelah dibeli oleh pesara, Abdul Karim Darif, 62, dengan harga bidaan RM700,000 pada Jun 2010.

Peguam, Zorah Jan Mohd. Newaz yang mewakili Abdul Karim berkata, notis pemberitahuan telah diberikan pada 21 Mei lalu di dua alamat iaitu di banglo itu dan satu lagi di sebuah rumah di Kampung Pantai, Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, dalam tempoh itu tiada maklum balas diberikan oleh pihak defendan (ADUN terbabit) dan disebabkan hal itu plaintif (Abdul Karim) telah membuat permohonan pada 8 Julai lalu untuk mengambil tindakan mahkamah.

"Hasil daripada permohonan tersebut, Mahkamah Majistret kemudian membenarkan untuk pihak kami menyita barang-barang di banglo milik defendan," kata beliau.

Menurut Zorah Jan, barangan yang disita sehingga kini masih belum dibawa keluar dari banglo itu untuk memberi peluang kepada ADUN terbabit dengan syarat defendan sendiri perlu membuat tuntutan kepada pihak mahkamah dalam tempoh 10 hari iaitu sehingga 5 September ini.

Zorah Jan berkata, banglo yang sebelum ini merupakan milik ADUN tersebut telah dilelong oleh pihak bank pada 2010 dan telah dibeli pesara kerajaan itu.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, sejak membeli banglo itu dia telah membayar ansuran bulanan sebanyak RM3,200 kepada pihak bank bermula 2010 hingga kini.

"Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, iaitu sudah empat tahun ADUN itu tidak mahu keluar dari banglo tersebut," katanya.

5 comments:

  1. Saudari Hanisya..
    Terdapat percanggahan FAKTA dalam posting ini dan posting sebelumnya berhubung perkara yang sama :-
    1) Sebelum ini, saudari nyatakan dalam posting terdahulu bahawa sebab utama sita adalah kegagalan membayar sewa tertunggak berjumlah RM24,000. Kini berita di atas menyebut RM24,000 tersebut adalah anggaran nilai barangan di dalam rumah yang akan disita;

    2) Saudari menyebut (dinyatakan sebagai tajuk posting terdahulu) dalam posting sebelumnya bahawa ini adalah kes sewa tertunggak sejak November tahun lepas, namun berita di atas kes ini adalah satu tindakan bersabit lelongan banglo tersebut oleh pihak bank, yang mana telah dibeli oleh Plaintif sejak 2010;

    3) Saudari menyatakan nilai barangan RM5,000 walhal kenyataan di atas menyatakan nilai barangan rumah yang disita diangggarkan RM24,000.00.

    Fakta yang dinyatakan di dalam kedua-dua posting ini amat bercanggah. Jadi, apakah ini dinamakan edisi bongkar sampai terburai yang saudari banggakan? Apakah saudari tidak menghiraukan adab dalam Islam yang menyeru kita menutup aib dan maruah seseorang? Tahukan saudari akan implikasi undang-undang hasil dari tindakan saudari menerbitkan artikel yang berunsur FITNAH ini? Adakah saudari tahu akan kesannya kepada pihak-pihak yang terlibat? Saya hanya menegur demi kebaikan bersama. Jangan jadi paku dulang paku serpih. Harap selepas ini saudari berhati-hati dan rujuk sumber sahih terlebih dahulu, dapatkan fakta tepat baru posting. Sekian. -Peguam Muda-

    ReplyDelete
  2. Peguam muda taik kucing dah cakap anggaran kan,maksudnya bukan jumlah yg tepat.jit mongol tak abis degree pun boleh jadi pm.walaupun IQ ko bwh 20 aku tetap sokong ko jadi peguam.heee

    ReplyDelete
  3. Faktanya rumahnya sudah kena Lelong.
    Sudah kena hukum keluar.
    Itu saja..apa nk kecoh lagi...
    Belah aja lah

    ReplyDelete
  4. INI lah perangai pemimpin umno, harta orang pun nak buat harta sendiri.

    ReplyDelete
  5. Den tak nak jual ghumah Den suko2 hati yo ekau nak boli yo..lelong kepalo ayah kau lelong..Sapo yg izinkan ekau boli..memang bangang lah orang yg boli ghumah den tu..ekau nak bona boli ghumah poie lah boli kondo ko Banglo ko tompek lain..Shahrizat pun ado kondo..nie banglo melampuh kek KL tu poie lah boli..juta2 laie..Pok Den jugak ekau nak boli..Ekau bayar lah bulan2 kek Bank tu..Jangan sampai dongan Bank2 tu nanti Den lelong kann .haaa

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...